Tuesday, September 27, 2011

r.e.a.d

assalamualaikum wbt

i take this from someone's blog,just to be pondered...

IMAM AHMAD........kadangkala ingin keluar menuntut ilmu sebelum terbit fajar. Ibunya meminta supaya melewatkan sedikit sehingga manusia bangun dari tidur

IMAM NAWAWI....... ‘2 tahun aku belajar, rusukku tidak pernah jatuh ke bumi…’. Beliau belajar dari pagi , petang sehingga malam, belajar 12 subjek sehari, hanya makan sekali selepas Isyak dan minum di waktu dinihari.


IMAM DAUD...... Salah satu lengan bajunya lebar namun yang satunya lebih kecil dan sempit.Lengan baju yang lebar ini digunakan untuk membawa kitab-kitab, sedang yang satunya lagi tidak diperlukan.

ALHAFIZ IBN HAJAR AL-ASQALANI ..... ketika berada di Syam dalam ekspedisi ilmunya, mampu membaca kitab hadis ‘Mukjam Saghir’ karya Imam Tabarani yang mengandungi lebih seribu hadis dalam masa beberapa jam, antara waktu Zohor dan Asar.

FAIRUZ ABADI ...... dalam pengembaraan ilmunya ke Damsyiq pernah menghabiskan bacaan kitab Sahih Muslim dalam masa tiga hari sahaja. Hadis-hadis dalam Sahih Muslim mencapai angka 7,000 hadis.

IMAM SYAFIE .......beliau tidak dapat membeli kertas untuk menulis kerana miskin. Oleh itu beliau menulis ilmu di atas tulang-tulang, kulit-kulit binatang. Pernah satu ketika beliau hanya menulis ilmu di atas tapak tangan beliau semasa kuliah Imam Malik.

JAHIZ...... yang sangat asyik dengan dunia buku, tidak pernah ke mana-mana tanpa bersama buku; buku sentiasa di tangannya. Dan kisah Jahiz dikatakan meninggal dunia kerana dihempap dengan buku

IBNU 'AQIL ...... "Aku berusaha sekuat tenagaku memangkas waktu kesibukanku yang lain demi menjaga waktu agar dapat membaca lebih banyak. Aku rela tidak makan roti dan hanya makan manisan dengan secawan air, kerana jika aku makan roti, maka banyaklah masaku yang terbuang."

AL NAISABURI.....membaca kitab Sahih Muslim sebanyak 100 kali.


IBN SINA.....membaca buku Al Farabi sebanyak 40 kali.

to be continued, insyaALLAH..


p/s: saya dan awak macamana??? T____T

1 comment:

H A N said...

Terasa malu dengan diri sendiri bila mengenangkan dlm suasana teknologi masih baru ilmuwan2 zaman sebelum ni sangatlah menagih & cinta ilmu...

Kita zaman sekarang ni, ilmu mai kat kita pun, kita buat macam nak tak nak je...hu3