Saturday, June 30, 2012

Who's next??


Wah~ sape la pulak next in the line ye?

Banyak pulak jemputan 'kengkawan' nak kawin . reaction pertama cam biasa la..terkejut! tapi baru sedar diri umur makin meningkat sebenarnya. =D

Hari ni saje dah dengar ada 4 pasangan selamat berkahwin. Mabruk!



***ok, 5 papers to go =)



Friday, June 22, 2012

Quotes

 Assalamualaikum wbt 
Funny how people search and wish fr something,
and when Allah gave it to them,
they start the "I don't deserve this" kind of talk.

*We must believe in what we hope for, jangan rasa tk layak when Allah actually give them to us. learn to appreciate and hold it."

Wassalam.

Tuesday, June 19, 2012

tak perlu cakap apa2





Assalamualaikum wbt

gambar kat atas ni bagi seribu makna kan..nak kata sarcastic pun ada..buat orang yang susah nak senyum (macam saye..kot..)

Jumaat lepas, habis dah lectures utk 2nd year..alhamdulillah,insyaallah semua nya pasti akan baik2 aje. amiin..maka bermulalah musim "kembali ke dalam cangkerang masing2" oh apekah term ini? masing2 dah start focus dah pasang gear 2 takpun dah pasang gear 5, mantap nye mereka itu. tak kurang juga memang yang baru nak warm up dulu. lain orang, lain kemampuan yang Allah bagi kan.Takpe2 apa2 pun selagi ada peluang waktu, kene guna sehabis baik. sebab Allah itu tengok pada usaha, bukan pada hasil. kalo asik duk pikir hasil, hmm sampai ke sudah la tak study@ revise.


bila time exam:
1) mase ni la peluang yang boleh kita rebut untuk mendekatkan balik diri kepada Allah, dalam erti kata lain makin merapatkan/menguatkan pergantungan kita padaNya. ye, exam itu satu rahmat untuk kita, i.e boleh berjaga 1/3 malam , sebelum2 ni mungkin agak payah, so ni la peluang kita. boley ber'wasilah' denganNya tanpa gangguan sesiapa. tahu apa itu wasilah? pernah dengar tak cerita kisah 3 orang sahabat yang terperangkap dalam gua sebab ada batu yang menutup pintu gua tu serapat-rapatnye? mereka sangat buntu. lalu penyelesaian terakhir adalah dengan berwasilah dengan Allah. masing2 menyebut kebaikan yang pernah dibuat suatu ketika dahulu, lalu dengan penuh berharap apa yang dibuat suatu ketika dahulu mendapat redha Allah dan menjadi sebab untuk mereka bolos daripada trap tersebut. maka lepas seorang2 berdoa dan berwasilah, terbuka la pintu gua sedikit demi sedikit dan akhirnya, pintu gua tu terbuka sepenuhnya! MasyaAllah! such a good inspiration.



2) mase ni la boleh check balik niat kita belajar tu sebab ape..tak dinafikan, tahun ni banyak mengajar erti sabar (sangat menguji buat saya yang tak reti nak sabar ni) , memang bibir mudah mengucap sabar, tapi hati tu either nak resist or rebel or give up..ape2 pun cek balik niat nak exam, niat belajar tu sebab ape. moga ilmu yang kita belajar tu diberkati dan boleh bagi manfaat pada orang.



3) biasa musim exam ni la suka nak buat analogi antara exam kat dunia dengan exam kat akhirat. at least, exam kat dunia ni kita tau bile, boleh la nak wat preparation nak hadapinya. tapi exam akhirat tu ada sape penah tahu? walhal, memang sangat patutlah buat persediaan sebab tak tau kan..cube kalo lecturer nak buat kuiz esok and ko tak baca ape lagi..mau terkujat kat situ jugak kan kalo tak ready. even exam yang kita tau tarikh pun kita wat preparation bagai, ni exam yang paling besar ni, tiada siapa boleh bantu melainkan dengan amal kita sendiri dan syafaat. so, kita boleh re-check balik niat kat situ.

4) musim masuk cangkerang, n musim otot2 muke sume macam spasm je..mungkin sebab emotional tak stabil bila nak exam2 nih, membuatkan susah bebeno nak senyum n serius semacam je..*ouch* ade terase tak? hihi..kadang2 tak sedar pun yang kita telah memasamkan muka dgn orang sekeliling, tau2 ade orang cuit , "oit, senyum le sikit" lepas tu automatically boleh senyum pisang...tak pun kena beli wire bengkok macam gambar kat atas tu..haha, sangat prosthetic appliance! jadi buat diriku, selalu2 la senyum. bila susah sangat nak senyum makan la pisang yang banyak serotonin tu, boleh buat jadi gumbira, n then boleh senyum tak? ah sudah, teori merepek!

"amalkan senyum dalam 21 hari lama2 insyaAllah boleh jadi habit"-Prof Muhaya... 

Ada sorang ni, suke sangat senyum, even time bagi ucapan farewell pun dia boleh senyum, dia kate, "tak tau la, bile sedih ke, seronok ke, gembira ke, muka mesti macam ni" (dalam keadaan muka dia senyum je...) seriusly,memang betul la bila dah hari2 senyum , benda tu dah jadi "auto-pilot" dalam diri..nak try la pasni...tapi not advised to senyum depan hp or senyum sorang2 sebab nnt orang ingat lain pulak.hihi smile! =)

p/s: sebelum tidur, kita latih diri maafkan SEMUA kesalahan orang lain pada kita, moga hati jadi lebih lapang dan sehat, yeay!

wassalam




Tuesday, June 5, 2012

jangan terbabas sudah..


Assalamualaikum wbt

kali ni mata sedap pulak tengok kaler gelap ni.
takpe biar la wat mase ni mood minat kaler gelap.

hari tu saya naik kereta dengan kawan, dia yang bawak kete tu.
tetibe je, dia macam bawak laju sangat ke macamane ntah, so, kete tu masa kat selekoh tu aku rase cam nak terlanggar tebing plak.

haish! dia ni, sentap kot..
"eh,slow2 le sikit..terbabas pulak nnt"
takpe la boleh le maapkan dia, baru lesen P.
"er..sori..T_T"
saya ok je cume kecut perut sikit bila org duk bawak laju2. kalu orang tu expert caye sikit

lepas tu masing2 diam
.........

saya pun terpikir, in other case yang orang duk bawak laju2 , especially yang tak naik sorang, at least kena ada co-pilot sebelah dia nak ingatkan bila driver tu tak sedar yang dia dah terbawak laju or drive recklessly.
tak pun tolong picit2kan time ngantuk, hulur2 air ke, kunyah2 kerepek ke..sembang2, saling mengingatkan.

ye , saling mengingatkan in order untuk dia AWARE!
aware sebagai seorang pemandu yang membawa penumpang dia yang tak kahwin lagi ni.eh?
cuba kalau dia tak ingatkan ataupun co-pilot tu sendiri tetido, tak de sape nak kesah dgn driver tu, ditakdirkan ada kemalangan, sapo yang susah? mereka dan keluarga mereka juga yang susah. (tapi kalo dah ngantuk ,gi la singgah RnR atau take over je la kan). ni cakap tang kalo orang tu tak diingatkan bila dia bawak laju tak hengat sampai membahayakan diri kita sebagai penumpang.

tak ke naya bila dah kemalangan? dibuatnya tak sempat menatap hari esok macamane?
>>>>>><<<<<<
macam tu jugak kalo kita yang TAHU tapi DIAAAAM je bile nampak sesuatu kemungkaran/kejahilan/jahiliyyah tu berlaku depan mata. takde rase nak pi betulkan/ajarkan seseorang tu bila buat salah. takde rase nak ajak orang tu buat benda yang boleh tambahkan saham akhirat nnt. same tak keadaan dengan orang yang tak tegur driver sebelah dia bawak laju tu? apa yang sama?

bila dah bawak laju, silap haribulan boleh terbabas, kan? dan alamatnya kita juga 100% terlibat dalam ke'terbabasan' tersebut.

bila nampak orang buat salah depan mata kita tak tegur, contohla kan, dengar azan, kita terus solat, tapi orang sebelah bilik kita ralit duk tengok korea, etc...takde rase nak ajak solat berjemaah...

kita tau ada orang keliling kita yang tak tau camane nak ngaji Quran dengan betul,tapi kita tak pernah nak ajarkan dia baca Quran dengan betul apatah lagi nak menceritakan isi al-Quran yang best itu

kita tau kita ada junior yang masih hanyut dalam dunia dia sendiri, akibat pengaruh hedonisme, kita tak pernah nak ajak dia , tanya or sembang dengan dia untuk kenal dia dengan lebih dekat.

kita nampak je kawan kita pegang plastik McD yang berisi burger prosperity beserta french fries juga air *coca-cola bila kita hang out dengan dia, padahal kita tau je benda tu kite kene boikot sebab McD antara company yg menyalurkan sejumlah besar dana mereka kepada zionis yahudi keparat tu.

T_T

bahkan kita biarkan sahaja orang sekeliling kita hanyut dengan kita juga hanyut dengan 'perasaan bajet bagus' kita tu. 

"Katakanlah, "apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik2nya" (al-Kahfi,103-104)

takut kelak di akhirat nanti Allah tanya orang yang kita tak nasihat tu,.'kenapa kamu tak ikut jalan yang betul?' maka kita yang akan ditudingnya, sebab kita tau, tapi tak nasihat orang lain. T_T

kan terbabas namenye tu? terbabas ke mane? masing2 boley tau jawapan sendiri. dah elok2 dah kaki kite nak melangkah ke syurga, tibe2 ade orang claim kite tak tegur /nasihat/seru dia masa kat dunia dulu. Nau'zubillah....

ironinya, once nak menegur, bila orang tu tarik muka, or tak ikut cakap kite, cepat beno rase putus asa. just bear in mind, kite ni orang yang menyampaikan, yang memberi hidayah dan gerak hati untuk berubah tu Allah. juga, kena ade teknik yang berkesan dlm menasihati orang ni, semuanya Rasulullah dah tunjukkan.

Semoga Allah memberi saya dan kamu semua kekuatan untuk kita melakukan amar ma'ruf nahi mungkar.
kene banyak koreksi diri supaya kita tak cakap serupa bikin. 

sekarang dah tau kan apa yang antara kita kena buat? jadi ape tunggu lagi? kalo nampak saya salah, tegur aje ^_^(n lagi bagus kalo nampak saya ni tak buat ape yang saya cakap, nasihat la balik,kita kan manusia, kena sentiasa diingatkan..) peace!

Wassalam