Sunday, December 20, 2009

comel


Assalamualaikum wbt...

lately rajin pulak nak tulis yek..ehem, ada apa-apa ke? kenapa? tak percaya? whatever...

tiada ungkapan yang boleh diucap saat menatap makhluk Allah yang sa-ekor ni... very sweet...

masalahnye di sini, this little creature is not mine! saje wat penghias desktop..dengan harapan , boleyla dpt menghilangkan serabut kat kepala time tengah tak berapa nak betul kan.

below are several facts about the creature shown above:

1. Ni seekor hamster bukan milik saya mahupun milik dua orang adik saya. ia adalah milik cik NADA di mans. nama diberi LULU. DOB? perlu tau ke? aku pun tak pernah amik tau..:p

2. ia tinggal di kediaman mewahnya di rumah cik Nada dalam sangkar yang ade bekas minuman dan roda exercise dia(tak tau nama spesifik nye). kenapa dikatakan mewah? sebab: ia duduk seekor diri...tak ade persaingan ruang.

3. 10 tahun lepas , aku pernah beli spesies si kenit ni kat kawan sekolah agama dengan harga bawah RM1o. tapi hidup diorang tak lame. tak sempat membiak dah mati sekelamin. lepas tu kitorang bela ayam katik plak. tapi sekarang satu ape pun dah tak bela. cuma kadang2 ada cik kura-kura dan cucu-cucunya datang bertandang mencari sesuap rezeki di belakang rumah. dah tekeluar topik la pulop!

4. sejujurnya, aku tak pernah bertentang 4 mata pun ngan LULU ni, cuma dapat tau daripada mulut cik Nada yang pulang bercuti 5 bulan sudah dan via chatting dengan beliau jika online. aneh kan? tapi serius, dengar cik Nada cerita pasal LULU pun dah rase geram yang amat, eeee geram, geram, geram!!!

5. aku cukup pelik yang amat bila cik nada cakap dia ade bela pet.. padahal dia tu macam salah seorang manusia yang sebuk yg amat dengan komitmen nye yg pelbagai di sane...takpela...as long as she can manage that hamtaro well, no harm at all :)...syabas cik nada!

6. LULU punya 1 tabiat yang aku cukup nak gelak bila cik nada cerita tentang ia. spesies hamtaro ni ske makan kuaci. so, cik nada letak kuaci dalam satu balang ni, maka LULU akan menyumbatkan diri dalam balang tersebut even badan dia macam gedempol,then amik satu2 kuaci mgunakan tangan comelnya, sumbat dalam mulut banyak2 sampai pipi kiri dan kanannya menggelembung, sarat dengan kuaci...=)) tak tahan betul bila dengar n imagine ( belum tengok de real one=)), gelak lagi).

7. belum habih lagi, selepas proses 'penyumbatan', ia pergi ke belakang almari luahkan semua kuaci dalam mulut dan makan dengan tertibnya, satu persatu...lupa lak nak tanya cik nada, LULU ni jantan or betina...nampaknya ia malu nak makan di depan khalayak ramai..=)) gelak lagi....how cute..

8. sebenarnya cik nada start bela spesies ni bile hamster housemate beliau telah membiak dengan suburnya. lalu cik nada membela seekor anak hamster yg gayanya seperti dipinggirkan oleh ibunya, dahla kenik je baby hamster tu...so cik nada amik untuk dijadikan pet beliau. name nye JUMBO sebab nak bagi ia besar cepat..em,,gud idea!beliau bilang easy nak manage benda ni..

9. tapi kan :(, JUMBO da takde time cik Nada balik Malaysia hari tu, sebab ape ntah, tak ingat. tapi idup dia tak lame la..sian...tak sempat membesar.

10. back to LULU..dengan badannya yg chubby, ia telah bertindak untuk turun dari meja yang tinggi dengan menjulurkan kepalanya first, then, badannya sikit2 lastly dua kaki yang comel je yang bergayut kat meja tu...comelnye.....hahahahaha, gelak lagi( walaupun dengar dari mulut orang je...)

11.so, ape motif ko tulis seme ni kat sini? saja lah, sebab kadangkala, binatang ni boleh jadi terapi jugak untuk kite homo sapien ni ...telatah mereka cukup menghiburkan... Maha Suci Tuhan yang menciptakan pelbagai jenis binatang yang boleh memberi manfaat pada manusia. Nikmat Allah tidak terhitung oleh kita..so, bersyukurlah!eh, buat baik pada binatang kan dapat pahala, and also amik iktibar, binatang tak punya akal, kita punya akal...jadi, kita mestilah boley jadi lagi baik drpd binatang, tapi zaman sekarang ni bnyk manusia perangai macam '.....'

p/s: my auntie has a cat, a parsi cat, 5 years old, but really manja la..mau minum air yang menitis keluar dari sink, ikan mau digoreng, tidur dengan owner...wah3...lemak betul dia. tapi this cat has a special name..nak tergelak je...its name sound something like this(couldnt remember its name, so long): diego maramiaw arjono KT(kucing tua :p)...owh, spesies jowo rupenye kucen ni..huhu...

OFF-wassalam.

Saturday, December 19, 2009

saya ucapkan....


Assalamualaikum wbt.

SALAM MAAL HIJRAH 1431H kepada semua umat Islam walau di mana anda berada. Semoga sentiasa berada di bawah naungan rahmat & keredhaan Allah swt dalam tahun yang baru ini. Tak tau nak cakap ape , tapi time ni la rase macam useless je sebab tak concern langsung pasal tahun baru Islam[jgn tiru macam saya ye :( ]. Aku sedar pun bila tengok Bicara Siswa kat RTM1 , rancangan berbentuk forum yg dikendalikan oleh Dr Fazley yg berkisar tentang Hijrah dari skop mahasiswa/i IPT bbrp hari before Maal hijrah. Stau topic diskusi yg menarik sbb ia dikaitkan dengan siswa and siswi. Pandai betul la Dr Fazley tu memprovok penonton dan juga ahli2 panel. Sebenarnya nak suruh org perah skit otak tu..bukan setakat tengok dan dengar. Tapi teman sendiri pun ala2 tak bape nak paham gak. Tapi nak ulas sikit2 tu bley kot.

Beliau menyoalkan hijrah tu macam mane. Memandangkan Dr Fazley adalah duta kpd Kamus Elektronik Besta, maka beliau telah merujuk makne Hijrah dalam kamus tersebut yakni ‘perpindahan umat Islam dr kota mekah ke madinah’. Ala, yang macam lagu tema maal hijrah tu…kalo hijrah student U, dari duduk kat rumah kemudian berpindah ke hostel pun dikira hijrah. Secara amnya, hijrah itu adalah perubahan. Ade juga berlakunya hijrah songsang. Daripada yang baik kepada tak baik. generally ia dikaitkan dengan ‘culture shock’ yang sering melanda remaja yang baru melangkah ke alam U yang lebih kurang tanpa sempadan nih. Sebab ade jugak stgh U ade had sempadannya. Ape sebabnye berlaku perkara ini? Ha, ini disebabkan kurangnye pengukuhan dari segi mind set ataupun NIAT. Hadith 1st dalam matan arabaien pun mengetengahkan bab NIAT. Kalo individu tu pergi ke U sebab betul2 niat nak tuntut ilmu, maka dapatlah ilmu yang dihajatkan. Tapi ade setengah2 individu yang masih mentah mase mula2 masuk U, maka mula la dia dah melencong buat benda lain…parah2..semoga dia mendapat hidayah di pertengahan jalan.


Salah seorang ahli panel juga mengaitkan hijrah ini dengan 3 perkara asas yang sering dibincangkan dalam kitab Maza Yakni ; Akidah, Ibadah & Akhlak. Ade certain people tak tahu ape sebab perlu berhijrah dsb. Jadi di situ mungkin ade sedikit goyah pada salah 1 drpd 3 elemen trsbut.


Bnyk je bnd yg telah dikupas dan ahli2 panel semua terdiri drpd MPP IPTA yg terkenal kat Negara ini. I like.:p tp tak bp nk terer nak kupas balik sbb ptg td da banyak sgt kupas kulit pisang-tibe2 je dia ni….. ape2 pun, semoga kita same2 dpt mengambil iktibar drpd perkara2 yg kita dah lalui dolu2. Let bygone be bygone bile rase ade sesetengah perkara masih menghantui kita. So let’s make a move toward better achievement, Insyaallah.


Sometimes Allah breaks our spirit to save our soul.
He breaks our heart to make us whole.
He sends us pain so we can be stronger.
He sends us failure so we can be humble.
He sends us illness so we can take care of ourselves.

Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything He gave us.
ALLAH IS GREAT!

Tuesday, December 15, 2009

Siapa 'dia' di hati kamu?


ASSALAMUALAIKUM WBT..

dolu-dolu ade blogwalking sekitar, then terjumpa artikel ni...rase macam terkena batang hidung sendiri, walaupun situasi tu aku belum nak hadapi lagi. agak panjang cerita ni, yet, moral value yg sgt berkesan di hati, mudah-mudahan.happy reading.

........................................................................................................................................................................
Al-Quran hanya untuk hantaran??

"Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk
kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil.. "Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli
nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal
satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan
hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik
berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang
pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid"
sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil
tersenyum.

"Aa... aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.
Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian
ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak
baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi"
cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah
mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan
tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang
pakcik yang muncul secara tiba-tiba.!

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah..
Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan.. Nabil
dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam
baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta
merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli
keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri.
Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai
buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan
kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara
orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari
Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi
dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih
melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang
sebaliknya berlaku..

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad
sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat
mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari
rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan.
Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam
wajahnya! . Jamila h entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam AL-Quran. Adik Nabil, cara
bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim...
Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara
gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak
lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya..

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran.
Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih
malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina AL-Quran. Beli ALQuran
kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup
bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang
cara penyampaian ustaz Sa'ad.

"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah
ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap
sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya
sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku
kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti
dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya
memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan
menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi
pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa'ad sudah
dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-Quran yang menjadi
hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap
hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar
sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad
tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil..

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang
lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki
yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki
itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak
ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri
mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya
seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu.. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan
bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan,
di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

May Allah bestow this favour on all of us.

p/s: Tahun baru hijrah dah sudah, kejap lagi tahun baru masihi lak...moga2 matlamat yang ingin dicapai terkabul hendaknya....meh kite same2 memantapkan al-Quran di hati kita.

Monday, December 14, 2009

apa cite kali ni?

Assalamualaikum wbt

Well, well, well…what I want to say, Alhamdulillah, aku sudey selamat sampai di rumah petang semalam. Macam tak ada perasaan je nak balik, padahal ni la tempoh paling lama tak balik kot. Start dari awal sem tak balik! Mid sem baru balik..kalo dulu 2 minggu je, dah stat dah aura ngade2 nk balik..-_-. Yet this time is still the most exciting one, sebab at least ada gak budak 2 orang ni kat rumah. Kalau tak, biase cuti2 lain confirm aku sorg je kat rumah 8am-6pm.
24 jam sudey ade di rumah.mari kite perhatikan apa yang sudah aku capai..em, rumit ni..tak bnyk dpt buat first day ni..keje2 harian je.mood untuk mengadap buku masih belum muncul nampaknye.tapi yang tak boley bla adelah..bnyk crite aku dah cover ngan fawwaz n awa..gelak tak habeh2 tengok cter Afdlin;Setem and papadom.

Yang setem la tak tahan. Interesting. Bley lak wat cte pasal setem.hai tergelak sorg2 lak teringat citer tu. Benda yg buruk kite avoid la kan, sbg makhluk yg dianugerahkan akal, kite mesti bley beza n timbang tara mana yg baik dan mane yg buruk, dalam surah as-Syams pun ade menyatakan perkara ni. So, aku amik mane yg baik je la dpd cerita2 yg aku tgk tu. macam cite setem tu, baru aku sedar, org yg jahat tak semestinye selame2 nye jahat. Dan org yg nampak macam baik je dari sudut pandangan mata kita, pijak semut pun tak mati, tu tak ley caya sangat dia baik. Bak kate pepatah melayu’rambut sama hitam, hati lain-lain’. Relevan ke tak pepatah ni aku pun tak tau sebab most pelakon dalam cite zaman sekarang rambut serba bagai.
Hati manusia takde sape boley tahu.certain benda yang aku nk bgi pendapat untuk cerita setem

1.matlamat tak menghalalkan cara:
-pak ramli suruh jo(afdlin) & sidik(rashidi) curi setem sebab dengan duit tu boley selamatkan rumah anak yatim yg dia bina. Niat tu dah macam betul tapi cara nak dapatkan duit ya’ni mencuri tu haram. Dulu waktu sekolah, aku kurang paham ape maksud matlamat tak menghalalkan cara ni. Nak syarah pnjg2 pun, ilmu tak banyak lagi..aduyai

2.money can buy happiness
-sape kate dengan duit kita tak boley kecapi kebahagiaan? Dialog ni diucapkan oleh the Indian guy bekas banduan tu, antara yg cube nk dpatkan setem tu, berulang kali masuk penjara sampai bini sendiri pun dah fed up. Itu sebab dia nak dapatkan duit, untuk meraih kembali kepercayaan bini dia untuk menampung keluarga mereka. Tibe2 aku jadi teringat dengan tajuk argumentative untuk presentation kawan aku tahun lepas dalam kelas English. Dia setuju dengan statement : money can bring happiness. People can be so desperate sumtimes in terms to get money.ish2 macam2.

3. what u give u get back
-ni just pendapat aku , tak tau parallel ke tak dengan nilai yg cube ditunjukkan dlm setem ni. Actually aku tak sangka yg setem yg ramai org rebutkan tu sebenarnye ,FAKE! Cis, buat penat diorang la berlari-lari, acu pistol sane dan sini, berdarah-darah seme, sebenarnye tuan punya setem tu memang dah rancang awal2 sebab nk dapatkan wang insurans something like that..aiyo..last2 seme tak dapat..yang dikejar tak dapat , yang dikendong berciciran. TAPI, cerita ni bukan sampai di situ saje.. diorang gi kejar balik mat saleh kurang asam tu, balas dendam semula . afterwards, they found that there was the original one, at Malacca. Tapi si sidik tu tak sanggup nk ambik hak org tu..kire macam dah jadi baik la.(dia tak jahat act, cume otak banyak trick). Lastly, the owner sanggup nak tolong orang2 yg betul2 perlukan duit.so semua la dapat bahagian masing2..tu yg aku kate drpd jahat jadi baik. atau dalam otak aku ni mau samakan hal ni dalam hidup insan yg bernafas dalam jiwa hamba.

Dalam hidup ni, kadang2 kite tak dapat ape yang kite nak, padahal dah berusaha yg terbaik. Tapi apabila dia redha dengan setiap pemberian Allah, ada ganjaran yang ternyata lebih baik buat si pemohon. Jadi, in whatever we do, keep trying n jangan putus asa. Allah sendiri dah berfirman yang P.U.T.U.S. A.S.A tu sifat orang kafir. Kepada sahabat2 saya di luar sane, selamat menjalani peperiksaan..jangan cepat mengalah kerana org yg kalah tu adelah org yg tak bangkit semula selepas kekalahan yg dialami [pesanan ini adelah untuk tangan yang menaip terutamanya..] please observe ape yg kite wat hari2…baik mahupun buruk..because, what goes around comes around, what u give u get back, buat baik dibalas baik dan yang seumpama dengannya…cth: kalo ko kurg ajar ngan mak ayah, nt anak2 ko akan kurg ajar ngan ko.is it make sense??

Sementalahan aku masih bnyk korje yg minta dibuat, aku stop kat sini. Btw, exam comp aritu, aku jawab ape yang aku tau je..hehe..boley tahan soklannye..cakap pasal soklan, teringat lak kat mak aku yg dah stat mem’busy’kan dirinya, mule memencilkan diri dalam bilik, perlu menjaga emosinya, stay up lagi dahsyat dpd student…sebab beliau mau menanda paper SPM..nguah3..kome jangan main2…susah bona nak ngadap kertas pekse bebudak ni..aku yg menengok pun turut tensi..jadi, kpd adik2 yg konon baru merdeka tu, ingatlah, kebahagiaan tak kekal lame di dunia ni. So, beware….! Ngeah3 :P

Saturday, December 12, 2009

(-_-)

assalamualaikum wbt.

currently having a review on computer subjects
Tomorrow im going to sit computer exam..(haha, org lain seme exempted kot, aku sorg je yg kne amik)
tape2, sabar...mesti ade hikmah nye

eh, ok actually blajar subjek ni
tp memg kene bnyk membaca

selama hidup aku kenal benda name "komputer" ni
baru aku tau ape menu bar, toolbar, taskbar, title bar, tiger bar...eh?
RAM, cache, flash, memory, ROM, HDD, ect.

em, selonot je blajar, tak tensi sgt kot sebab seme bnd ni kite apply hari2...tambah2 kalo org tu jenis ngadap laptop 24 /7...sape le gamak nye tu yek

ni saje je praktis taip di samping dpt menghilangkan rase mengantuk yg tibe2 datang bagai angin lalu...oh apekah..

em...cik sony dah mengalunkan lagu upin dah...nak suruh org stop la tu... OFF

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN YE CIK...

===================================================================