Sunday, July 31, 2011

Fadhilat Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt

Di dalam kitab Dhurratun-Nasihin ada menyebutkan:

1. Ramadhan bermaksud membakar ( menghapuskan dosa seperti orang menghapuskan karat dari besi dgn membakarnya)

2. Apabila terbit saja anak bulan (hilal) Ramadhan , maka dihiaslah ‘Arasy, Kursiy dan segala yang ada di langit. Lalu Allah SWT akan memerintahkan matahari yg terbit pada siang hari, bulan dan segala bintang yg terbit pd waktu malam hari supaya “beristighfar” (memohon keampunan) utk umat Muhammad SAW yg berpuasa. Allah juga memerintahkan sgala burung yg berterbangan di angkasa dan sgala haiwan yg melata di bumi serta semua jenis ikan di lautan supaya turut beristighfar utk umat Muhammad SAW yg berpuasa. Seterusnya Allah memerintahkan supaya para malaikat menyerahkan pahala bacaan dan selawat serta ucapan tasbih yg mereka kerjakan kpd umat Muhammad yg berpuasa.

3. sabda Rasulullah SAW, “ Di dalam bulan Ramadhan, menunaikan ibadat sunat akan diberi ganjaran pahala fardu(wajib). Amalan yg fardu pula diberi balasan “70 kali ganda”. Bulan Ramdahan adalah “bulan sabar” dan sabar itu adalah syurga balasannya. Dalam bulan ini dilebihkan rezeki hambaNya yg berpuasa dan diampunkan dosa-dosanya. Barangsiapa yg memberi makan kpd org yg berpuasa(berbuka) pahalanya seperti pahala org yg berpuasa itu.”

4. Sehari menunaikan ibadah puasa Ramadhan dengan penuh keimanan kpd Allah, akan dijauhkan dari api neraka sejarak 70 tahun perjalanan.

5. barangsiapa yg hadir ke majlis ilmu / majlis zikir di bulan Ramadhan, ditulis baginya setiap langkahnya pahala ibadah setahun & akan mdapat perlindungan ‘arasy di hari kiamat.

6. barangsiapa menunaikan solat berjemaah di bulan ramadhan, pd setiap rakaat akan dikurniakan sebuah mahligai yg indah cemerlang di akhirat kelak.

7. Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya sebaik2 sedekah adalah di dalam bulan Ramadhan.”

8. Sabda Rasulullah SAW, “ bahawa sesungguhnya pintu langit & pintu syurga akan dibuka pd setiap mlm Ramadhan sesiapa yg bersembahyang pd mlm Ramadhan akn ditulis pahala baginya setiap sujudnya 1700 kebajikan.”

9. Sabda Rasulullah SAW: “ Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah berpuasa juga pendengaran kamu, penglihatan kamu, lidah kamu daripada dusta & dosa. Janganlah kamu menyakiti khadam kamu tetapi sebaliknya hendaklah kamu menghormatinya dgn bersifat tenang. Janganlah kamu samakan hari-hari Ramadhan dengan hari-hari yang lain.”

10. Menurut Imam Ghazali: ada 6 perkara yang mesti dijaga bagi memelihara ibadat puasa dari menjadi sia-sia:

1- Menjaga mata daripada melihat segala yang diharamkan oleh Allah.

2- Menjaga telinga daripada mendengar segala yang keji.

3- Menjaga lidah dari bertutur sebarang kata-kata yang sia-sia, apatah lagi yang keji &mungkar.

4- Menjaga hati dari segala prasangka & niat jahat.

5- Menjaga kebersihan (halal) makanan yang dimakan.

6- Mengawal selera makan (tidak makan terlalu banyak ketika berbuka atau menyediakan juadah terlalu banyak sehingga membazir.

p/s: semoga kita akan lebiha bersemangat untuk meningkatkan kualiti ibadah puasa kita pada tahun ini. Insyaallah. ~Ramadhan Kareem~

Wednesday, July 20, 2011

Sweet

Assalamualaikum

Seperti biasa, kalau hari sekolah, sementara sesi persekolahan sekolah menengah habis dalam pukul 2 petang lebih, Nukman & Sofea akan datang ke rumah opah sebab takde orang kat rumah deme. Nukman dajah 2, sofea pulak duduk rumah babysitter kat sebelah, bile sarah yang dajah 3 tu habis sekolah dalam pukul 1 diambil oleh ayahnya , deme duduk le sini sementara mak deme balik.

Kebetulan hari ni ayah deme ade mesyuarat, so duduk lame la sikit. Nukman belum ape2 lagi dah cakap nak makan nasik. Tag line dia bila masuk je rumah: “Kak IIIImah..! yada, yada, yada..” ade je benda cakap nye.

yang sweet nye hari ni bile sarah amik sofea kat rumah org jaga, masuk2 je , nukman ade kat pintu depan tu. Sofea, secara spontan je, terus “ Nukman…” (hug) n_n…..ngaaaaa so sweet la budak2 ni…lepas tu , sofea terus lari ke dapur la pulak dekat saya. Alahai, comey beno deme ni. Ade2 aje bnd deme buat. Hm.. tapi tak lame lepas tu, masing2 bebalas luku kepala , haish…jenuh nak control nye. Itulah bebudak, kejap baik, kejap gaduh. Yang best nye, bile dah gaduh kawan semula, vice versa.

Wassalam

Monday, July 4, 2011

berat.hati

Assalamualaikum

hati jadi berat

tapi peluang itu datang

takkan nak lepas

entah bile boleh dapat 'chance' macam tu

saya di kampung kerana menjaga opah, tapi esok insyaallah saya akan pulang ke rumah mak & ayah.

saya pulang for good, hopefully. seminggu. nak gi hantar si budak itu masuk kolej di seremban, lepas tu nak gi cari pasal pulak kat kelantan. tak, tak, bukan cari pasal, cari pengalaman...

tak perlu bimbang, tak perlu risau. cuba lah hari2 cari benda yang boleh mempositifkan diri. can or not cik nab? saya hanya diberi kekuatan untuk menjaga opah. yang selebihnya Allah lah yang menjaganya.

Maka ALLAH lah sebaik2 Penjaga. serahkan semuanya padaNya.

semoga saya dan orang2 yang saya sayang dipemudahkan segala urusan.

Bismillahi tawakkaltu 'alaAllah.