Wednesday, November 23, 2011

Can I Start All Over Again?

Assalamualaikum wbt.

Bismillah

Wah,wah,wah. Blok 1 year 2 sudah lama melabuhkan tirainya. Takde la lama sangat pun. Baru minggu lepas. Dah masuk blok 2 dah. Dalam tempoh lebih kurang 2-3 bulan ni, banyak sangat benda baru yg dipelajari dan kene absorp dan digest (baca:sumbat) dengan cepatnya. Contohnya, terms , techniques, skills…banyak weh. Belajar segala instruments di klinik ,dengan buat denture di prostho lab lagi. Menduga iman tau. Tapi saya tau, seteruk-teruk saya rasa jadi student year 2 pun, tak seteruk senpai-senpai saya yang atas2 tu, super-duper-hyper bizi! Saya yang menengok ni pun boleh rase kepenatan mereka (yet kagum dgn mereka sebab boleh ber-hyperaktif di sana sini!). Jadi, bila dah naik tahun, masa pun semakin dan sangat2 la terbatas, padahal sebenarnya 24 jam jugak sehari, time management la penting di sini sebenarnya.
Maka, blog yang sekian lama sepi dibiarkan kesepian. Tapi serius, saya rase nak je menulis, dan baaaaaanyak benda nak tulis. Mane tau, benda tu ada manfaat kat orang lain kan.kan.

setting teeth, bilo nak siap ni wei.....=_='

Apa nak kongsi sebenarnya eh? Kalo boleh, saya nak buat ia simple and mudah dipahami. Ok takpe la. Kan saya cakap banyak benda mau dikongsi, tapi dah banyak sgt, ia jadi tak sistematik kat kepala ni.

Em, baru-baru ni Campro telah menjadi satu fenomena di kampus. Ia singkatan kepada Campus Dakwah Project,bukan engine kereta tau. Saya sangat menyambut baik program2 sebegini, dan buat pengetahuan semua, ia adalah kali ketiga (version 3, v.3) diadakan. Walaupun saya bukanlah orang kuat mahupun org bawahan dalam penganjuran program ini, saya tetap suka nak join mane2 yang saya mampu join sebab program2 sebegini memang dibuat khas untuk org macam saya (read:mahasiswa/wi).

Campro V.3 membuka tirai pada malam 19/11 dengan perasmian oleh Prof Kamaruzaman dan selepasnya ada forum I’M ROCK, I’M OK. Panel-panelnya adalah Ustaz Mansor dan Ustaz Shamril Saleh. Kenal tak? Hihi. Shamril Saleh aka Sham Kamikaze. Penuh betul la auditorium malam tu, tu pun first time masuk bangunan tu. Isi forum yg diperbentangkan sgt menarik membincangkan pasal hiburan dalam islam. Ustaz mansor, pensyarah UMP ni, mengetengahkan cara menentukan hukum berhibur dalam islam tu bagaimana.

Dalam menentukan sesuatu hukum, mestilah mepunyai dalil yang bersifat sahih dan sorih (jelas). Hiburan itu merupakan satu fitrah. Dan sebenarnya Al-Quran sendiri merupakan satu bentuk hiburan kerana ia adalah sesuatu yang menenteramkan hati, menghilangkan stress,dan merupakan zikir terbaik buat manusia. jadi, kita harus meletakkan fitrah tu dalam lingkungan yang ditetapkan.

aktiviti yang padat...pogrem besau-besaran neh...

Kemudian, sham kamikaze, nama yang tak asing dalam bidang muzik ini pulak diajukan beberapa soalan pasal hiburan.Secara jujur, saya sgt suka untuk bertemu dgn insan2 istimewa yg membuat satu turning point yg sangat besar dalam hidup mereka. Contohnya: catriona ross @ kak nurhayati, pernah datang jugak hari tu share pasal perubahan hidup dia. So the same as bro sham ni. Sebabnya mereka antara yg kuat pengaruhnya, (sebab org kenal mereka sbg artis yg sudah berhijrah) then share dgn org2 awam macam saya, jadi maybe kesan dia lain(kot). Haha. Ape2 aje lah.

malam tu memang 'rock' pun!

Cume ade beberapa benda yg beliau cakap tu, rase cam bedesing telinga, rase cam tepat kena batang idung sendiri.; so, ni beberapa patah ayat yg sy short list kan;

-dalam dunia ni, macam2 pengaruh ada, amik yang baik2 je la.

-fitrah:adalah satu perkara mustahak yang perlu difahami terlebih dahulu, dan diurus dgn bijak (dia cakap dia tak tengok tv sebab takde manfaat & tak ada keperluan)

-kene urus fitrah dgn baik sebab nabi dan para sahabat tak cukup masa 24 jam tu untuk beribadah dan bertaubat.(itu nabi tu, kita ni taraf kat mane sebenarnye?)

-dakwah: kene ingat balik wahyu yang mula2 turun (Iqra’), tak boleh terus main hukum aje orang tu salah, masuk neraka… sebab penurunan al-Quran pun ambik masa 23 tahun. Jadi berdakwah perlu secara berhikmah dan berkasih sayang (the point is, yang bagi hidayah kat hati orang tu bukan kite, tapi ALLAH, kita hanya mampu berusaha untuk amar ma’ruf nahi mungkar)

-kalau lah manusia ni dibuka hijab oleh ALLAH dapat tengok jumlah dosa pahala, tak buat keje lain dah, bersuuujud aje sepanjang masa. Takde nak piker pasal dunia dah, nak tengok tb ke, nak main fb ke, etc.

-“jangan bagi sisa-sisa kehidupan kamu untuk ALLAH, bagilah ibadah kamu dalam keadaan sihat dan kuat”(yang ni paling menusuk ni)

-never underestimate the POWER OF DU’A (bila dia share cerita camane dia boleh berubah, sama saje dalam “ini kisahku” kat tv9 time ramadhan hari tu, Cuma bile dengar live dari dia, lagi masyuk ke hati. 35tahun mak dia berdoa untuk dia. After 35 tahun baru makbul doa mak dia.) so kesimpulan saya dapat kat sini, walau apa pun kita kena terus berdoa tak kira macam mane. Sama ada lambat atau tidak, biar ALLAH yang tentukan sebab Dia Maha Mengetahui yang terbaik buat kita =’)

Ok, rase nye tu je la nak share kali ni. Wallahua’lam. Wassalam

1 comment:

H A N said...

Suka jugak CAMPRO!
Sharing dari Abg Sham Kamikaze sangat2 m'buka minda... Sangat2 t'kesan jugak dengan ayat dia pasai jangan tinggalkan sisa2 masa untuk Allah...

Rasa rugi tak b'kesempatan p sharing Kak Catriona Ross sebelum ni...