Monday, March 29, 2010

Penjelasan

Assalamualaikum wbt.

Sebuah penjelasan ingin aku nukilkan. Kerana nyamuk seekor, terbakar satu kelambu. Hiperbola sangat tak perumpamaan ni? Lebih kurang la. Entri yg terakhir adalah tentang lawatan ke klinik gigi dan sehingga sekarang masih ada rasa sakit pada gigi tersebut di samping rasa susah hati apabila diberitakan oleh doktor gigi tersebut tentang operation yg perlu dijalani tak lama lagi. Di samping rasa susah hati tersebut, rasa marah yang meluap-luap pada encik doktor pun ada di dalam hatiku ini. Ternyata , setelah saya menyedari dan koreksi diri, buang tenaga je aku nak marah2 si doktor tersebut. Agaknya masa tu tak pikir panjang, sebab terlalu terkejut waktu doktor tu tunjuk filem xray dan cakap, “awak kene operate nak buang gigi tu..yada…yada…” ditambah dengan cara dia panggil saya(hamboi, marah beno ye kamu, cik Nab..relaks aaaa…buat do no sudey..)

Ye2…saya rasa menyesal pulak…sebab bila saya teringat saya pernah blog walking ke blog doktor2 gigi yang rajin memblog, mendidik manusia sekeliling supaya meningkatkan tahap penjagaan gigi mereka. jadi saya terjumpe la satu blog ni, lefthandeddentist.blogspot.com.

Rupe2 nye sakit gigi macam tu very common among people la. Dan ternyata, apabila tiada sebarang gigi yg berlubang pada mana2 gigi geraham, maka puncanya adalah daripada gigi geraham bongsu yang paling lambat tumbuh (antara umur 17-21tahun,baru gigi ni nak tumbuh). Memang sebelum ni saya pernah dengar, bila gigi bongsu tumbuh sangat sakit rasenye. Tapi itu bukan masalah nye.

Masalah timbul apabila gigi bongsu@ wisdom tooth tumbuh sedikit demi sedikit, dan cara ia tumbuh tak sama dengan gigi2 kekal yg lain iaitu ia tumbuh melintang daripada tumbuh menegak macam gigi lain. Perihal ini lah yg menyebabkan sisa2 makanan mudah untuk terselit di celah2 gigi yg baru nak tumbuh ni. Apabila makanan dah tersekat, sukar sekali berus gigi nak mencapai kawasan tersebut, maka mudah lah berlaku ‘pertumbuhan bakteria’ sekaligus menyebabkan ‘infection’ pada kawasan tersebut. Oleh itu, bermula lah episod serangan sakit yang bertubi2. Dan akhir sekali, ‘doktor tangan kiri’ ni cakap, ‘there's no other way, except for removing it surgically’


macam ni la gigi saya dalam X-ray tu, yg melintang tu gigi geraham bongsu

Jadi, baru saya paham, kenapa encik dentist tempoh hari dengan confident nya suruh saya operate. Tapi dalam pada itu, saya masih lagi memerlukan beberapa penjelasan. Oleh sebab itu, saya pun dengan rajinnya meng’e-mel’ sorg dr gigi yg saya jumpe kat blog beliau. Ikuti kisahnya:

“biasanya gigi geraham bungsu sering infected atau dijangkiti kuman..kadang2 bukannya pada gigi tapi pada gusi dan tulang sekitar gigi tu..gigi geraham bungsu ni biasanya senget so makanan kadang2 senang terselit kat situ and susah nak buang so kuman membiak kat situ menyebabkan gusi dan tulang sekitarnye kena jangkit kuman dan sakit..sebab saraf kat situ sepanjang rahang bawah so sakitnya sampai terasa ke gigi2 lain...so bila dr tu amik x-ray biasanya kalau gigi lain ada lubang ke boleh nampak kat x-ray tu..so kalau gigi lain takde lubang then puncanya memang gigi geraham bungsu tu...

yang dia tulis tu MOS under LA meaning minor oral surgery ( pembedahan kecil mulut ) utk membuang gigi geraham bungsu tu secara pembedahan kerana gigi tu sengat so takleh kuar secara biasa..kena potong skit gigi tu kepada beberapa bahagian..and biasanya kena potong gusi and buang tulang skit...under LA meaning dengan bius biasa..so tak rasa sakit masa dia buat tu sebab dah kebas..cuma lepas pembedahan tu kawasan tu akan bengkak beberapa hari..biasanya 3-7 hari...kemudian susah nak bukak mulut dalam beberapa hari..so kena makan makanan yang liquid dulu atau lembut..kejap je laa tapi lepas tu ok dah..so jangan takut..saya pun dah buang gigi geraham bungsu secara pembedahan..saya buat 4 gigi sekali gus..hehe..macam chipmunk lak sebab dua2 belah pipi dah bengkak..makan pun milk shake..mash potato..bubur..sup..pastu makan ubat tahan sakit and antibiotik yang dr bagi ikut time dia so takde rasa sakit langsung..then lepas 3 hari dah ok dah...nak turunkan bengkak tu kena laa letak ice

so nasihat saya buat laa MOS tu..jangan takut...sebab kalau tak buat sakit tu akan berulang..and kadang2 akan jadi makin teruk.”

It does make sense with dr tangan kiri tadi.Setelah dapat reply drpd dr. ni, hati jadi lega dan lapang. Maka tidak ada kaviti yang tersembunyi! Eh? So, boleh la buang gigi tu kalo lepas ni sakit lagi ye dak?

p/s: jom rajinkan diri gosok gigi sebelum tido. tiada lagi kerosakan gigi! Wassalam

Thursday, March 4, 2010

A Visit to Dental Clinic

Assalamualaikum wbt

About 12 years ago…Kelihatan seorang budak perempuan dah tertidur dengan x sengaja di depan tv.Lalu dikejutkan oleh ibunya, “ bangkit, pi gosok gigi dulu, masuk tidur dalam bilik” si budak itu menurut walaupun matanya separuh terbuka.

12 years has passed…Budak tu dah besar dah pun, heh, dah besau dah ha, pandai2 la jaga diri kan. Gosok gigi sebelum tidur…dia gosok gigi ikut ‘dan’ dia je, kalau rajin, tergosok lah gigi nya, kalau udah malas nak angkat berus gigi, takkan tergosok la gigi tersebut smpi ke pagi esok.

Sape yang ada situasi macam ni? Kalau ada diam2 sudah. Oh,nampaknye saya sudah rindu dengan leteran mak suruh gosok gigi sebelum tidur, mesti beliau akan berkata, “nak berkarat ke gigi tu bila besor nanti?” , bile dah ‘berkarat tu bukan senang nak cuci kan. Tapi sekarang dah takde dah dengar mak cakap macam tu. sendiri mau ingat la kan.

Pernah pada usia 6 tahun,(sampai sekarang pun ayah suke ngajuk bende nih, adui), di kampung, one of my aunts noticed there was a tooth at the back of my upper front teeth,ntah camane ley terlunjur ke blkg gigi tu. bile check, rupe2 nye kene buang. Before kne buang, kene makan satu obat ni nak bagi mabuk supaya sy x sedar time ‘gigi’ tu dicabut. Tengahari tu, ayah amik n bwk fawwaz skali g opistal (hospital) for the appointment. So, he gave me that ‘obat’, after few minutes later, I talked to ayah with a weird voice(bayangkan org mabuk tgh ckp macamane, mcm tu la time tu..) “ayah…ayah…kenapa adik ade ‘dua’?” seriously, time ni memg saya tak hengat satu apah pun. Saya dah nampak adik tu ada dua, ala, macam org yg kne ketuk ngn periuk besi, pastu berpinar2... at that moment, memg susah sgt ayah nk pimpin, jalan terhoyong hayang sah-sah macam org mabuk! Jalan sikit, terjatuh longkang kat tepi, last2 ayah kene bawak pakai wheel chair org sakit tu smpi ke dental clinic! Finally, process mencabut ‘gigi ganjil’ dengan jayanya…tanpa menyedari pe2 pun, clap3x!

Tu citer lame….dan memg dah lame tak wat dental check-up lepas habis skola,last skali wat time med check up time matrix. Finally, about months ago, I always feel painful at my lower part of my teeth and it become more painful once I chew foods at those side(left side). Suddenly I thought, could it be tooth cavity or tooth decay? Many of my times are spent far away from home , so I don’t have time also to do my dental check up. To do it myself in PJ, I don’t know any dental clinics there, even UM Hospital is the nearer, I didn’t know what time was suitable for me to go there.

So today, I’ve made myself to the dental clinic in Ipoh GH. For the first time after a long time haven’t been there, I met a dentist to detect what kind of pain I’ve been bearing for months. The physical structures of that place was absolutely different than my childhood when visiting the same clinic where I used to pull out my gigi susu, the automatic front doors, as well as the dental chairs, wa, sudah maju ke depan betul. (even kerusi patient nak tengok huruf2 kat eye clinic pun tak berubah2 sejak aku kecik lagi..) actually, I even didn’t notice that clinic until ayah told me I used to go to that clinic (sampai boley cakap, “oh, kite pnah pergi sini eh?”)

After being an hour waiting, my no. is called. So many people waiting outside, eventhough somebody had taken the no for me, it still late. (ye2, sy paham, hosp gomen memg ramai org).

Dr., gigi saya sakit kat sini..! (seriously, gambar ni same ngn tempat yg sakit tu)

As I went through the automatic door into the cubicle, there were a young man with white coat masking his nose n mouth and his two assistants near him.

That man addresses me, “Ye,Puan nak buat pemeriksaan ape?”

Me (dalam hati): PUAN????

And the rest is history. Hilang mood woo nak citer. Takpe la, tak payah eh citer apa jadi pastu. eh, tapi takde la sampai I jadi Hulk kat situ wat smack down ke hape,ape kes.. Jadi kepada bakal2 doktot, eh , DOKTOR @ DOKTOR GIGI atau sape2 je la yg kejenye akan deal dengan ramai org pelbagai lapisan masyarakat, sila la address patients anda dgn sewajarnya. Aci, amoi, adik ,aya, apek, encik, datuk, tuan, puan, cik,lebai, imam, etc...Even anda nak cepat mane pun, tolong la tengok dulu kad patient tu, mesti ade IC no dia, tgk kat pangkal tu, kan ada tahun. Pastu congak cepat2, eh berape umo dia ni. Then, SMILE to them with a correct panggilan.(even aku tak nmpk pun dia senyum kat aku sbb dia tutup muka dia).eh, tak semua org suke bley terima la kalau kite salah greet org.

Zzztttzzztt…eh cik Nab! Apsal ko ngumpat org nih? Patutnye hikmah peristiwa ini ialah:
Anggaplah dia address ko dengan panggilan sebegitu sebagai cara dia menghormati patient dia. Mane tau, 1st impression dia pada physical appearance anda ada gaya cikgu ‘besau’ ka…mungkin tak terniat pun di hati dia, sebab dah petang2 gitu, menghadap pelbagai fe’el patients yg 1001 macam sejak pagi…penat tau…jangan tengok pada kesalahan org yg kecil2, yg besar pun jangan, jadi, BERLAPANG DADA lah…tak salah kan kalau nak berlapang dada, hati pun tak sakit, jiwa pun lapang..sepatutnya ko bangga, dia panggil ko puan, sebab ko akn selamat x kene ngorat! Opps…ke situ pulak...

p/s: Astaghfirullah3x! so, berlapang dada=positif, let’s make a move! Jangan tau nak salahkan org je, especially doc gomen. Everyone makes mistakes,man! Kalau dah tersilap, benda yg terjadi tu atas kehendak Nya jugak… wassalam

Tuesday, March 2, 2010

KLIBF 2010

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dah habis baca dua novel Jemariseni. Fuh! Punya pulun nak baca kali ni. Kalau dulu baca novel Hlovate je yang asyik terputus fius je nak baca. Sampaikan bila nak bercakap tu asik terkeluar bahasa dlm novel Hlovate yang sempoi habih, pandai betul dia mengaplikasikan ilmu sains dalam cerita dia. Somehow, tak sia-sia gak la rase, ada je mesej2 dia yang menusuk qalbu. After Hlovate’s , rase nak try baca karya penulis Jemariseni yang lain jugak.

Ternyata pembelian tak terancang waktu g jalan2 ke OU dengan my roommates kat MPH ada hikmahnya. Dua novel tu jenuh dibelek2 sebelum dibeli, hasilnya--> Berjaya mengisi hari2 ‘home alone’ sepanjang first week of my break.

1. Tentang…Dhiya by Syud : cerita dia agak biasa2 tapi still best gak la even ada skit klise. Banyak ‘kebetulan’ dalam banyak scenes. Ok fine.


2. Jaja & Din by Noor Suraya: this book has made me to not to judge a book by its cover! Truly, the moment I saw this book on the MPH racks, I read the synopsis first, that’s why I bought it. Tang ‘judging a book by its cover’ ni adalah pada karakter dalam buku tu. Jaja, seorg yg free hair, seorg media planner yg ada sikit je knowledge about Islam boleh tertarik hati dgn seorg lulusan al-Azhar yg bercita2 menjadi seorg mujahid di Afghanistan. Yg uniknya, sebab berkenan sgt si jaja kat ustaz din, sanggup dia suruh mak pak dia pi ‘pinang’ ustaz tu. jaja sgt determine utk bersuamikan ustaz yg bermuka redup itu. ternyata Allah masih sayangkan dia dengan menemukan jaja dgn din walaupun jaja dah lama 'meninggalkan' Rabbnye (sebab dia tak solat before kawin dgn Din) .


ustaz tu punya la zuhud,so Jaja pun kene la belajar untuk 'survive' menjadi zuhud like Din. bila dah kahwin baru kenal hati masing2 dan si ustaz tak jemu2 mendidik si isteri jadi solehah, ajar ngaji,hukum fiqh, ajar jaja qada solat yg dia tinggalkan, bedtime stories pasal sirah Nabi2, sampaila cakap kat jaja nak gi berjihad, pada mulanya jaja agak ralat akhirnya Jaja tu redha dengan pemergian sang suami ke medan jihad. puas! sebab bukan novel yang jiwang karat yg biase2 punye. banyak sirah2 nabi yang diselitkan dalam plot ini tatkala si jaja mengah utk blajar hidup ikhlas,taat, zuhud,jihad bersama Din. hasil didikan Din terhadap isterinya, Jaja dah banyak berubah dan menjadi isteri seorang mujahid yg tak terlalu mengharap kepulangan suaminya setelah setahun lebih ditinggalkan.


Whoa, saya tak pernah jumpa novel melayu jalan cerita dia macam ni…bila imbal balik dengan diri sendiri, rase beza sungguh dengan diriku yg terlalu bnyk hidup dilimpahi kenikmatan yg tak putus2. Sungguh beruntunglah orang yang berjihad fisabilillah itu. so, bila kita jumpe org yg tak pakai tudung ke, seksi ke, kita takley cepat2 judge org ni, “huh, nerakalah ko!” tak boley! Mane tau di saat dia tua2 nanti, Allah bagi hidayah kat dia, macam jaja ni, untung dia dpt suami ustaz...same jugak dengan org kafir, Allah itu berkuasa untuk memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yg dia kehendaki. Last but not least, sentiasa husnuzzon dalam apa jua perkara yang anda temui.Wallahua’lam.




Oh ye! Saya ada g cari2 maklumat sikit tentang KL International Book Fair 2010. Awal nye pesta buku kat PWTC tu taun ni. Will be started on 19-28 March 2010 di tempat yg same, PWTC. Jadi, dah ley la wat lists nak beli buku ape, kan,kan. Jadi, kepada pencinta buku, ape tunggu lagi, sila korek tabung ayam anda ye…haha. Oh ye, novel terbaru hlovate juga akan release mase tu nanti tajuk VERSUS. Si awa pernah suruh beli, tp mase tu belum ade lagi sampai la KLIBF nnt.
Erm, ni la masenye untuk shopping sakan beli buku kat pesta buku, sbb taun2 dpn tak tau ada can ke tak nak p sbb kite tak tau di bumi mane kita akan jejak untuk masa akan datang. Wassalam.

p/s: -sapa2 yg pi KLIBF nt jgn lupe mintak resit bagi kat mak ayah, boley kurang kan income tax :p

Monday, March 1, 2010

Di Bulan Februari (episod 2)

24-28 Feb
Di rumah kini. Barang2 dikemas sedikit demi sedikit.last2 ada la nmpk rupe ‘bilik’ bilikku ini. Banyak lagi benda2 kat rumah ni tak cover. Cuti ada dalam 3weeks,so for this 1st week rasenye nak bersuke ria la kejap. The next week baru masuk keje jadik DO( Dapur Officer). Mood untuk jalan pagi2 pun masih belum terbit. Ye, antara cara untuk mengelakkan diri daripada tidur after Subuh sampai matahari setinggi galah adalah dengan mengambil angin pagi bersama makcik2 jiran yg lain.Paling tidak pun, bawak beskal gi round2 kampung, melayan blues la kunun, bwak beskal ade raga kat depan, seat rendah ala2 macam cite Full House tu.ngee… ayah ckp jgn bawak mountain bike fawwaz tu, bawak awa nye, feminine skit. Ngeh2.Ouh, nampaknye sudah sebulan lebih meninggalkan rumah, perkara2 tersebut masih belum dapat dibiasakan semula. Oh lagi satu cara ye, g praktis bawak kereta semule, sebab pagi2 kete tak banyak. Jadi, dengan memberi alasan kepada ayah nak gi beli sarapan, maka nya, kancil itu boleh dipandu tanpa rasa was2 dalam hati beliau.rupenya masih kekok bile drive. Dan salah satu bukti dah lame tak balik rumah, anak kunci pintu pun dah confuse mana satu! Haru betul la…macam mane la bile dah jadi org kuantan nnt..:(

25 feb- malam jumaat: mak cakap, siap, kite turun JB.. (saya: ?????blur.. ) tapi malam ni kite tidur kat sepang dulu. Em, ok, menurut perintah. Pack2 barang, bawa koleksi novel Hlovate, si spm leaver kat sepang tu bnyk kali ckp nk pinjam.. actually, nk g jb sbb nk ziarah cousin saya yg baru kena operate.

26 Feb- bertolak ke JB. Terus ke Hosp. Sultanah Aminah JB. Tepi Selat Tebrau, seberang sane dah boley nampak Singapore. Baby ni kene operate pagi 25 hb . bermula dengan demam yang tak kebah2 dua minggu lalu. kemungkinan disebabkan keadaan cuaca sekarang yg agak panas dan berbahang antara salah satu sebab demam baby Ahnaf tak kebah2.Akhirnya dia didiagnose ada jangkitan di paru2 kirinye n finally it was found ada something like nanah dah wujud di situ. So, bile di hospital Muar dah tak berjaya nk buang benda tu, so this little baby is just about 11 months had been transferred to JB for operation nak buang nanah dalam lung dia. Kesiannya, kecik2 lagi dah kene operate. Ujian Allah buat ummi dan baba nya…moga mereka kuat. Saya pernah jumpe baby Ahnaf sekali je, time raye hari tu, waktu dia 6 bulan, putih, comel dan semestinye geram….!
baby Ahnaf time raye...
Bile dah sampai kat wad kanak2, tengok2wad Ahnaf betul2 depan kaunter nurse. Mak cakap biasanye kalau wad btul2 depan nurse ni, keadaan patient tu tak berapa nak stabil sgt n perlu perhatian lebih drpd nurse. Memang pun , sebab baby Ahnaf bru lepas operate dan dipindahkan dari ICU ke wad tu. pertemuan kali kedua dengan baby Ahnaf…cukup berbeza. Hampir2 saya tak sanggup masuk ke wad tu sebab sebak tengok badan halus tu dipenuhi segala tiub kiri dan kanannya, hanya lihat dari luar melalui dinding transparent, badan Ahnaf susut, sangat berbeza dengan apa yg sy lihat 5 bulan lepas. Dalam hati cakap, kesiannye…bnyk kali..tapi mata Ahnaf bulat time tu, tengok je org sekelililng yg lawat dia. Tentunya dia sakit, tangan kanan drip, tgn kiri ada lagi cucuk, kat dada dia dah ada 3,4 lubang….even belum jadi mak pun lagi, hati ni cepat sgt emo tgk bnd2 gitu.dari luar , tengok ayah urut2 kaki dia, cakap2 dgn dia, dia tengook je ayah cakap dgn dia. Lagi sedih time tu bila teringat ayah n mak dulu penah berhadapan dalam keadaan begini, malah lagi teruk dari ini…

Oh rupenye, cik misi dah warning jgn ramai2 sgt masuk dlm satu masa. Nasib baik tak masuk . So, saya masuk time ayah dah keluar nak g tengok Aqil yg ikut kami dri sepang. Dia tak ley ikut naik sebab budak2 under age 12 tak dibenarkan sama sekali ikut naik wad. Bila masuk, berdiri sebelah katil Ahnaf, dia tengok je la Ummi dia sembang dengan mak, kadang2 tu dia batuk, suara dia pun tak dengar sangat, tengok dia batuk tu, rase macam sakit sangat dia nak batuk.kesian…ape la ummi dia rase kan… then, gi la belek2 report yg ada kat situ. Ni student medic je la yg paham kot. Report doctor bile round tengok patient at certain time, belek2 segala surat2 kebenaran utk operation, surat kebenaran utk local anaesthetic n mcm2 lg. ooo ni agaknye org ckp prosedur yek.Umi Ahnaf ckp the operation took 3 hours to complete. Alhamdulillah, nanah tu Berjaya dibuang, tgu nak recover je la. moga adik ahnaf cepat sembuh ye. Nnt kite jumpe kat rumah tok tau. Ha, the diagnose is: “Bronchopneumonia at left lung, ephyema pleural effusion”

So, kesimpulan saya: ikatan kekeluargaan yg kukuh tu la sebab kami org Ipoh ni turun JB for this weekend. Perbuatan ‘turun ke selatan’ adalah ekspresi seorg ahli keluarga untuk menyokong ahli keluarga nya yg lain apabila berada dalam kesusahan/sakit dsb. Mak adalah kakak kepada umi ahnaf. Waktu di muar lagi, adik beradik mak yg duk belah selatan ada yg dah datang melawat minggu lepas. Pastinya Umi n baba ahnaf perlukan support selain bergantung pada Allah swt dpd org2 terdekat.Itu lah pentingnya kita manusia utk hidup ramai2 ,merapatkan ukhwah, bila susah @senang sentiasa bersama. Tu dalam lingkungan adik beradik yg ramai, dididik hidup bersama, bila susah kite tolong, anak kau anak aku jugak. Anak aku buat salah, sila tegur. Waktu senang memang susah nak nmpk kekuatan bonding tu, tp bila susah baru boleh ukur. Saya 4 beradik ni pun tak tau la tara mana kekuatan ikatan tu. tambah dgn semenjak kecik saya memg jenis kaki buli, tapi si bully ni dah insaf, dlm tempoh recovery lagi…kui3…semoga Allah satukan hati saya dan ahli keluarga yang lain as well as ikatan antara sahabat2 seperjuangan. Thus , today, I’ve learned another one new experience that teach me to be a lovable person who loves people around her. so Ingatlah orang yang tersayang!
Sofea

Oh nampaknye pergi ke selatan tak berhenti takat tu je. Di JB kami bermalam di rumah pakcik Ajak , kebetulan memang dah lame jugak tak jumpe family ni. See, mcm2 hikmah rupenye turun selatan kali ni. Dapat jumpe si amoy sofea, dah besar la rupenye adik sorang ni. Terserlah ke’amoi’an nye.keh3.jeles tengok kulit dia licin. Sofea cakap, “sebab sofea suke makan tomato…” Time maghrib dia nk solat n ngaji same2. Wah, so clever la this girl mengaji,makhrajnye betul..saya time darjah dua pun makhraj tak brape nak ada bunyi. Dengan suara yg lemah lembut, “sepatutnye Sofea dah mengaji al-Quran, tapi mama suruh ulang baca Iqra balik sebab Sofea baca banyak salah..” oo padan la baca Iqra’ nye laju aje. Esok nye time nak balik, Sofea dah stat feeling. Mama nye kate, dia sape2 yg nk blik memang macm tu, cpt sedih. Last2 kitorng blik dalam keadaan dia dah nangeh kat dlam umah. X dapek den nak nulong nye…Agaknye next time jumpe mesti dah sama tinggi sebab kali ni jumpa pun, budak dajah 2 ni dah tgi bahu..alahai, kakak sedara dia ni ‘rendang’….kui3

28 feb- balik ipoh sudah after overnight kat sepang sekali lagi. Before balik, g KISAS tengok Fawwaz. Oh ye, travel ke selatan kali ni telah merasa menjadi anak tunggal sementara sebab budak2 hostel tu tak balik pun cuti maulid kali ni sebab dah blik raya cina. Maka, tamatlah tempoh bersuke ria cik Nab before dia masuk keje esok pagi sebagai Dapur Officer for the rest of her break. Apa pun, bulan ini dia telah belajar bnyk benda dan pengajaran yg boleh memanfaatkan dirinye dan org sekitarnye. Insyaallah.

Di Bulan Februari

Assalamualaikum wbt

Sekuntum mawar merah,
Sebuah puisi…na…na…na..
DI BULAN FEBRUARI….

Heh, lirik lagu mane la yang aku ambik ni, tp yg pasti lagu ni wktu sekolah rendah lagi. Sebenarnya nak highlight bulan februari je pun. Setelah menyepi untuk beberapa waktu, yg empunya blog ni dah ala2 biskut(skjp ad skjp x ada). Well, bnyk benda perlu diuruskan,jadi untuk itu, saya @aku nak buat ringkasan aktiviti sempena bulan februari ni. Hah, elok benor la tu, dah hujung bulan dah pun, ooo nmpk nye tahun ni tahun tak lompat sebab ad 28 hari je bulan ni.

1-5 Feb: Final week for this semester. Maka segala bentuk tutorial, assignment, quizzes yg belum buat kena siapkan dalam minggu ni jugak. Agak ‘cramped’ la jugak. Nasib baik semua chapter dah habis cover. Ni bermakna, minggu last belajar kat CFS. Sesi bermaaf-maafan dengan lecturers juga ada dilakukan secara tak rasmi, gi jumpe sendiri sambil g tengok2 boards dpn bilik lecturers tgk CAM (couse assessment marks). Hmm tahniah la kpd mereka yg dpt high CAM, dan lg best kan kalau dpt tau no matrix kwn2 sbb ley tgk CAM diorg skali, malangnya, sy tak brapa nk tau la no matrix org ni…2-3 kerat tu tau la kot..

6-21 Feb: study n exam week.dah takde kelas.mula hibernate dlm bilik @surau@ study room. 1st subject: EAP. Tak tau nk study pe tuk subjek bahasa ni. Tgk2 past years Qs. Ouh, nmpknye jadual xm kali ni agak menarik. Yg core course subject ltak kat ujung2. Last skali bio 3(bnd yg sgt bnyk untuk dibaca). Yg amat pelik nye, this exam week tengah2 nya ada Cuti Raya Cina! Memang seriously this year tak berapa nak makan limau sangat la, ate nye dah tak keluar, asyik duk buat revision je..ish3 sadis2.Untuk mgu pertama xm; EAP n Computer.alhamdulillah, all just fine. Gap agak jauh 5 hari before paper core subjects. Masing2 muka dah ‘ketat’ +serius+ no comment. Biasa la musim2 exam kan..since this sem was my final days at matrix ni, mcm2 benda yg sweet n sour jadik. Kadang2 seronok (dlm hati tu asyik ckp, “cpt la habis, tak sabar nk blik! ”) n kadang2 sedih sebab pasni dah x serumet ngan rumet2 yg best tu, and also, nnt dah berpisah ikut course masing2.
so, before exam starts, kite saling meminta mahap n halal segala benda before separate lepas ni. What I got was really amazing. Bile kite belajar utk berterus terang dgn org ni , (ye, bukan keje senang ye belajar utk melepaskan apa yg terbuku di hati…) hati tu rasa lapang je, nak buat revision pun mudah. Bila dah lepaskan, rase macam banyak je salah dengan org2 tertentu tu sebab dulu macam bnyk fikir yg buruk@tak patut ttg dia. Jadi di sini, saya dah belajar 1 benda; jangan berprasangka dengan orang. Ouch! Lagi teruk rasenye diriku ini, dalam surah al-Hujurat awal2 lagi dah bilang jangan suuzzon dgn org! Ish3, baru skrg nk sedar? Alhamdulillah, masih blum terlambat. Kak yong pernah pesan, “ kalau dah start fikir something bad about someone, cube cari 40 perkara yg baik ttg orang tu” (something like that la, x ingat sangat) .
Dan kat matrix ni baru sedar erti ke’bersama’an dalam buat apa sekalipun. Apa kata org dulu2, ‘bersatu teguh, bercerai roboh’. Yg saya perasan la kan, mungkin saya sndri pn macam tu, org pompuan ni, dia nafsi-nafsi sikit. Tapi dalam nk exam ni, mane boley nafsi2 kan, jangan bodoh sombong! Dah tak tau cepat2 tanya org yg tau. Kat sini lah dapat rasa seronok nye ade ramai kawan. Bak kata “berkawan biar seribu, bercinta biar satu” (ewah2, pandai main ngan bahasa la pulak..). sebab saya rase saya ni bukan jenis yang friendly sangat. Tapi bila dah kat matrix ni, baru la ada kesedaran nak improvekan P.R skill. Hey, come on! Make friends with anyone la cik Nab! Ok2 tengah dan akan buat ok! Nampaknye paper math agak menghampakan sikit, but I’d done my best as well as Bio. Akhirnya, sume paper dah selesai! Bismillahi tawakkatu 'alaAllah...barang2 telah selamat diangkut ke Ipoh sebab nnt kene balik sendiri , ayah tak boley nak amik, takdak cuti. Malam ayah datang ambik barang tu, baru la ada can makan limau sikit n ‘the brain’ (otak-otak kempas). Alhamdulillah.
AMF yang dah kosong...

22-23 Feb: still di Cfs, menghabiskan sisa2 hidup bersama my roommates. Both of them were planning to go for jalan2 at One Utama. Since, this was my final week with them, I joined them to that place. Sebelum2 ni, ajak la macam mane pun, saya selalu je menolak pelawaan mereka bila mana mau outing ke mana2, tapi kali ni tidak. Malah lebih bersemangat, mereka pun naik pelik. Ok2 saya nk spend mase2 yg masih ada untuk anda berdua ok! Tibe2 teringat sesi perbualan 2 bulan lepas, cakap pasal nak tukar2 hadiah before balik bercuti. Ijat pun terpikir benda yg same. Jadi di OU, kami set time, in about 45 min, we separated to find something to exchange hadiah la. rase lawak plak buat benda ni,dah la baru 1st time pergi situ, nasib baik bukan weekend, org x ramai sgt. OU tu punye la sebesar2 tempat, lastly l entered Jaya Jusco, thinking what to give to that two girls. In my mind, I just want to give something yg practical,boleh pakai hari2. Last2 belikan diorang non woven fordable drawer, comey2 , ada gmbr katak. Ha, elok sangat la tu, si Hannah tu nnt sng nk bwk blik naik bas, sebab benda tu ringan, flat dan tak berkotak.

Syukur, both of them suke sangat dengan benda alah tu…hehe, maka hati saya turut berbunga melihat mereka sangat terharu mendapat hadiah daripada the so-called ‘mum’ ni.(ade ke patut depa panggil kite mak? ‘mak’ tang mulut kut, suke pot-pet, pot pet). Tak rugi sebenarnye kite bagi hadiah kat orang ni, teringat pulak dekat rumet kat DQ, dulu dia penah cakap tentang hadis pasal bagi hadiah, “Tahaadu wa tahaabu wa tazhabus sya’na” (er, tak tau nak translate ler..). oh ye, si Hannah bagi mug comey kat saye, comey tang bunga, bukan size nye. The reason she gave me that mug is: sebab cik Nab suke bancuh kopi Radix malam2. Hehe. And ijat pulak cakap, dia nak pos hadiah ke rumah sebab dia tak jumpa hadiah yg best utk kitorang( ijat, kte tunggu tau…) The next day, petang tu saya pun mau pulang, tinggal cik ijat sorang2 sebab dia nak pegi ganu hari jumaat. Wa, touching la plak,she hugged me tightly,ye la nak berpisah dgn so-called mum ni... I took a night shuttle train to Ipoh on 9.45pm. Luckily, I met Angah Akmal n Adik Nisah there, at least I had companies in the train. Wa, lame nye tak balik Ipoh..



foldable drawer yg comel, daripada cik Nab yg comei kpd roomates yg mengaku comel :)