Sunday, January 29, 2012

There is still room for improvement


::Ini lah masanya...kalau bukan sekarang bila lagi kan? :: <3

psst..seorang manusia belum dikira terlambat lagi tau untuk memperbetulkan diri dia sama ada nak improve bacaan quran/solat/tambah amalan etc selagi nyawa dia tak sampai ke kerongkong lagi ataupun selagi matahari belum terbit dari barat. er..even anda sudah berumur lima-puloh-tiga-tahun pada 1 januari 2012 sekalipun. pintu taubat masih terbuka. there is still room for improvement =)

sakit

*******
Ibn al-Qayyim: "If the heart is sick, the forbidden becomes attractive and Allah's obedience becomes something you look at with contempt."
*******

Assalamualaikum wbt.

alhamdulillah dah sampai rumah semalam. bertolak dari Kuantan bertiga,dgn kwn2 yg duk ipoh khamis hari tu. sampai rumah hari jumaat. yang best nye saya yang sambut mak balik, bukan mak yang sambut saya.hak3. seriyes! rase lawak. sebab mak pun baru tiba dari nilai jumaat tu. balik rumah rase sangat beh! senyum ke telinga je bila dah sampai rumah. nape ek? sebab rumah saya best..! (semua org rase cam tu kot)

ok la tak mau membebel panjang. sampai rumah rase syok, best, b.a.h.a.g.i.a.. ya bahagia. bahagia is sumting yg subjektif kan? apa maksud bahagia pada diri kome?

adakah disebabkan perkara2 berikut:
1. anda diterima seseorang untuk dijadikan sebagai insan istimewa?
2.dapat makan benda2 yang diidamkan selama ni?
3.dapat result yg sangat2 mantap sampai sumer org boleh jeles dengan anda?
4.dapat cuti berminggu2 n boleh goyang sesuka hati di rumah?
5.punyai orang2 sekeliling yg sgt mengambil berat tentang diri anda?
6.....

er,banyak reasons actually yg boleh buat sumone rasa bahagia. tapi ketahuilah kalo benda2 di atas tu buat korang bahagia, sebenarnya...

ia tak menjanjikan bahagia yang hakiki wahai pembaca yang budiman sekalian. kalo awak dapat berdamping dengan orang yang anda anggap istimewa, dia tu manusia, one day, dia akan pergi jugak.tak dia, kita dulu.

kalo kita dapat makan makanan kegemaran kita/ makanan yang kita idamkan selama ini, takkan makan hari2 rasa bahagia kot? even kat dewan makan(saper yg penah duk hostel lar...) pun menu dia takkan same hari2. at least, menu dia rotate 2 minggu sekali..

tak kemana nye result yang koool dan bergaya, A++++++, 4 flat bagai..kalo ia diniatkan untuk show off pada org ramai(ish3,memang tak patot ni, tp sy rase susah nak jupe org macam ni pun), kita tak tau alam pekerjaan nnt tak same dgn alam kite blajar. boleh jadi lagi mencabar. lagipun...takkan kita nak jumpa Pencipta kita nnt tunjuk result bagus kite tu..ye dak?

kalo bahagia dpt cuti berminggu2 kat rumah, kalo tak dimanfaatkan, buek habih boreh kek umah jo la jawabnya. hakikatnya masa tu bergerak. cuti akan habis dan kita juga yg akan habis! (kalo ekau tak buek apo2 le..) ingat, waktu kosong+pemuda=awal maksiat walyau'uzubillah..

******
so..sebenarnya apakah the real happines@ kebahagiaan hakiki?

it's all starts from deeply inside our Qalb aka heart=hati (dup.dap.dup.dap...eh)

penah satu masa sy suka duk ulang lagu UNIC tu.."bahagia itu ada pada hati.......na..na..na..bila hati mengingati Tuhan.."

so, bukanlah suasana @ environment yg buatkan kita bahagia. jiwa yang tenang itu yang bermula dari dalam itulah yang akan buatkan kita tak resah untuk berhadapan sesuatu... perkara baik yang buruk mahupun yang menggembirakan. nanti tengoklah balik lirik unic tu.

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

2 baris last skali tu drpd surah ar-Ra'du..em kesimpulannya...kite kene la jadi from inner to outside, bukan from outside to inside. baru la boleh jadi orang yg responsive, bukan reactive(macam orang yg kene cucuk, pastu melatah~)

jadi cik que, sila la manfaatkan coti anda.. =) supaya hati tidak mudah berkarat, lembut untuk melakukan perkara2 disukai Allah dan merasa pandang sebelah mata sahaja pada perkara2 yang membuang masa. doakan saya kuat mujahadah di rumah ye ^_^

wassalam..

Tuesday, January 24, 2012

::Quote::

Assalamualaikum wbt

::kdg2 tengok gambar alam ni rase tenang je::

"Life is about give and take.

Don’t just wait for people to give you and you just take.

Try to give someone with an open heart, without feeling offended or any uncomfortable feeling."

.......


3 ayat je. cukup la untuk kali ni. in our daily life, mungkin terasa lelah atau penat sebab asyik nak beralah. nak menjaga hati orang bagai sampai hati sendiri tak terjaga atau dah sampai tahap terluka. tapi sampai bila? agaknya tu yang bermain di minda kita. sudah2 la tu,bawak2 la pujuk diri. bila dah'terdapat' quote ni..macam dah tak ada apa berlaku. we r what we think. if we choose that way, u wil become that way la. all that are in ur mind lar! so kawal pemikiran n tingkah laku.

jom senyuuuuuummmmm! =)

.................

blok 2 dah hampir ke penghujung. so, exam is just around the corner. mari kita berusaha! =)

oh yer..exam wil be on 13th-17th Feb. my so called 'bionic-woman' nak masuk U dah. semoga beliau dipemudahkan urusan di tanah Borneo sana! hope to see her again.. :-o and also another my sweet friend pulak dah nak balik for good. Ya ALLAH, taktau la nak kate camane, we've been separating for about 9 years, tp tak pernah rase jauh. hehe eventhough macam lost contact gak la tyme high school dulu. tak sangka permusafirannya di Ireland dah nak habis. lepas ni bila dia balik malaysia, nak share macam2.(macam la bley jupe selalu kan.ho2) takpe2 coti2 nanti kot boley jumpe siapa tau.

ok la tu je.bai! Wassalam



Sunday, January 1, 2012

sebelum terlambat

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

By: Rabbani-Subuh yang Terakhir

***********

lately, saya kerap ulang dengar lagu nasyid ni. rentak dia macam rancak, tp bila hayati lirik dia, rase mendalam sangat. zaman sekarang orang dah mula berfikiran terbuka, tak macam zaman tok-nenek kita mendidik anak mereka. dalam hati sayang, sebab sayang anak, di'tangan-tangan'kan, dirotan anak tu demi nak mendidik. jarang untuk tengok sayang / terima kasih tu diekspresikan trang tang-tang keluar dari mulut. tapi tuzaman dulu. at least, 'jadik orang' jugak kan anak tu. sekarang rotan bagai tak bleh gi dah. especially cikgu2 la. silap hari bulan , "i see u in court!" er.. itu la, zaman berubah.

pendapat saya, dengan mengungkap kata2 sayang dan terima kasih kepada insan yang kita sayang tu, dia akan terasa dihargai dan lagi bermotivasi dalam hidup dia. macam budak2 umor 5 6 taun, saya rase, dengan puji apa yang dia buat, lagi dia bersemangat nak buat benda tu,bukan dengan cara marah2 or kasar2, tengking2. cakap lembut2 je la.

kesimpulannya, ucapkan apa yang kita nak ucap sebelum terlambat.
wassalam.

p/s: teringat dengar orang cakap, "takkan nak tunggu mak/ayah kamu dikapankan baru kamu nak kucup dahinya?" (as well as baru nak cakap i love u bila dah takde?)