Saturday, July 7, 2012

Bila Orang Perempuan Bawak Kereta..

Assalamualaikum wbt...

Selalu dengar orang cakap, org pompuan ni tau bawak kete je.. benda2 lain pasal kete sume tak tau. O_o er...krik,krik,krik..bunyi cengkerik malam. em...terasa sipi2 je la.hehe. In case terjadi perkara yang tak diingini time2 bwk kete bahaya gak org puang ni. Ditipunya hidup2 dengan orang yg kununnya ikhlas nak menolong..kalo jenis lurus camtu. Saya pernah ada pengalaman sebegitu, at least, ada la sikit pengalaman. Pasal bateri kereta mati, nasib baik tak rosak dekat tengah2 hutan dan nasib gak bukan sorang. Tapi kalo tayar kereta yang wat problem apecer plak?

Teringat pulak belajar English dulu2, duk kecoh pasal di kalangan kengkawan pempuan ni camne nak tulis esei "How to change tyre"...sebab format tulis karangan pasal sequence. seriyes lawak. Nak kate betapa tak tahu nye pasal benda tu..last2 tak keluar pulak soalan suruh tuko tayar ni. huh.

Pernah jugak saya naik kereta dengan makcik dan anak2 nye, masuk2 tol terasa kereta tu macam gelong2,rupenye pancit! nasib baik tak jauh lagi dari tol n tak masuk hi-way lagi.n luckily, dia ada anak2 laki-umo sek ren- yang sgt2 la enthusiastic nak tolong repair. nasib la ini second time diorang experience..and to be exact, ayah depa tak de time tu, tapi pernah ajar cara tuka tayar in case kalo jadi..tapi memang udah jadi...sume under controlled n smooth. last skali makcik cakap, sebenarnye kite kene cool je bile face benda2 camni, insyaallah takde pe yang kita patot gelabah-ayam kan. (dalam hati duk pikir, camne la kalo jadi kat aku,sure cuak~)

Tibe je datang part tayar bukan ape, sebab duk tengok budak taayah baru menang reka cipta Nutty-notty. Hari tu dak Awa tu ada cite jugak. sebab bawak dia outing, pastu mintak tumpangkan kengkawan dia sekali. dah lepas tu, paham je la Awa..."K Ngah, kamu tau tak, yang ni,yang ni  salah sorang peserta...yada..yada..." cerita pasal nutty-notty tu. Ui, jangan memain, name tu ilham daripada pn pengetua sekolah sendiri.. waaa~ bagus nye le hasil ciptaan tu, (name dah la cumell) dengar nya dah menang kat banyak pertandingan...sekarang pulak dah nak dikomersialkan..disebabkan budak sek pompuan yang reka, maka rekaan nye ala2 feminin la sikit en. dari pompuan untuk pompuan cenggitu... sebab nye , nutty-notty tu menggunakan prinsip hidraulik yang memudahkan orang tuka tayar lagi cepat berbanding tempoh biasa. Orang pempuan kan tak berapa terel sikit bab2 ni =_=


Bermanfaat kan.. sebenarnye tu la yang kita mahukan. Jadikan diri kita ni manfaat buat orang sekeliling kita. itulah yang terbaik...by the way, tahniah kepada adik2 dan juga sekolahku (ehem..nak jugak kan...^-^). Semoga cemerlang bukan pada tahap akademik ,intelektual mahupun rekacipta, malahan excellent dalam bidang akhlak dan tarbiyah..=)

Wassalam.

Friday, July 6, 2012

Rehat jap..

Assalamualaikum wbt..

Dah berlalu la 4 paper untuk Pro Exam yang ke-2 ni. tak tahu nak komen ape, sebab tengah rase macam *feelingless*. Nak kate senang ke, susah ke, susah nak describe. terasa nak cakap "ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari..." hehe, masuk tak? em, biar je la nak paham camna pun, tapi tu la yang saya rase skrg ni.

Musim exam ni memang musim ujian nak test ape yang kita dah belajar setahun, tapi merangkumi segala macam ujian, macam pakej pulak. ujian...macamane hubungan kita dengan Allah, pergantungan pada Dia, dengan kawan2, dengan ilmu yang Allah bagi pinjam ni, macam2 la, bergantung pada tahap/ kemampuan seseorang tu.

Dah 4 papers ni, ternyata la, bukan senang, ingatkan sy sorang je rase susah, orang lain merasekan benda yang same. dah sampai hostel pun masih berbincang pasal exam yang sudah. dalam kepala masing2 duk pikir, lepas ke ni? lepas ke ni? sume takut dengan nasib masing2, tak terkecuali buat diri saya, tp benda tu dah lepas, nak pikir kuat mane pun bukan lagi atas kuasa kita. jadi saya buat 'biskut' aje..saya ni jenis yang tak bape suke nak check balik lepas habis exam, tapi tangan tu gatai gak nak belek. lepas tu nangeh dalam hati sorang2 T_T...ok, bai, malas nak pikir dah~

Teringat time first day amik SPM, jawab BM kertas II, time tu jawab rase cam tulis karangan budak dajah satu...balik2 exam tu dah tak sedap duduk dah, padahal sok nye paper English pulak..haish..lepas tu gi mesej ayah..(kantoi bwk hp...kiki) cakap hati tak tenang le ,ape la,bla bla bla.. pastu ayah pun reply sedas: tak ingat sangat ayat sebenar, tp lebih kurang gini la, "dah usaha sebaik mungkin, dah lepas tu, bukan terletak kat tangan kita dah, letaklah sepenuh tawakal kita pada Allah.." lepas dapat mesej tu, terase lega sangat hati ni dan rase betapa lemahnya saya, duk risau nye lebih aje, pikir yang bukan2 tp dalam masa yang sama lupa untuk bertawakal...=_='

Jadi, time2 down cenggini, bley pulak teringat nasihat ayah tu. Allah peringatkan semula le tu so that lepas ni buleh semangat sikit. tak gune jugak kalo kite nak pikir sangat, just doa la hati lecturers terbuka nak terima jawapan. so kat situ sebenarnya Allah nak uji sejauh mane sebenarnya kita bergantung pada Dia?

" ... apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakal.." (3:159) 

kadang2 terasa macam begitu 'lame' and 'pathetic' ..kita minta kejayaan tu pada Pemilik ilmu, tapi kita juga yang tak bersungguh2, bila dipanggil menghadap nye, dilewat2 kan, nak habiskan nota dulu kata hati. kadang2 dalam sehari berjam-jam duk ngadap nota bertimbun depan mata, tapi nota cinta Nya tak pernah dibuka buat penenang hati dan pelembut jiwa. sangat kontra..saya juga tak terkecuali.. TT_TT musim exam, bukan takat ujian nak naik tahun ja..isk.tapi ujian buat iman dalam hati gak.isk..

Exam kali ni banyak sangat benda yang berlaku, yang terasa teruji di jiwa and seems unexpected. Tu dalaman. yang luaran lak, macam sekarang ni pun hostel uia di gunekan untuk atlit2 sukma, so cam happening sikit la uia ni, tak de senyap tiupan-angin-bayu-pun-boleh dengar.(sebab budak sem dah balik, n yang tinggal sume orang2 yang nak exam pero...) ape lagi yg berlaku? em, banyak dan pelik! 2 hari berturut2 dikejar oleh makhluk Allah sekor ni...huuuuu...seriyes, 2 kali! er...sebenarnye banyak kali dah sebelum ni, tapi ketakutan dia still tahap yang sama, bayangkan la, kite nak bajet berani sangat pun tak boleh, boley pulak dia acah kita balik....geraaaam je rase. saya bukan ape, saya tak suke reaksi reflex saya yang sy sendiri pun tak sedar apa saya buat, boleh mengganggu ketenteraman awam jadiknye..=_=. sabo je la. pengajaran nye, jangan amik makanan kul 6.30 pm sbb dua hari tu saya pi amik mknn pada waktu tu, memang time dia tengah syok nak rembat makanan org le. -yang tak best nye dia kejar jugak orang yang tak bwak makanan~T_T 



bile dah kene kejar, malas dah nak cakap ko ni comel, tahu! *emo*

ok la tu je la wat mase ni, it's a long way to go, n Allah punya agenda Nya tersendiri. Moga ALLAH bagi kekuatan pada saya dan anda semua untuk terus berharap, berharap, berharap dan mengingati Nya dalam susah dan senang. amin~

 Wassalam.


Saturday, June 30, 2012

Who's next??


Wah~ sape la pulak next in the line ye?

Banyak pulak jemputan 'kengkawan' nak kawin . reaction pertama cam biasa la..terkejut! tapi baru sedar diri umur makin meningkat sebenarnya. =D

Hari ni saje dah dengar ada 4 pasangan selamat berkahwin. Mabruk!



***ok, 5 papers to go =)



Friday, June 22, 2012

Quotes

 Assalamualaikum wbt 
Funny how people search and wish fr something,
and when Allah gave it to them,
they start the "I don't deserve this" kind of talk.

*We must believe in what we hope for, jangan rasa tk layak when Allah actually give them to us. learn to appreciate and hold it."

Wassalam.

Tuesday, June 19, 2012

tak perlu cakap apa2





Assalamualaikum wbt

gambar kat atas ni bagi seribu makna kan..nak kata sarcastic pun ada..buat orang yang susah nak senyum (macam saye..kot..)

Jumaat lepas, habis dah lectures utk 2nd year..alhamdulillah,insyaallah semua nya pasti akan baik2 aje. amiin..maka bermulalah musim "kembali ke dalam cangkerang masing2" oh apekah term ini? masing2 dah start focus dah pasang gear 2 takpun dah pasang gear 5, mantap nye mereka itu. tak kurang juga memang yang baru nak warm up dulu. lain orang, lain kemampuan yang Allah bagi kan.Takpe2 apa2 pun selagi ada peluang waktu, kene guna sehabis baik. sebab Allah itu tengok pada usaha, bukan pada hasil. kalo asik duk pikir hasil, hmm sampai ke sudah la tak study@ revise.


bila time exam:
1) mase ni la peluang yang boleh kita rebut untuk mendekatkan balik diri kepada Allah, dalam erti kata lain makin merapatkan/menguatkan pergantungan kita padaNya. ye, exam itu satu rahmat untuk kita, i.e boleh berjaga 1/3 malam , sebelum2 ni mungkin agak payah, so ni la peluang kita. boley ber'wasilah' denganNya tanpa gangguan sesiapa. tahu apa itu wasilah? pernah dengar tak cerita kisah 3 orang sahabat yang terperangkap dalam gua sebab ada batu yang menutup pintu gua tu serapat-rapatnye? mereka sangat buntu. lalu penyelesaian terakhir adalah dengan berwasilah dengan Allah. masing2 menyebut kebaikan yang pernah dibuat suatu ketika dahulu, lalu dengan penuh berharap apa yang dibuat suatu ketika dahulu mendapat redha Allah dan menjadi sebab untuk mereka bolos daripada trap tersebut. maka lepas seorang2 berdoa dan berwasilah, terbuka la pintu gua sedikit demi sedikit dan akhirnya, pintu gua tu terbuka sepenuhnya! MasyaAllah! such a good inspiration.



2) mase ni la boleh check balik niat kita belajar tu sebab ape..tak dinafikan, tahun ni banyak mengajar erti sabar (sangat menguji buat saya yang tak reti nak sabar ni) , memang bibir mudah mengucap sabar, tapi hati tu either nak resist or rebel or give up..ape2 pun cek balik niat nak exam, niat belajar tu sebab ape. moga ilmu yang kita belajar tu diberkati dan boleh bagi manfaat pada orang.



3) biasa musim exam ni la suka nak buat analogi antara exam kat dunia dengan exam kat akhirat. at least, exam kat dunia ni kita tau bile, boleh la nak wat preparation nak hadapinya. tapi exam akhirat tu ada sape penah tahu? walhal, memang sangat patutlah buat persediaan sebab tak tau kan..cube kalo lecturer nak buat kuiz esok and ko tak baca ape lagi..mau terkujat kat situ jugak kan kalo tak ready. even exam yang kita tau tarikh pun kita wat preparation bagai, ni exam yang paling besar ni, tiada siapa boleh bantu melainkan dengan amal kita sendiri dan syafaat. so, kita boleh re-check balik niat kat situ.

4) musim masuk cangkerang, n musim otot2 muke sume macam spasm je..mungkin sebab emotional tak stabil bila nak exam2 nih, membuatkan susah bebeno nak senyum n serius semacam je..*ouch* ade terase tak? hihi..kadang2 tak sedar pun yang kita telah memasamkan muka dgn orang sekeliling, tau2 ade orang cuit , "oit, senyum le sikit" lepas tu automatically boleh senyum pisang...tak pun kena beli wire bengkok macam gambar kat atas tu..haha, sangat prosthetic appliance! jadi buat diriku, selalu2 la senyum. bila susah sangat nak senyum makan la pisang yang banyak serotonin tu, boleh buat jadi gumbira, n then boleh senyum tak? ah sudah, teori merepek!

"amalkan senyum dalam 21 hari lama2 insyaAllah boleh jadi habit"-Prof Muhaya... 

Ada sorang ni, suke sangat senyum, even time bagi ucapan farewell pun dia boleh senyum, dia kate, "tak tau la, bile sedih ke, seronok ke, gembira ke, muka mesti macam ni" (dalam keadaan muka dia senyum je...) seriusly,memang betul la bila dah hari2 senyum , benda tu dah jadi "auto-pilot" dalam diri..nak try la pasni...tapi not advised to senyum depan hp or senyum sorang2 sebab nnt orang ingat lain pulak.hihi smile! =)

p/s: sebelum tidur, kita latih diri maafkan SEMUA kesalahan orang lain pada kita, moga hati jadi lebih lapang dan sehat, yeay!

wassalam