Wednesday, November 23, 2011

Can I Start All Over Again?

Assalamualaikum wbt.

Bismillah

Wah,wah,wah. Blok 1 year 2 sudah lama melabuhkan tirainya. Takde la lama sangat pun. Baru minggu lepas. Dah masuk blok 2 dah. Dalam tempoh lebih kurang 2-3 bulan ni, banyak sangat benda baru yg dipelajari dan kene absorp dan digest (baca:sumbat) dengan cepatnya. Contohnya, terms , techniques, skills…banyak weh. Belajar segala instruments di klinik ,dengan buat denture di prostho lab lagi. Menduga iman tau. Tapi saya tau, seteruk-teruk saya rasa jadi student year 2 pun, tak seteruk senpai-senpai saya yang atas2 tu, super-duper-hyper bizi! Saya yang menengok ni pun boleh rase kepenatan mereka (yet kagum dgn mereka sebab boleh ber-hyperaktif di sana sini!). Jadi, bila dah naik tahun, masa pun semakin dan sangat2 la terbatas, padahal sebenarnya 24 jam jugak sehari, time management la penting di sini sebenarnya.
Maka, blog yang sekian lama sepi dibiarkan kesepian. Tapi serius, saya rase nak je menulis, dan baaaaaanyak benda nak tulis. Mane tau, benda tu ada manfaat kat orang lain kan.kan.

setting teeth, bilo nak siap ni wei.....=_='

Apa nak kongsi sebenarnya eh? Kalo boleh, saya nak buat ia simple and mudah dipahami. Ok takpe la. Kan saya cakap banyak benda mau dikongsi, tapi dah banyak sgt, ia jadi tak sistematik kat kepala ni.

Em, baru-baru ni Campro telah menjadi satu fenomena di kampus. Ia singkatan kepada Campus Dakwah Project,bukan engine kereta tau. Saya sangat menyambut baik program2 sebegini, dan buat pengetahuan semua, ia adalah kali ketiga (version 3, v.3) diadakan. Walaupun saya bukanlah orang kuat mahupun org bawahan dalam penganjuran program ini, saya tetap suka nak join mane2 yang saya mampu join sebab program2 sebegini memang dibuat khas untuk org macam saya (read:mahasiswa/wi).

Campro V.3 membuka tirai pada malam 19/11 dengan perasmian oleh Prof Kamaruzaman dan selepasnya ada forum I’M ROCK, I’M OK. Panel-panelnya adalah Ustaz Mansor dan Ustaz Shamril Saleh. Kenal tak? Hihi. Shamril Saleh aka Sham Kamikaze. Penuh betul la auditorium malam tu, tu pun first time masuk bangunan tu. Isi forum yg diperbentangkan sgt menarik membincangkan pasal hiburan dalam islam. Ustaz mansor, pensyarah UMP ni, mengetengahkan cara menentukan hukum berhibur dalam islam tu bagaimana.

Dalam menentukan sesuatu hukum, mestilah mepunyai dalil yang bersifat sahih dan sorih (jelas). Hiburan itu merupakan satu fitrah. Dan sebenarnya Al-Quran sendiri merupakan satu bentuk hiburan kerana ia adalah sesuatu yang menenteramkan hati, menghilangkan stress,dan merupakan zikir terbaik buat manusia. jadi, kita harus meletakkan fitrah tu dalam lingkungan yang ditetapkan.

aktiviti yang padat...pogrem besau-besaran neh...

Kemudian, sham kamikaze, nama yang tak asing dalam bidang muzik ini pulak diajukan beberapa soalan pasal hiburan.Secara jujur, saya sgt suka untuk bertemu dgn insan2 istimewa yg membuat satu turning point yg sangat besar dalam hidup mereka. Contohnya: catriona ross @ kak nurhayati, pernah datang jugak hari tu share pasal perubahan hidup dia. So the same as bro sham ni. Sebabnya mereka antara yg kuat pengaruhnya, (sebab org kenal mereka sbg artis yg sudah berhijrah) then share dgn org2 awam macam saya, jadi maybe kesan dia lain(kot). Haha. Ape2 aje lah.

malam tu memang 'rock' pun!

Cume ade beberapa benda yg beliau cakap tu, rase cam bedesing telinga, rase cam tepat kena batang idung sendiri.; so, ni beberapa patah ayat yg sy short list kan;

-dalam dunia ni, macam2 pengaruh ada, amik yang baik2 je la.

-fitrah:adalah satu perkara mustahak yang perlu difahami terlebih dahulu, dan diurus dgn bijak (dia cakap dia tak tengok tv sebab takde manfaat & tak ada keperluan)

-kene urus fitrah dgn baik sebab nabi dan para sahabat tak cukup masa 24 jam tu untuk beribadah dan bertaubat.(itu nabi tu, kita ni taraf kat mane sebenarnye?)

-dakwah: kene ingat balik wahyu yang mula2 turun (Iqra’), tak boleh terus main hukum aje orang tu salah, masuk neraka… sebab penurunan al-Quran pun ambik masa 23 tahun. Jadi berdakwah perlu secara berhikmah dan berkasih sayang (the point is, yang bagi hidayah kat hati orang tu bukan kite, tapi ALLAH, kita hanya mampu berusaha untuk amar ma’ruf nahi mungkar)

-kalau lah manusia ni dibuka hijab oleh ALLAH dapat tengok jumlah dosa pahala, tak buat keje lain dah, bersuuujud aje sepanjang masa. Takde nak piker pasal dunia dah, nak tengok tb ke, nak main fb ke, etc.

-“jangan bagi sisa-sisa kehidupan kamu untuk ALLAH, bagilah ibadah kamu dalam keadaan sihat dan kuat”(yang ni paling menusuk ni)

-never underestimate the POWER OF DU’A (bila dia share cerita camane dia boleh berubah, sama saje dalam “ini kisahku” kat tv9 time ramadhan hari tu, Cuma bile dengar live dari dia, lagi masyuk ke hati. 35tahun mak dia berdoa untuk dia. After 35 tahun baru makbul doa mak dia.) so kesimpulan saya dapat kat sini, walau apa pun kita kena terus berdoa tak kira macam mane. Sama ada lambat atau tidak, biar ALLAH yang tentukan sebab Dia Maha Mengetahui yang terbaik buat kita =’)

Ok, rase nye tu je la nak share kali ni. Wallahua’lam. Wassalam

Sunday, November 6, 2011

10 Dzulhijjah...

Assalamualaikum wbt.

Hari ini 10 Dzulhijjah,hari raya aidiladha, tahun 1432H.

Tahun ini saya beraya dengan kawan2 di kuantan ni.tak balik kampong pun. Atas sebab2 tertentu..(oh, kenapa tulisan tersekat2 ni..sebab dah lama beno tak memblog kan. Hanya tau meng’cool blog’ saja..! hehe)

Teringat saya pada aidiladha tahun 2008 atuk buat korban di kampong, menumbangkan seekor lembu di depan rumah atuk. Rase macam kenduri besar kat rumah tok. Dan itu lah kali terakhir aidiladha seemeriah itu dapat saya raikan bersama tok. Sangat terkesan di hati saya. Bukan bermakna raya adha 2009 dan 2010 tak meriah. Tiap2 tahun korban kat kampong meriah, sebab qurban lembu berekor-ekor di pondok dekat rumah tok tu. Penuntut2 pondok ramai, bila beraya pun anak2 mereka akan balik ke situ. 2009 pun atok sibuk mengurus kurban di kampong, dengan semua ahli keluarga saya waktu tu ke Mesir beraya di sana(saya sorang je tak dapat pergi waktu tu,sob3), 2010 pulak, saya dah masuk kuantan, balik perak malam raya, sampai pagi raya, balik kampong pulak tengah hari tu. (serius saya katakan, setengah yg terakhir 2010, amat jarang dapat balik kampong ), memang sgt sekejap. Macam tak feel sgt. Dan kini 2011! Saya di kuantan (…..)

Oh ye, balik 2008, tok cakap dia nak buat qurban untuk beliau dan opah. Tapi malam raya tu, salah sorang makcik saya yang duduk di selatan tanah air menelefon meminta dimasukkan nama anaknya yang masih belum buat akikah. So, kira sekor lembu tu dikorbankan atas nama 3 orang jika tak silap saya. Hehe teringat malam raya tu, tok tak tenang tidur sebab lembu tak sampai2 lagi. Saya pun tak sedar entah pukul berapa sampainye lembu tu. Sedar2 je esok pagi dah tertambat dekat pokok rambutan. Seingat saya, itu lah kali terakhir saya mendengar khutbah yang disampaikan tok di pagi raya di surau yg baru dibina pada tahun itu di pondok pengajian yang berdekatan. Sungguh! Saya sangat kagum dengan perkembangan pondok itu.Adat musim perayaan, memang penuh la rumah tok tu, boleh dikatakan hamper kesemua anak2 nya balik, memang penuh..dan meriah! Dan si adik2 sedara yang kenik2 ni agak jakun la untuk berjumpa dgn lembu. Saya memang multitasking la, kalo rajin , saya tolong makcik2 saya di dapur, kalau rasa malas (bukan malas) saya melayan budak2 kecik yg tak pernah tgk lembu,hehe)

Pagi tu lepas solat raya, tok cepat2 salin baju nak gi sembelih. Memang tengok live la, ye la saya sendiri pun jakun kot.hehe Alhamdulillah semua nya selesai, saya yang jakun ni memang snap dengan kamera setiap detik dan saat. Bila balik bukak balik gambar2 tu skrg, saya rasa sebak pulak. Perkumpulan anak2 serta cucu2 memang bagi saya suatu saat yg best. Berkongsi cerita dengan tok pun sangat seronok, yela, orang yg lagi makan garam drpd kita, terkekek2 gelak mendengar cerita tok.

Dengan amalan qurban kita dapat lihat org islam bergotong royong menguruskan daging sembelihan, mengagih2 kan kepada orang2 yang dekat situ dan yg memerlukan. Merapatkan silaturahim sudah semestinya! Dan yang utamanya, menghayati sirah Nabi Ibrahim dan anak baginda, Nabi Ismail alaihumassalam..Menu hari tu untuk orang yg tolong2 adalah laksa,,makcik saya cakap, kalo raya qurban org dulu2 memang biasa buat macam tu, adalah laksa dan beberapa menu sampingan.

Saya saja coret kisah aidiladha ni bukan apa, saja je nak recall balik apa yang saya dah buat dengan tok dulu2. Barangkali juga saya merindui beliau .Memang sejak pemergian beliau 5 bulan lepas, terasa semuanya just like totally changed. Kenangan saya dengan tok sangat banyak. Manakan tidak, saya duduk dengan beliau sejak kecik. Moga apa yang saya tulis dekat sini tidak meluputkan ingatan saya kepada beliau. Saya tau beliau dah ‘selamat’ di sana. Saya pun tak tau kenapa mesti rase sebak bila ada orang yang kita sayang dah takde. Tapi itu lah lumrah hidup kan. Memang fitrah insan akan sedih . sedangkan mati itu merupakan satu ‘pertukaran fasa’ dari fasa dunia ke fasa (alam) barzakh dan lastly menuju akhirat.

Saya teringat lagi time raya haji 2008 jugak , sempat belajar ilmu faraid (pembahagian harta pusaka) sebab ada sorang adik sedara nak periksa pasal faraid. So, mintak tok tolong ajarkan, saya pun duk dgr sekali. Ilmu faraid ni jarang dapat dikuasai oleh ramai orang. Belajar sekali memang tak cukup. Tapi best.

Hmmm.. ok.tu je la buat masa ni. Saya sangat jarang dapat memblog ni.jadi tak tau bila lagi dapat update. Kawan saya nasihat, kalau kita teringat kat someone yang kita sayang, drpd menangis2 teringat kat dia, kenapa tidak kita menyedekahkan alfatihah kepada insan itu..al-Fatihah~

Jadi, amik yg bermanfaat, abaikan yg tak berkenaan.

wassalam

p/s: koleksi gambar aidiladha tahun 2008

tok bagi khutbah
qurban...

hidangan untuk orang yang tolong2

menanti untuk dimasak

memanggang daging

~wassalam~