Assalamualaikum wbt..
Status: Sorang di bilik sebab semua rumet balik untuk sambung beraya. Good, good. Apesal I tak pernah terpikir buat macam tu? Tiada jawapan. So, all the day, duk je kat dalam bilik..jiran2 sebelah dah mula balik memenuhi blok ni sebab Isnin ni semua dah mula kelas semula. Jadi nya, aktiviti hari ini adalah re-organize semua perkara2 yang patut dibetulkan. Sambil2 tu, blogwalking la sebarang dua. Menambahkan general knowledge yang tak sedia banyak. Banyak juga cerita2 baru. Then, terbaca satu blog pasal seorang wanita, blog ni khas untuk anaknya yang dah tiada. Lama jugak I stop baca kat blog tu. Semua pasal anak dia, all the moments they had together, o ye, anaknye meninggal kecil, dalam 2 yo something. Entah apa yang duk dalam jiwa ni, orang putih kata, ‘empathy’, I macam boleh rase apa yang si ibu ni rase. Betapa seksa dan peritnya kehilangan seorang anak. The same thing goes to other bloggers yang pernah I jenguk, kehilangan anak kecil , macam tu jugak. Tu baru terase ape yang orang lain rase, belum betul2 alami. Susah, susah nak express kat sini. mungkin ‘senang’ untuk orang lain tengok dan hanya mampu mengucapkan, ‘sabar banyak2’, tapi jiwa yang menanggung tiada siapa yang tau. Itu lah ujian Allah buat hamba yang layak. Anak kecil yang pergi menghadap Ilahi sebelum baligh nya, bukankah Allah menjanjikan syurga buatnya. Sungguh beruntung ibu bapa yang punya anak berstatus Ahlul Jannah. Free2 je dapat. Subhanallah.
Mungkin ini la ape yang mak ayah rase dulu. My family had experienced this thing one time ago. Kala aku tak pernah punya perasaan, akal pun pendek lagi, belum boleh paham sesuatu benda dengan matang… feelingless as everything went so fast. Ye, sangat cepat. The day dia pergi, I am the one yang paling lambat tau, then, siap2 kelengkapan, tak sempat tengok dia dimandikan, orang terlaaalu ramai, setiap ruang rumah dipenuhi, and that nite, dikebumikan. Oooo..dah panjang ceritanye. Adik aku. Yang kecik. Ok. Dah terpanjang. Orang yang paling terkesan,mestilah semua orang. Org yg melahirkan-mak, org yg menanggung keperluan-ayah, teman sepermainan-kak chiknye, orang yang menghiburkan-abangnye, orang yang melayan-kak yongnye, org yang membuli-aku la tu. Tapi waktu tu si pembuli tu masih belum fully insaf, jadi dia macam blur..
8 tahun dah… the day before raya, kami menjenguk 'taman' dia. Memang itu rutin tahunan, pergi bersih2kan taman dia, doa. “kalau ada ni mesti tengah tension nak UPSR tu,” ayah cakap. Haiiiila….adik,adik…kalo ada si kecik ni, mesti dah pandai nak berjangok. dan of course , lagi tinggi daripada kakak2 nye yg comey ni. Macam mana la aku boleh tak perasan, tiga2 adik bawah aku semua exam besar tahun ni. Tapi si dua ni, relax semacam je aku tengok..macam orang tak exam. Aku melalut lagi rupenye. Aku tengok, mak tak tunjuk kesedihan dia, tapi hati dalamnya, siapa yang tau…saat dia pergi, dah ada tanda2 dia nak pergi, tapi tak pernah tau pun dia akan pergi kan…kalau Allah dah tak buka pintu hati untuk kite merase, rase biasa aje la, takde pape. Tapi bila dah terpikir semula…sudah suratan takdir.
Itu la sedikit sebanyak pasal ape yang aku & family rase. Bile dah besar sikit ni, sedikit sebanyak, banyak jugak la, aku rase kehilangan yang amat sangat, mungkin sebab ayah tak pernah rase kehilangan dia kot, sebab ayah sangat senang untuk menceritakan any moment yang dia ada dengan adik. Berulang-ulang, bukan aku tak pernah dengar, tapi its good, supaya si ‘bekas pembuli’ tu diperingatkan sikit!
Jadi, aku tak nak buat orang lain sedih mahupun simpati dekat aku. Aku tak reti nak buat hati orang tersentuh. Aku tulis ni pun sebab aku nak conclude, based on pengalaman aku dan blog yang aku baca, benarlah kata orang, kasih mak ayah ni takdak sempadan. Punya sayang nya kata anak tu sampai takmau seekor nyamuk pun hinggap. Sanggup buat aaaaapa saja demi anak2. Kalau anak sakit pun, depa dah susah hati, inikan pula dijemput Ilahi…tapi, apa yang kita balas kat depa balik? Depa punya concern kat anak2 ni bukan takat sampai anak tu dah berkahwin, tapi sampai anak tu sendiri dah beranak-pinak. Dalam Islam sendiri, martabat ibu bapa tu sangat mulia, pernah dengar ini? Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.
Berbaur emosi nampaknya. Cakap bab ni memang emo. Cuma nya aku berharap, hati ku dan kamu yang membaca sentiasa lembut supaya dengan kelembutan itu mampu menundukkan hati untuk mentaati perintah Allah, Rasul dan memberi layanan yang sebaiknya buat kedua orang tua kamu kerana mereka benar-benar, amat, teramat sangat, sangat mencintai kamu.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment