Sunday, September 26, 2010

igauan

Assalamualaikum wbt.

for these past few days, igauan tu datang lagi

nampaknya i belum bersedia

nak belajar melepaskan

dia.

macamana boleh detect?

bile rase macam jeles dekat dia

hello, cik nab. everyone will have their own life one day

kau tak payah la nak ber emo.

ye, memang emo. baik lah. saya berhenti di sini.

wassalam

p/s: blog ni tidaklah berunsurkan akademik mahupun ilmiah. i just want to write things that make me reflect with my surrounding. as long as i think it is not too personal and can bring benefit to others. if u find any unbeneficial thing, why not u move on to other blog page. yeah! that's also making a move! make a move.....da~

Sunday, September 19, 2010

sepuluh

Assalamualaikum.

satu
.
dua
.
tiga
.
empat
.
lima
.
enam
.
tujuh
.
lapan
.
sembilan
.
SEPULUH,ya , 10. hari ni dah sepuluh syawal. dalam surat beranak aku tulis 10 syawal. bermakna?????

cik nab, sila tepuk dahi...itu lah, taksub sangat sambut besday dalam kalendar omputih, bday dalam tahun Hijrah senang letak ketepi.padahal , umur dalam tahun Islam tu lagi tua, nak tunjukkan awak tu da tak lama lagi dah...modal yang Allah bagi makin sikit.

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan & pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka!) Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik derhaka." (al-Hadid,16)

wassalam.

Entri Hari Ini

Assalamualaikum wbt..

Status: Sorang di bilik sebab semua rumet balik untuk sambung beraya. Good, good. Apesal I tak pernah terpikir buat macam tu? Tiada jawapan. So, all the day, duk je kat dalam bilik..jiran2 sebelah dah mula balik memenuhi blok ni sebab Isnin ni semua dah mula kelas semula. Jadi nya, aktiviti hari ini adalah re-organize semua perkara2 yang patut dibetulkan. Sambil2 tu, blogwalking la sebarang dua. Menambahkan general knowledge yang tak sedia banyak. Banyak juga cerita2 baru. Then, terbaca satu blog pasal seorang wanita, blog ni khas untuk anaknya yang dah tiada. Lama jugak I stop baca kat blog tu. Semua pasal anak dia, all the moments they had together, o ye, anaknye meninggal kecil, dalam 2 yo something. Entah apa yang duk dalam jiwa ni, orang putih kata, ‘empathy’, I macam boleh rase apa yang si ibu ni rase. Betapa seksa dan peritnya kehilangan seorang anak. The same thing goes to other bloggers yang pernah I jenguk, kehilangan anak kecil , macam tu jugak. Tu baru terase ape yang orang lain rase, belum betul2 alami. Susah, susah nak express kat sini. mungkin ‘senang’ untuk orang lain tengok dan hanya mampu mengucapkan, ‘sabar banyak2’, tapi jiwa yang menanggung tiada siapa yang tau. Itu lah ujian Allah buat hamba yang layak. Anak kecil yang pergi menghadap Ilahi sebelum baligh nya, bukankah Allah menjanjikan syurga buatnya. Sungguh beruntung ibu bapa yang punya anak berstatus Ahlul Jannah. Free2 je dapat. Subhanallah.

Mungkin ini la ape yang mak ayah rase dulu. My family had experienced this thing one time ago. Kala aku tak pernah punya perasaan, akal pun pendek lagi, belum boleh paham sesuatu benda dengan matang… feelingless as everything went so fast. Ye, sangat cepat. The day dia pergi, I am the one yang paling lambat tau, then, siap2 kelengkapan, tak sempat tengok dia dimandikan, orang terlaaalu ramai, setiap ruang rumah dipenuhi, and that nite, dikebumikan. Oooo..dah panjang ceritanye. Adik aku. Yang kecik. Ok. Dah terpanjang. Orang yang paling terkesan,mestilah semua orang. Org yg melahirkan-mak, org yg menanggung keperluan-ayah, teman sepermainan-kak chiknye, orang yang menghiburkan-abangnye, orang yang melayan-kak yongnye, org yang membuli-aku la tu. Tapi waktu tu si pembuli tu masih belum fully insaf, jadi dia macam blur..

8 tahun dah… the day before raya, kami menjenguk 'taman' dia. Memang itu rutin tahunan, pergi bersih2kan taman dia, doa. “kalau ada ni mesti tengah tension nak UPSR tu,” ayah cakap. Haiiiila….adik,adik…kalo ada si kecik ni, mesti dah pandai nak berjangok. dan of course , lagi tinggi daripada kakak2 nye yg comey ni. Macam mana la aku boleh tak perasan, tiga2 adik bawah aku semua exam besar tahun ni. Tapi si dua ni, relax semacam je aku tengok..macam orang tak exam. Aku melalut lagi rupenye. Aku tengok, mak tak tunjuk kesedihan dia, tapi hati dalamnya, siapa yang tau…saat dia pergi, dah ada tanda2 dia nak pergi, tapi tak pernah tau pun dia akan pergi kan…kalau Allah dah tak buka pintu hati untuk kite merase, rase biasa aje la, takde pape. Tapi bila dah terpikir semula…sudah suratan takdir.

Itu la sedikit sebanyak pasal ape yang aku & family rase. Bile dah besar sikit ni, sedikit sebanyak, banyak jugak la, aku rase kehilangan yang amat sangat, mungkin sebab ayah tak pernah rase kehilangan dia kot, sebab ayah sangat senang untuk menceritakan any moment yang dia ada dengan adik. Berulang-ulang, bukan aku tak pernah dengar, tapi its good, supaya si ‘bekas pembuli’ tu diperingatkan sikit!

Jadi, aku tak nak buat orang lain sedih mahupun simpati dekat aku. Aku tak reti nak buat hati orang tersentuh. Aku tulis ni pun sebab aku nak conclude, based on pengalaman aku dan blog yang aku baca, benarlah kata orang, kasih mak ayah ni takdak sempadan. Punya sayang nya kata anak tu sampai takmau seekor nyamuk pun hinggap. Sanggup buat aaaaapa saja demi anak2. Kalau anak sakit pun, depa dah susah hati, inikan pula dijemput Ilahi…tapi, apa yang kita balas kat depa balik? Depa punya concern kat anak2 ni bukan takat sampai anak tu dah berkahwin, tapi sampai anak tu sendiri dah beranak-pinak. Dalam Islam sendiri, martabat ibu bapa tu sangat mulia, pernah dengar ini? Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.

Berbaur emosi nampaknya. Cakap bab ni memang emo. Cuma nya aku berharap, hati ku dan kamu yang membaca sentiasa lembut supaya dengan kelembutan itu mampu menundukkan hati untuk mentaati perintah Allah, Rasul dan memberi layanan yang sebaiknya buat kedua orang tua kamu kerana mereka benar-benar, amat, teramat sangat, sangat mencintai kamu.

Wallahua’lam.

Friday, September 17, 2010

Sayonara...

Assalamualaikum wbt...

Sebelum terlupa, I nak catat benda2 penting…sebenarnya tangan ni yang gatal nak menaip . tak de la penting mane pun, saje nak tulis, sebab saje je nak ingat diorang2 ni walaupun sudah lama tidak ketemuan. Depa balik M’sia pun I x sempat jumpe, mesej2 tu ada la , sket2, tukar2 cerita, tau2 dah nak balik. Ape2 pun, all da best la untuk kamu semua. Semoga kite jupe lagi deh. Nyway, thanks to Nabila Hanis yang rajin datang ziarah kami di tempat kami ni dalam kegelapan malam. I Like!

Mesir:

‘Izzah- 26th September, 2nd Year, al-Azhar

Heno-20th September,4th year Medic, Cairo Uni

Nabila Hanis- 19th September, 1st year Medic, al-Azhar

Putri & Waro- tak tau, tapi penah jumpe waktu dia balik awal2 dulu. 2nd year Medic al-Azhar

Zatul Iman-22nd September, ni kawan teman merangkap jiran sekampung, after habis diploma pharmacy kat RC, sambung degree lak kat Mansurah.baru nak fly, gudlak Iman ^-^

Ayeshah-18th sept, adik ahda, nak buat Lughah, baru nak fly gak.

'JUST'...ONLY JUST A DREAM ONE TIME AGO..

Urdun:

One ,kakak gorgeous-19th September, 3rd year Medic JUST

Di- 18th September, my cousin, baru nak berangkat

Siti Adibah, Amalina , Athirah Zailan-Kawan2 IGop yang dah berangkat ke Jordan setelah selesai diploma.


zaman muda remaja cik nab...most of them dah fly...

others:

Aisyah Tahir- 8 Okt , 2nd Year, accountancy, UK

Huda Mansor- 6 Okt, 2nd Year Medic , Ireland


*agak2 ada can tak nak wat kembara bumi anbiya’, sbb dah ramai sgt kengkawan yang bertebaran di muka bumi ni.insyaallah kalau ade rezeki kan.

** Ramai nye yang nak balik minggu ni, nak sambung beraya setelah pause sekejap untuk exam…jangan lupa bawak balik makanan yg sodap2.

**SIIRUU 'ALA BARAKATILLAH**

Wassalam.

Thursday, September 16, 2010

Hati oh Hati


Assalamualaikum wbt

“….nanti bile kamu balik 6 tahun kemudian, tengok2 Imah dah beranak-pinak…”

Ok, ni ayat 4 taun lepas time otak tengah tak berapa matang and agak kodi..(apekah kodi???) kodi tu macam outdated sikit la…ayat ni ditulis time nak hantar si K.Yong pi blajar oversea. Konon2 bagi surat sebelum berpisah…koya je.ye, aku tau itu. Ceh, dramatic bagai ayat dalam surat tu. Segala curahan hati, pengakuan, confession, dan ucapan raya, sebab dia pi beberapa hari sebelum raya. Yela, orang tu, nak pergi jauh beribu batu, tak pernah berpisah le katekan…ate nye teman dari tadika sampai habih sek. Menengah same dengan dia aje. Sempat jugak la tumpah setitik dua ayor mate time tu. Serius, rase aku sorang je yg sedih bagai time tu, padahal mak ayah cool n steady aje. Dramatic.

Yang nak jadi ceritenye kan, tiap2 tahun dia balik! Ok, zaman dah berubah, kalau dulu persepsi aku org belajar luar Negara tu, duduk bertaun2 tak balik sampai habis belajar. Tu sebab yg jadi queen drama at that time. Tah pe hape rase pun ade. “-_-

Sekarang dah 4 tahun berlalu, dan tiap2 tahun memang kak yong balik, takpe la, rezeki lebih sikit, balik. Aku nak bising2 pehal, bukan aku yang dalam ‘kasut’ dia, merasa duduk jauh dari family. Aku yang berpisah pantai timur dan barat ni pun dah rase emo semacam je.

Sebenarnye masa tengah menulis ni, cik kak yong dah naik aerotrain kot nak masuk kapal terbang. Days before, tak habeh2 cakap dia sedih nak balik. Apa yg boleh aku katekan lagi, sabo le yong oi..kan kite selalu contact2 ..semua org duk pi hantaq dia kat klia nun. Aku je yang terperuk kat sini, menghabiskan sisa2 baki exam yang suka nak menjelma di saat semua ahli keluarga duk berkumpul. Ok , no offense! I have already ‘get used’ to it. Tadi time tepon deme pun, tak boleh nak dengar suara, bising sangat, nak katenye ramai nye deme kat rumah kat Sepang tu. Yang tak menahannye, sedara yg dah bertaun tak jumpe pun ade sekali. I wonder bile lagi buleh berjumpe mereka…

Kepada cik KY yg dah naik flight, I know u wont read this, but please be patient, there will be another two years to finish, then “boleh kawin!” like ayah said time raye hari tu.:P Thanks for the short n nice moment I had with u n sorry bebanyak tak dpt tolong banyak…sebab seme benda ko dah buat kat rumah kan hari tu..:D I like! *dasar adik ‘penyegan’* jangan segan silu nak ajak I datang mansurah, u blanja I oke. Er..lagi se, dun forget to send my regards to ur baby, Lulu. Pergi la cepat2 kahwinkan dia, nnt jadi andartu.

* eh, dah lame menyepi, tibe2 muncul balik I kat blog ni. *dah gian ke??*

** dah ada kat ‘tempat’ lain, time to make a move!!!