
Assalamualaikum wbt

2012 datang dan 2011 bakal pergi…Signifikan betul tahun Masihi ni. Sebab rata2 orang akan rujuk tarikh tu dulu sebelum tengok tarikh calendar lain. Biasa orang tengok calendar Islam bila puasa, raya, dll. Saya pun sama =( tak men’signifikan’kan calendar hijrah tu. All in all, hari ni last lah tahun 2011. Cuti pun banyak sebab semua public holiday jatuh pada hari ahad. Maka berbondong-bondong lah orang balik rumah, gi kenduri kawin dan sebagainya.
Yang pasti, tahun 2011 banyak benda yang berlaku sekeliling.ye, masa tu berjalan, dan akan terus berjalan. Dan sebenarnya modal umur kita kat dunia makin berkurang. Apakah sudah penuh bekalan kita untuk menuju destinasi yang pasti itu? Muhasabah amalan masing2.
2011,seperti orang lain,saya ada kenangan tersendiri. Banyak itu sudah pasti. Yang penting sejauh mana kita ambil ibrah daripada peristiwa yang kita lalui. Tapi siapa yang sangka saya akan kehilangan seseorang dan juga menambah seorang lagi dalam ahli keluarga. Series tak sangka. Tapi tu la hidup. Sentiasa berubah, manusia berubah lantaran masa yang berjalan.
Awal tahun 2011, saya balik ke kampong.memandangkan belajar di Pahang, agak susah nak balik ke kampong menjenguk atuk & opah. Dulu di matrik cuti selalu tak sama dgn cuti sekolah. Jadi every end of the sem, saya balik kg duduk dgn atuk. Da masuk u ni susah,sebab dah jauh.cuti pun tak bnyk. Habis je 1st year kat U, baru la balik. Itu pun lepas 2 minggu duk rumah, baru berpeluang balik kampong. Balik2 je, atuk tak sihat,tak sangka pulak sakit nye waktu tu tanda ‘sakit nak pergi’ =( atuk demam 4 hari, langsung tak keluar bilik, lepas tu mintak buatkan bubur je. Hari atuk pergi tu, Nampak sihat je, siap makan sarapan kat meja lagi, dan cakap ngan saya suruh beli susu hi-goat. Itu lah ayat2 terakhir dia. Lepas tu....the rest is history. Bak kata dalam sekelip mata. Allah,Allah…dan pagi tu, bukan lah saya orang yang menghadap pemergian atuk. Terkilan. Semoga roh atuk dicucuri rahmat. Malam lepas atuk dikebumikan, saya still dapat rasa dia ada duduk dalam bilik dia. Atuk antara insan2 yang kuat pengaruhnya dalam diri saya, masakan tidak, sejak kecil saya duduk bersamanya. Banyak cerita yang dikongsi, saya la yang menjadi pendengarnya walaupun dah diulang dua tiga kali. kalau ada umur yang panjang dan ada pengajarannya, (dan kalau rajin menaip) saya tulis kat sini, insyaallah. Tahun ini juga ramai juga ahli keluarga belah mak sudah mendahului meninggalkan dunia ini. Siapa tahu giliran kita mungkin tak lama lagi. Dah siap ke bekalan nak ke sana?
Bertambah. Ye, keluarga saya dah melangkah ke fasa menerima ahli baru. Menerima menantu dan abang ipar. Heh.sapa sangka kan. Kan.Takpe la..dah tiba jodoh kakak saya, buat apa dilambat2kan. Orang baik2 pulak tu. Even saya sendiri pun ada instinct waktu kakak saya tunjuk gambar orang nye. Yang pasti nya saya la ‘mangsa’! menghadapi saat yang maha busy, hanya Allah yang tau (cari pengalaman jugak! )Dan lagi satu mangsa pertanyaan , “Ko bila lagi??” *_* ok bai. Kalo umo camni memang tak boleh lari dari soalan2 camtu. He. Ok la, biar saya jawab. Em…er…aaaaa……ntah! Kalo dah tiba jodoh dan KALU ada jodoh kat dunia ni, ada lah..Aci ke jawab camtu? Sebab penat la jawab soalan ni..;p
Dalam tahun ni ramai la jugak kengkawan yang kawin dan bertunang. Suka tengok, sebab separuh agama dah lengkap. Masing2 dah mula melangkah ke fasa baru. Masing2 bagi kezutan yang tak disangka2. Em, yang pasti itu la jodoh, kan. Semoga semuanya bahagia belaka. Tak kurang juga ada antara org2 sekeliling saya yang melakukan perubahan ke ar ah kebaikan, berhijrah untuk menjadi lebih baik. Saya? ___________________________ Biarlah saya sendiri yang isi tempat kosong tu..
Semoga saya dan awak semua dapat menjadi lebih baik dari ke hari . jangan takut dengan kisah silam kita dan jangan takut nak menghadapi masa depan. Hari2 jadi lah orang yang baru. Tak guna pun kalo nak pikir benda2 dah jadi, dan berusaha untuk berubah sikit demi sedikit. Selamat menempuh hari-hari! wassalam
Semalam
Semalam adalah semalam. Hari ini adalah hari ini.
Jadi semalam itu bukanlah hari ini.
Semalam itu takkan jadi hari ini
Walau macam mana pun, benda yang paling jauh dari kita adalah masa lalu kita. Nak macamana sekalipun, kau takkan dapat mengulangi nya pada hari ini.
Uh, it seems mendung tanpa terik pada hari ini. Aliran sungai agak2 deras berbanding hari yang tak hujan di luar tingkap ni. Best, belajar dalam suasana ni. Paling2 tidak pun, dapat merehatkan mata tengok menda2 hijau kat luar ni. Nak berkelah kat tepi sungai pun bolehMusim tengkujuh dah mula dah ni, belajar geografi dolu-dolu cakap monsoon timur laut kan.. pertama kali hidup di negeri pantai timur, sudah tentu tiba ujung tahun, akan ada musim tengkujuh . Nak2 kuantan ni agak dekat dengan pantai, tapi kawasan IM macam tinggi. Like my classmate said, kalo kwsn IM ni banjir, maknenye, 1 kuantan ni boleh banjir. She knows her place better I guess.
Apesal cakap pasal semalam? Tak ada apa2 pun yang berlaku semalam. Cuma kadang2 kita selalu nak tengok hari2 semalam kita. Terasa, kita yang semalam lagi ‘behave’ daripada kita yang hari ini. Terasa kita yang hari ini become more matured due to semalam punye peristiwa. Terasa kita sangat sengal di hari semalam kita, terasa sangat jahil pada hari semalam, terasa itu, terasa ini. Tapi, that made ur life! Ade perencah kan. kalau semalam terasa sedih, hari ni mungkin ada rase gembira, atau…bahagia mungkin? Ok, sue me! Ni lah cik nab bile dia dah stat berfalsampah berfalsafah.
One time ago, one my lecturers said, “start from yesterday!” I didn’t get what she said. Later I make my own conclusion.
If you not start something that you wish or you wana do from ‘yesterday’, then u will not start it today or for the next next day.Paham tak? Eish, den pun dah mula tak paham. Apa yang I paham, point nye jangan la duk bertangguh2 hingga ke esok esok dan esok. Sebabnya, benda yang kita dah plan semalam tu , kalo tak buat hari ini, memang dah takkan jadi la plan tu. So, either u start it yesterday, o u hold it forever. Hem…so start from yesterday! Ni apa yang I paham la. What say you??
p/s: “Speak now? Or…forever hold your peace”-madam Sy. Zainab-
Assalamualaikum wbt
Susah bermaksud benda yang kita nak capai tu tak dapat dibuat sesuai dengan apa yang dijangka. Bila susah ,kadang-kadang kita terlepas daripada mengeluarkan kata2 tak sepatutnya. Itu kalau diberi tugasan. Tugasan yang ada date line, susah ke tak susah ke, kene harung jugak. Janji siap.
Aku nak cakap ‘susah’ sekarang ialah, susah nak buat benda yang kita rasa benda tu kita boleh buat, tapi macam hampeh. Paham tak? Sebenarnya, aku nak cakap…
Senang je satu2 benda tu keluar kat mulut, tapi bila nak masuk bab nak melaksanakan, tak semudah yang kita cakap or yang bermain kat kepala kita..Ok. Tata T_T
p/s:Aku suka ayat ni…”if u want it bad enough,u’ll make time for it to make it happen”-onebonez.blogspot.com. thanks one.
Wassalam.
“Assalamualaikum wbt, Insyaallah pada petang ini akan diadakan kuliah pengajian muslimat yang akan disampaikan oleh ustazah Fatimah, semua muslimat dijemput hadir, sekian.”
Bergema announcement yang dibuat oleh ahli qariah di seluruh kampong. Biasanye, lepas asar hujung minggu memang akan ada kuliah untuk muslimat .Di sebuah rumah kelihatan seorang manusia sedang buat assignment.
Orang tu : Eh, ustazah Fatimah la hari ni, nak gi la (cakap dalam hati je..)
Makhluk bertanduk: eh, jap gi la, ko pun da semayang kan, sambung la lagi ko nye assignment tu…mesti orang tak ramai datang lagi, relax lu…kang tak siap assignment naya ko dengan lecturer..
Orang tu: emmm, buat la lagi sikit. Ustazah pun tak mai gi..
Makhluk bertanduk: canteekkk..ala, ape susah, surau tu bukan jauh sangat, once ustazah dah setat, ko pi la ligan tukaq baju, eleh, senang2 tunggu je mak ko ajak satgi, mesti dia pi kan…
Maka si ‘orang tu’ pun menyambung kerjanya dengan penuh semangat dan ralitnya. Tak lama kemudian…Kedengaran suara seseorang pembesar suara dari surau yang hanya sepelaung cuma, “Bismillahirrahmaanirrahim…Assalamualaikum wbt……….”
Orang tu: alamak! Dah stat la…ala cane ni, duk tengah khusyuk wat assignment ni….em, ok2 jap gi
Makhluk bertanduk: yes! Baguzzzz, teruskan, teruskan ‘kawanku’. Biar la ko tak yah gi langsung! It wud be better!!!! Dekah,dekah,dekah!
“Alhamdulillah, bertemu juga kita setelah lama tak mengadakan majlis ilmu…….ye, Alhamdulillah, kita masih dikurniakan limpah dan rahmat , diberi kekuatan oleh Allah swt untuk menghadirkan diri ke majlis ilmu…”
Orang tu(hati baik): oit, sudah2 la tu wat keje tu, ko bukan nye salu sgt dpt dgr kuliah ni…
Orang tu(nafsu): adui…ape ke payah beno assignment ni…(terus ‘ralit dengan assignment)
Makhluk bertanduk: woit! Ko tak yah la susah2 nak melangkah gi surau tu! Dari sini kan dah boleh dengar…
Orang tu(nafsu): haah ek, betui gak...ok r, baguih gak tu..bley buat assignment smbil dgr kuliah ni..
Makhluk bertanduk: *clap * clap *clap sambil menari2
Orang tu (hati baik): eh, ade pulak gitu?! Pegi la woi!! Majlis ilmu tu kan salah satu dari raudatul jannat. Lagi banyak berkat ko dapat bile ko duk kat surau nun. Dekat lak tu dengan orang yang banyak ilmu…
‘orang tu’ sudah dilemma…
Orang tu: em....mak tak pi kut rini...ok2 aku gi la jap gi, lambat sikit pun takpe…
‘orang tu’ terus leka dengan ‘dunianya’…kekadang ditangkap juga maksud butir bicara yang keluar melalui pembesar suara tu.
TING! Jam dah tunjuk pukul 6pm
Orang tu: eh???alamak! dah kul 6 dah…ala, sempat lagi ke gi ni?
Orang tu(hati baik): eh, sempat2, biar lambat , jangan sampai tak sempat, dapat sikit pun jadila..gi la cepat wei..
Makhluk bertanduk: ish3…ko ni ape ra…..! dah lambat ni….nnti mesti semua orang pandang slack kat ko…datang lambat time kuliah…duduk 2-3 minit pastu ustazah terus tutup kitab…idok ke kamu malu mike wei????
Orang tu: haah la…malu la aku kan…hm….tak yah la gi..aku dengar dari sini pun da ok…
‘orang tu’ duduk punya duduk, buat keje lain, bukannya dia dengar sangat pun…..
Makhluk bertanduk: YAHHHHHUUUUUUUUUUUUUU (sambil terlompat2 terkinja2) woi nafsu, kita memperoleh kemenangan yang…ke berapa ntah! Tapi aku suka la ! banyak kali dah menang, yeah, yeah! Bertambah gemuk la aku! Manusia, manusia, YOU ARE A LOSER!!!! dekah, dekah,dekah! yabedabedu!!!
*******
Aisey…setan, setan…nak ke biarkan setan bersorak macam tu kat kite…siapa yang menaip, dia la yang terasa kesengalan jarinya, siapa makan cili , dia la yang terasa pedasnya!!! Kadang2 dalam kehidupan seharian , mungkin ia pernah terjadi dalam diri aku dan engkau. Aku berharap andai ia pernah terjadi, moga ia yang terakhir buat diriku dan dirimu. Kerana….kita tak tau bila lagi kita berpeluang untuk disentuh & digerakkan hati untuk pergi ke majlis ilmu. aku berharap agar aku & engkau dapat sama2 bermujahadah untuk buat benda baik. amin =_=”
Astaghfirullahal’azim
Astaghfirullahal’azim
Astaghfirullahal’azim
Astaghfirullahal’azim
Astaghfirullahal’azim
Waallahua'lam
p/s: tulih cam ni sebab terpengaruh dengan komik Asuh mase kecik2 dulu ^-^er...makhluk bertanduk tu bukan kucen ye! paham2 sendiri kan.
July ’10 @ Kampung
Di dapur mengacau bubur.
My aunt said while looking outside the window, watching Sarah Uzma fed the ayams at the reban. Yet, she still wearing her sekolah agama uniform. She said to me, “ heeee sarah tu suke benor dia ngan ayam, tak habeh2 dengan ayam.”
Nak tergelak dengar bila dia cakap macam tu. Tapi saya suka dengar budak zaman sekarang ada lagi yang suka dengan ayam. Ye la, sebab ada yang takut ayam, lebih suka kucing, hamster, etc. ni ayam oke, first time kot dengar. Biasa budak2 ni bile dah ada pet mesti ada nama kan.
Duduk kat kampong, macam2 binatang boleh jumpa, kucing, serangga, ayam giant, ayam katek, ehem2, mr pig pun ada. Tapi mr pig ni intruder yg pengecut, sebab suka datang malam2 je, alah, babi hutan, cari makanan malam2 kat belakang rumah tapi takut jumpe manusia. Selalu je dengar malam2 bunyi srot, srot dia duk kuis tanah.
Back to ayam story..when I know that sarah loves ayam hidup, I asked her,
Me: Sarah, awak suke ayam ye? Banyaaak nye ayam ayah sarah bela, apa nama ayam2 tu?
And u know what she replied?
Sarah: nama dia ‘ayam’ la, A.Y.A.M. dah die ade name ayam, buat ape name banyak2 lagi???
Me: *&%^$&(I lost my words)
Hey, kalo dah bebudak namenye…tak terlarat nak melayan pe’el budak2 ni, tapi seronok.
Kalo balik kampong mesti jupe ayam Giant, sebab badan dia besaaar sangat. Pakcik saya beri kat Tok sekor jantan, 2 betina. Makanan pun special , bagi makan gandum.bile petang2 atok gi bagi. Tangan saya ni memang menggatal nak klik kamera, maka nya saya pun tangkap la gambar ayam ni. Geram! Sebab dia besar sangat.
Kuku kuku kuku kuuu! Atok suke panggil ayam macam tu bile nak bagi makan, heee,comey la atok. Saya pun join sekali panggil, tapi deme tak datang pun kat saya.
Tiap2 pagi, lepas atok balik surau selalu je dengar atok cakap, “mane le kamu bertelor? Heran aku ..” ayam giant tu malas nak mengeram telur dia. Pastu bile bertelur, mesti ntah kat mana2 telur tu. Ada sekali ternampak atuk duk di sebalik pokok pisang, rupenye2 ayam tu bertelur kat situ, sampai 12 bijik kat situ, kat situ rupenye port dia.
Ada sekali pernah tny atuk,”atok, ayam ni takde anak ke?” atuk jawab, “dah tu, bertelur pun merata , bile ke masenye nak mengeram nye..”
Another day….
Atok duk kat depan rumah, memulakan proses buat asam keping. Tau tak , asam keping yang orang buat basuh ikan takmau kasi hanyir tu, dan yang letak dalam laksa utara tu?? Ha, yang tu la…asal dia daripada buah yang macam pumpkin tapi kecik sikit, daun dia ade yang kaler merah, bila buat ulam sedap tu. Buah gelugor namenye. Buah tu hiris nipis, lepas tu jemur di bawah sinaran matahari terik. Tangkap gambar lagi. Saya suka nak tgkp gmbr sebab yg ni memang tak pernah jumpe, tu sebab kene tangkap.
“kamu ni suke benor tgkp gmbr ye,” atok cakap. Hehehe, saya menyengih je…
Seronok nak tolong atok walopun tak bape reti menulong pun, rase lagi menyemak ade la. Tapi bile duk dengan atuk , macam2 cerita boleh dengar. Biar la cerita tu, atuk dah ulang banyak kali pun, saya suke, sebab atuk best!
Tengah2 atuk hiris buah tu..ayam Giant tu bunyi macam kecoh2, atuk berpaling, “ ha, tu kenapa tu?? Em…ada la benda yang dia dengar tu…” erk, tibe2 rase cam seram. “ape benda tuk?” “dengor le….orang yang dalam kubur kene seksa dia boleh dengor..telinga ayam bukan macam telinga orang..” oooo macam tu ke…duduk ngan atuk memang best nak katenye!
syawal@september 2010.
Klik!klik! klik! “buat ape le kamu tgkp gambo tu?” macam biase, tgkp gmbr lagi bile atok tgah bagi ayam Giant makan. Sengih je kat atuk. Balik raya ni, memang saya betul2 kagum, ayam Giant dah ada anak!!! Wauuuu, tahniah puan ayam. tu sebab saya tgkp gmbr, biar ade beza antara gambar bulan July n bulan September. Tapi kan nak tau tak rahsianya??? Ayam ni gune kaedah ‘ibu tumpang’!!!! bila atuk cakap, ayam betina non-giant yang eramkan telur ayam Giant tu, saya frust skit la…sampai ke sudah rupenye ayam tu takmo eram telur dia…hei….tepuk dahi aje le teman…! Ada jugak ayam macam ni kat dunia….
Sekian sahaja cerita ayam dan asam keping saya.
p/s: “orang kampong sihat2 je….” Surprisingly, atuk called me for the first time! Bisa buat air mata bertakung when he asked me, “bile cuti?” *speechless*
Assalamualaikum wbt..
Status: Sorang di bilik sebab semua rumet balik untuk sambung beraya. Good, good. Apesal I tak pernah terpikir buat macam tu? Tiada jawapan. So, all the day, duk je kat dalam bilik..jiran2 sebelah dah mula balik memenuhi blok ni sebab Isnin ni semua dah mula kelas semula. Jadi nya, aktiviti hari ini adalah re-organize semua perkara2 yang patut dibetulkan. Sambil2 tu, blogwalking la sebarang dua. Menambahkan general knowledge yang tak sedia banyak. Banyak juga cerita2 baru. Then, terbaca satu blog pasal seorang wanita, blog ni khas untuk anaknya yang dah tiada. Lama jugak I stop baca kat blog tu. Semua pasal anak dia, all the moments they had together, o ye, anaknye meninggal kecil, dalam 2 yo something. Entah apa yang duk dalam jiwa ni, orang putih kata, ‘empathy’, I macam boleh rase apa yang si ibu ni rase. Betapa seksa dan peritnya kehilangan seorang anak. The same thing goes to other bloggers yang pernah I jenguk, kehilangan anak kecil , macam tu jugak. Tu baru terase ape yang orang lain rase, belum betul2 alami. Susah, susah nak express kat sini. mungkin ‘senang’ untuk orang lain tengok dan hanya mampu mengucapkan, ‘sabar banyak2’, tapi jiwa yang menanggung tiada siapa yang tau. Itu lah ujian Allah buat hamba yang layak. Anak kecil yang pergi menghadap Ilahi sebelum baligh nya, bukankah Allah menjanjikan syurga buatnya. Sungguh beruntung ibu bapa yang punya anak berstatus Ahlul Jannah. Free2 je dapat. Subhanallah.
Mungkin ini la ape yang mak ayah rase dulu. My family had experienced this thing one time ago. Kala aku tak pernah punya perasaan, akal pun pendek lagi, belum boleh paham sesuatu benda dengan matang… feelingless as everything went so fast. Ye, sangat cepat. The day dia pergi, I am the one yang paling lambat tau, then, siap2 kelengkapan, tak sempat tengok dia dimandikan, orang terlaaalu ramai, setiap ruang rumah dipenuhi, and that nite, dikebumikan. Oooo..dah panjang ceritanye. Adik aku. Yang kecik. Ok. Dah terpanjang. Orang yang paling terkesan,mestilah semua orang. Org yg melahirkan-mak, org yg menanggung keperluan-ayah, teman sepermainan-kak chiknye, orang yang menghiburkan-abangnye, orang yang melayan-kak yongnye, org yang membuli-aku la tu. Tapi waktu tu si pembuli tu masih belum fully insaf, jadi dia macam blur..
8 tahun dah… the day before raya, kami menjenguk 'taman' dia. Memang itu rutin tahunan, pergi bersih2kan taman dia, doa. “kalau ada ni mesti tengah tension nak UPSR tu,” ayah cakap. Haiiiila….adik,adik…kalo ada si kecik ni, mesti dah pandai nak berjangok. dan of course , lagi tinggi daripada kakak2 nye yg comey ni. Macam mana la aku boleh tak perasan, tiga2 adik bawah aku semua exam besar tahun ni. Tapi si dua ni, relax semacam je aku tengok..macam orang tak exam. Aku melalut lagi rupenye. Aku tengok, mak tak tunjuk kesedihan dia, tapi hati dalamnya, siapa yang tau…saat dia pergi, dah ada tanda2 dia nak pergi, tapi tak pernah tau pun dia akan pergi kan…kalau Allah dah tak buka pintu hati untuk kite merase, rase biasa aje la, takde pape. Tapi bila dah terpikir semula…sudah suratan takdir.
Itu la sedikit sebanyak pasal ape yang aku & family rase. Bile dah besar sikit ni, sedikit sebanyak, banyak jugak la, aku rase kehilangan yang amat sangat, mungkin sebab ayah tak pernah rase kehilangan dia kot, sebab ayah sangat senang untuk menceritakan any moment yang dia ada dengan adik. Berulang-ulang, bukan aku tak pernah dengar, tapi its good, supaya si ‘bekas pembuli’ tu diperingatkan sikit!
Jadi, aku tak nak buat orang lain sedih mahupun simpati dekat aku. Aku tak reti nak buat hati orang tersentuh. Aku tulis ni pun sebab aku nak conclude, based on pengalaman aku dan blog yang aku baca, benarlah kata orang, kasih mak ayah ni takdak sempadan. Punya sayang nya kata anak tu sampai takmau seekor nyamuk pun hinggap. Sanggup buat aaaaapa saja demi anak2. Kalau anak sakit pun, depa dah susah hati, inikan pula dijemput Ilahi…tapi, apa yang kita balas kat depa balik? Depa punya concern kat anak2 ni bukan takat sampai anak tu dah berkahwin, tapi sampai anak tu sendiri dah beranak-pinak. Dalam Islam sendiri, martabat ibu bapa tu sangat mulia, pernah dengar ini? Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.
Berbaur emosi nampaknya. Cakap bab ni memang emo. Cuma nya aku berharap, hati ku dan kamu yang membaca sentiasa lembut supaya dengan kelembutan itu mampu menundukkan hati untuk mentaati perintah Allah, Rasul dan memberi layanan yang sebaiknya buat kedua orang tua kamu kerana mereka benar-benar, amat, teramat sangat, sangat mencintai kamu.
Wallahua’lam.