Assalamualaikum wbt
gambar kat atas ni bagi seribu makna kan..nak kata sarcastic pun ada..buat orang yang susah nak senyum (macam saye..kot..)
Jumaat lepas, habis dah lectures utk 2nd year..alhamdulillah,insyaallah semua nya pasti akan baik2 aje. amiin..maka bermulalah musim "kembali ke dalam cangkerang masing2" oh apekah term ini? masing2 dah start focus dah pasang gear 2 takpun dah pasang gear 5, mantap nye mereka itu. tak kurang juga memang yang baru nak warm up dulu. lain orang, lain kemampuan yang Allah bagi kan.Takpe2 apa2 pun selagi ada peluang waktu, kene guna sehabis baik. sebab Allah itu tengok pada usaha, bukan pada hasil. kalo asik duk pikir hasil, hmm sampai ke sudah la tak study@ revise.
bila time exam:
1) mase ni la peluang yang boleh kita rebut untuk mendekatkan balik diri kepada Allah, dalam erti kata lain makin merapatkan/menguatkan pergantungan kita padaNya. ye, exam itu satu rahmat untuk kita, i.e boleh berjaga 1/3 malam , sebelum2 ni mungkin agak payah, so ni la peluang kita. boley ber'wasilah' denganNya tanpa gangguan sesiapa. tahu apa itu wasilah? pernah dengar tak cerita kisah 3 orang sahabat yang terperangkap dalam gua sebab ada batu yang menutup pintu gua tu serapat-rapatnye? mereka sangat buntu. lalu penyelesaian terakhir adalah dengan berwasilah dengan Allah. masing2 menyebut kebaikan yang pernah dibuat suatu ketika dahulu, lalu dengan penuh berharap apa yang dibuat suatu ketika dahulu mendapat redha Allah dan menjadi sebab untuk mereka bolos daripada trap tersebut. maka lepas seorang2 berdoa dan berwasilah, terbuka la pintu gua sedikit demi sedikit dan akhirnya, pintu gua tu terbuka sepenuhnya! MasyaAllah! such a good inspiration.
2) mase ni la boleh check balik niat kita belajar tu sebab ape..tak dinafikan, tahun ni banyak mengajar erti sabar (sangat menguji buat saya yang tak reti nak sabar ni) , memang bibir mudah mengucap sabar, tapi hati tu either nak resist or rebel or give up..ape2 pun cek balik niat nak exam, niat belajar tu sebab ape. moga ilmu yang kita belajar tu diberkati dan boleh bagi manfaat pada orang.
3) biasa musim exam ni la suka nak buat analogi antara exam kat dunia dengan exam kat akhirat. at least, exam kat dunia ni kita tau bile, boleh la nak wat preparation nak hadapinya. tapi exam akhirat tu ada sape penah tahu? walhal, memang sangat patutlah buat persediaan sebab tak tau kan..cube kalo lecturer nak buat kuiz esok and ko tak baca ape lagi..mau terkujat kat situ jugak kan kalo tak ready. even exam yang kita tau tarikh pun kita wat preparation bagai, ni exam yang paling besar ni, tiada siapa boleh bantu melainkan dengan amal kita sendiri dan syafaat. so, kita boleh re-check balik niat kat situ.
4) musim masuk cangkerang, n musim otot2 muke sume macam spasm je..mungkin sebab emotional tak stabil bila nak exam2 nih, membuatkan susah bebeno nak senyum n serius semacam je..*ouch* ade terase tak? hihi..kadang2 tak sedar pun yang kita telah memasamkan muka dgn orang sekeliling, tau2 ade orang cuit , "oit, senyum le sikit" lepas tu automatically boleh senyum pisang...tak pun kena beli wire bengkok macam gambar kat atas tu..haha, sangat prosthetic appliance! jadi buat diriku, selalu2 la senyum. bila susah sangat nak senyum makan la pisang yang banyak serotonin tu, boleh buat jadi gumbira, n then boleh senyum tak? ah sudah, teori merepek!
"amalkan senyum dalam 21 hari lama2 insyaAllah boleh jadi habit"-Prof Muhaya...
Ada sorang ni, suke sangat senyum, even time bagi ucapan farewell pun dia boleh senyum, dia kate, "tak tau la, bile sedih ke, seronok ke, gembira ke, muka mesti macam ni" (dalam keadaan muka dia senyum je...) seriusly,memang betul la bila dah hari2 senyum , benda tu dah jadi "auto-pilot" dalam diri..nak try la pasni...tapi not advised to senyum depan hp or senyum sorang2 sebab nnt orang ingat lain pulak.hihi smile! =)
p/s: sebelum tidur, kita latih diri maafkan SEMUA kesalahan orang lain pada kita, moga hati jadi lebih lapang dan sehat, yeay!
wassalam

No comments:
Post a Comment