Tuesday, March 2, 2010

KLIBF 2010

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dah habis baca dua novel Jemariseni. Fuh! Punya pulun nak baca kali ni. Kalau dulu baca novel Hlovate je yang asyik terputus fius je nak baca. Sampaikan bila nak bercakap tu asik terkeluar bahasa dlm novel Hlovate yang sempoi habih, pandai betul dia mengaplikasikan ilmu sains dalam cerita dia. Somehow, tak sia-sia gak la rase, ada je mesej2 dia yang menusuk qalbu. After Hlovate’s , rase nak try baca karya penulis Jemariseni yang lain jugak.

Ternyata pembelian tak terancang waktu g jalan2 ke OU dengan my roommates kat MPH ada hikmahnya. Dua novel tu jenuh dibelek2 sebelum dibeli, hasilnya--> Berjaya mengisi hari2 ‘home alone’ sepanjang first week of my break.

1. Tentang…Dhiya by Syud : cerita dia agak biasa2 tapi still best gak la even ada skit klise. Banyak ‘kebetulan’ dalam banyak scenes. Ok fine.


2. Jaja & Din by Noor Suraya: this book has made me to not to judge a book by its cover! Truly, the moment I saw this book on the MPH racks, I read the synopsis first, that’s why I bought it. Tang ‘judging a book by its cover’ ni adalah pada karakter dalam buku tu. Jaja, seorg yg free hair, seorg media planner yg ada sikit je knowledge about Islam boleh tertarik hati dgn seorg lulusan al-Azhar yg bercita2 menjadi seorg mujahid di Afghanistan. Yg uniknya, sebab berkenan sgt si jaja kat ustaz din, sanggup dia suruh mak pak dia pi ‘pinang’ ustaz tu. jaja sgt determine utk bersuamikan ustaz yg bermuka redup itu. ternyata Allah masih sayangkan dia dengan menemukan jaja dgn din walaupun jaja dah lama 'meninggalkan' Rabbnye (sebab dia tak solat before kawin dgn Din) .


ustaz tu punya la zuhud,so Jaja pun kene la belajar untuk 'survive' menjadi zuhud like Din. bila dah kahwin baru kenal hati masing2 dan si ustaz tak jemu2 mendidik si isteri jadi solehah, ajar ngaji,hukum fiqh, ajar jaja qada solat yg dia tinggalkan, bedtime stories pasal sirah Nabi2, sampaila cakap kat jaja nak gi berjihad, pada mulanya jaja agak ralat akhirnya Jaja tu redha dengan pemergian sang suami ke medan jihad. puas! sebab bukan novel yang jiwang karat yg biase2 punye. banyak sirah2 nabi yang diselitkan dalam plot ini tatkala si jaja mengah utk blajar hidup ikhlas,taat, zuhud,jihad bersama Din. hasil didikan Din terhadap isterinya, Jaja dah banyak berubah dan menjadi isteri seorang mujahid yg tak terlalu mengharap kepulangan suaminya setelah setahun lebih ditinggalkan.


Whoa, saya tak pernah jumpa novel melayu jalan cerita dia macam ni…bila imbal balik dengan diri sendiri, rase beza sungguh dengan diriku yg terlalu bnyk hidup dilimpahi kenikmatan yg tak putus2. Sungguh beruntunglah orang yang berjihad fisabilillah itu. so, bila kita jumpe org yg tak pakai tudung ke, seksi ke, kita takley cepat2 judge org ni, “huh, nerakalah ko!” tak boley! Mane tau di saat dia tua2 nanti, Allah bagi hidayah kat dia, macam jaja ni, untung dia dpt suami ustaz...same jugak dengan org kafir, Allah itu berkuasa untuk memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yg dia kehendaki. Last but not least, sentiasa husnuzzon dalam apa jua perkara yang anda temui.Wallahua’lam.




Oh ye! Saya ada g cari2 maklumat sikit tentang KL International Book Fair 2010. Awal nye pesta buku kat PWTC tu taun ni. Will be started on 19-28 March 2010 di tempat yg same, PWTC. Jadi, dah ley la wat lists nak beli buku ape, kan,kan. Jadi, kepada pencinta buku, ape tunggu lagi, sila korek tabung ayam anda ye…haha. Oh ye, novel terbaru hlovate juga akan release mase tu nanti tajuk VERSUS. Si awa pernah suruh beli, tp mase tu belum ade lagi sampai la KLIBF nnt.
Erm, ni la masenye untuk shopping sakan beli buku kat pesta buku, sbb taun2 dpn tak tau ada can ke tak nak p sbb kite tak tau di bumi mane kita akan jejak untuk masa akan datang. Wassalam.

p/s: -sapa2 yg pi KLIBF nt jgn lupe mintak resit bagi kat mak ayah, boley kurang kan income tax :p

2 comments:

atiqahdahalan said...

huh, nerakalah ko!!! --> cute giler okeh.

oh, boleh lah mtk hadiah buku bnyk2 dr org mesia smpena KLIBF ;P

Anonymous said...

er...is that statement sound cute? -no comment-

oh, nak mintak hadiah yek? mentang2 le bday girl to be ...kuang3...