Tuesday, September 27, 2011

r.e.a.d

assalamualaikum wbt

i take this from someone's blog,just to be pondered...

IMAM AHMAD........kadangkala ingin keluar menuntut ilmu sebelum terbit fajar. Ibunya meminta supaya melewatkan sedikit sehingga manusia bangun dari tidur

IMAM NAWAWI....... ‘2 tahun aku belajar, rusukku tidak pernah jatuh ke bumi…’. Beliau belajar dari pagi , petang sehingga malam, belajar 12 subjek sehari, hanya makan sekali selepas Isyak dan minum di waktu dinihari.


IMAM DAUD...... Salah satu lengan bajunya lebar namun yang satunya lebih kecil dan sempit.Lengan baju yang lebar ini digunakan untuk membawa kitab-kitab, sedang yang satunya lagi tidak diperlukan.

ALHAFIZ IBN HAJAR AL-ASQALANI ..... ketika berada di Syam dalam ekspedisi ilmunya, mampu membaca kitab hadis ‘Mukjam Saghir’ karya Imam Tabarani yang mengandungi lebih seribu hadis dalam masa beberapa jam, antara waktu Zohor dan Asar.

FAIRUZ ABADI ...... dalam pengembaraan ilmunya ke Damsyiq pernah menghabiskan bacaan kitab Sahih Muslim dalam masa tiga hari sahaja. Hadis-hadis dalam Sahih Muslim mencapai angka 7,000 hadis.

IMAM SYAFIE .......beliau tidak dapat membeli kertas untuk menulis kerana miskin. Oleh itu beliau menulis ilmu di atas tulang-tulang, kulit-kulit binatang. Pernah satu ketika beliau hanya menulis ilmu di atas tapak tangan beliau semasa kuliah Imam Malik.

JAHIZ...... yang sangat asyik dengan dunia buku, tidak pernah ke mana-mana tanpa bersama buku; buku sentiasa di tangannya. Dan kisah Jahiz dikatakan meninggal dunia kerana dihempap dengan buku

IBNU 'AQIL ...... "Aku berusaha sekuat tenagaku memangkas waktu kesibukanku yang lain demi menjaga waktu agar dapat membaca lebih banyak. Aku rela tidak makan roti dan hanya makan manisan dengan secawan air, kerana jika aku makan roti, maka banyaklah masaku yang terbuang."

AL NAISABURI.....membaca kitab Sahih Muslim sebanyak 100 kali.


IBN SINA.....membaca buku Al Farabi sebanyak 40 kali.

to be continued, insyaALLAH..


p/s: saya dan awak macamana??? T____T

Friday, September 23, 2011

R.I.S.A.U

Assalamualaikum wbt

Risau-manusia ni banyak benda yang dia risau dalam kehidupan seharian. Dalam konteks seorang pelajar…macam-macam benda dia nak risau, assignment bertimbun, exams, komitmen utk club or persatuan yang dia join, risau lecturer bagi markah sikit, risau requirement tak cukup, risau makanan kat cafĂ© dah habih padahal kelas tak habih lagi tyme lunch, risau takde gewe(ade jugak ke macam ni T_T) risau cuti sem dah habis, tu kalau time cuti sem la..kalau yang bekerja plak, risau marah dgn bos, risau org kate fashion baju tak updated,kolot, risau org kate dia kurus sgt lah, tinggi sangat lah, gemuk sangat lah..yang jadik mak ayah/ husband n wife, risau pasangan kawin lain la, anak sakit la, anak perangai nakal sangat lah….haish!! seribu satu macam kerisauan…!

Sebenarnya kan, tak ada apa yang perlu kita risau kan, Cuma in a positive way, risau akan menyebabkan kita lebih alert dgn tanggungjawab yang kita kendong.

Ok la, senang cakap meh sini saya bagi contoh. Sebab saya ni student lagi, jadi bagi contoh camni, kate lah, kita akan menghadapi satu exam yang besar, seperti: Final semester exam or Professional Exam dan yang seangkatan dgnnya, mesti dah rase stress yang amat. Seperti org bercinta pulak, makan tak kenyang, kadang2 dalam sehari tu tak rase lapar pun, mandi tak basah, tidur tak lena, hibernate diri dalam bilik memanjang, kekadang jumpe orang pun ketaat aje muka nak senyum..saye la tu kot..huhu

Bile dalam situasi macam tu, try to re-define ourself..sebenarnya kebergantungan kita ni pada siapa sebenarnya? Adakah sepenuhnya pada Allah atau pun berharap lecturer akan bg markah kesian? Ke..kite bergantung pada diri kita sendiri? Orang mukmin dia tak akan rasa risau dalam apa jua suasana yang dia hadapi sebab dia yakin Allah sentiasa bersama dia. Kalau lulus, Alhamdulillah, kalau gagal Alhamdulillah, mungkin belum ade rezeki.

Kalau yang dah berkahwin pulak, kekadang tu ada yang cam risau pasangan kita akan mati dulu or what so ever conditions yang menyebabkan perpisahan. Other than that, takut mak ayah pergi dulu or even ade anak yang meninggal kecil. Every thing yg kita possess milik Allah, jadi yakinlah setiap apa yang Dia bagi hanya pinjaman dan org2 sekeliling kita yang kita cinta, yg kita sayangi adalah milik Allah. So, tak kira lah, what ever, wherever org yang kita sayang tu go for outstation and kita risaukan keadaan dia, berdoalah, tawakallah dan yakinlah semoga dia sentiasa dalam peliharaan Allah SWT. Kalau rasa takut tinggal sorang2 ke, cube rase yang Allah lah peneman kita.Apa pun pergantungan pada Allah tu penting, sandarkan pada Nya before we think for other things. yang risau takde gewe pulak..nape? takut tak laku ye? Jangan risau…sejak usia kita 40 hari dalam kandungan ibu kita sudah ditetapkan jodoh,maut, rezeki kita di atas dunia ni. Semua nya dah tercatat dah di Luh Mahfuz. Takde mende perlu dirisaukan. Kita boleh sedih dan kecewa, tetapi tidak boleh putus asa, sebab putus asa bukan sifat orang Mukmin.

Ada yang terlalu risau dgn apa yang orang lain kata ttg diri kita. Macam saya gak, tulis blog selalu sangat fikir apa org lain kate. T_T apa yang kita cari sebenarnya bila piker org lain cakap pasal kita? Dia cakap buruk ttg kita, dia yang tanggung dosa..mana yang kita cari sebenarnya? Nak ALLAH redha or MurkaNya? Kaum wanita la especially, risau sangat org kata kat dia. Saya tau la, sbb sy pun perempuan J selagi apa yang kita buat tu tak melanggar syariat, buatlah, pedulikan kata org lain, focus pada keredhaanNya. Semoga apa yang saya tulis ni ada manfaatnya dan juga peringatan buat diri saya bila lupa. Wallahua’lam.

Cinta Hakiki

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka cinta manusia itu yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah, cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewa
Engkau kan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi

Mendalam betul lagu ni..ni lagu Raihan tajuk “cinta hakiki”