Monday, March 29, 2010

Penjelasan

Assalamualaikum wbt.

Sebuah penjelasan ingin aku nukilkan. Kerana nyamuk seekor, terbakar satu kelambu. Hiperbola sangat tak perumpamaan ni? Lebih kurang la. Entri yg terakhir adalah tentang lawatan ke klinik gigi dan sehingga sekarang masih ada rasa sakit pada gigi tersebut di samping rasa susah hati apabila diberitakan oleh doktor gigi tersebut tentang operation yg perlu dijalani tak lama lagi. Di samping rasa susah hati tersebut, rasa marah yang meluap-luap pada encik doktor pun ada di dalam hatiku ini. Ternyata , setelah saya menyedari dan koreksi diri, buang tenaga je aku nak marah2 si doktor tersebut. Agaknya masa tu tak pikir panjang, sebab terlalu terkejut waktu doktor tu tunjuk filem xray dan cakap, “awak kene operate nak buang gigi tu..yada…yada…” ditambah dengan cara dia panggil saya(hamboi, marah beno ye kamu, cik Nab..relaks aaaa…buat do no sudey..)

Ye2…saya rasa menyesal pulak…sebab bila saya teringat saya pernah blog walking ke blog doktor2 gigi yang rajin memblog, mendidik manusia sekeliling supaya meningkatkan tahap penjagaan gigi mereka. jadi saya terjumpe la satu blog ni, lefthandeddentist.blogspot.com.

Rupe2 nye sakit gigi macam tu very common among people la. Dan ternyata, apabila tiada sebarang gigi yg berlubang pada mana2 gigi geraham, maka puncanya adalah daripada gigi geraham bongsu yang paling lambat tumbuh (antara umur 17-21tahun,baru gigi ni nak tumbuh). Memang sebelum ni saya pernah dengar, bila gigi bongsu tumbuh sangat sakit rasenye. Tapi itu bukan masalah nye.

Masalah timbul apabila gigi bongsu@ wisdom tooth tumbuh sedikit demi sedikit, dan cara ia tumbuh tak sama dengan gigi2 kekal yg lain iaitu ia tumbuh melintang daripada tumbuh menegak macam gigi lain. Perihal ini lah yg menyebabkan sisa2 makanan mudah untuk terselit di celah2 gigi yg baru nak tumbuh ni. Apabila makanan dah tersekat, sukar sekali berus gigi nak mencapai kawasan tersebut, maka mudah lah berlaku ‘pertumbuhan bakteria’ sekaligus menyebabkan ‘infection’ pada kawasan tersebut. Oleh itu, bermula lah episod serangan sakit yang bertubi2. Dan akhir sekali, ‘doktor tangan kiri’ ni cakap, there's no other way, except for removing it surgically


macam ni la gigi saya dalam X-ray tu, yg melintang tu gigi geraham bongsu

Jadi, baru saya paham, kenapa encik dentist tempoh hari dengan confident nya suruh saya operate. Tapi dalam pada itu, saya masih lagi memerlukan beberapa penjelasan. Oleh sebab itu, saya pun dengan rajinnya meng’e-mel’ sorg dr gigi yg saya jumpe kat blog beliau. Ikuti kisahnya:

“biasanya gigi geraham bungsu sering infected atau dijangkiti kuman..kadang2 bukannya pada gigi tapi pada gusi dan tulang sekitar gigi tu..gigi geraham bungsu ni biasanya senget so makanan kadang2 senang terselit kat situ and susah nak buang so kuman membiak kat situ menyebabkan gusi dan tulang sekitarnye kena jangkit kuman dan sakit..sebab saraf kat situ sepanjang rahang bawah so sakitnya sampai terasa ke gigi2 lain...so bila dr tu amik x-ray biasanya kalau gigi lain ada lubang ke boleh nampak kat x-ray tu..so kalau gigi lain takde lubang then puncanya memang gigi geraham bungsu tu...

yang dia tulis tu MOS under LA meaning minor oral surgery ( pembedahan kecil mulut ) utk membuang gigi geraham bungsu tu secara pembedahan kerana gigi tu sengat so takleh kuar secara biasa..kena potong skit gigi tu kepada beberapa bahagian..and biasanya kena potong gusi and buang tulang skit...under LA meaning dengan bius biasa..so tak rasa sakit masa dia buat tu sebab dah kebas..cuma lepas pembedahan tu kawasan tu akan bengkak beberapa hari..biasanya 3-7 hari...kemudian susah nak bukak mulut dalam beberapa hari..so kena makan makanan yang liquid dulu atau lembut..kejap je laa tapi lepas tu ok dah..so jangan takut..saya pun dah buang gigi geraham bungsu secara pembedahan..saya buat 4 gigi sekali gus..hehe..macam chipmunk lak sebab dua2 belah pipi dah bengkak..makan pun milk shake..mash potato..bubur..sup..pastu makan ubat tahan sakit and antibiotik yang dr bagi ikut time dia so takde rasa sakit langsung..then lepas 3 hari dah ok dah...nak turunkan bengkak tu kena laa letak ice

so nasihat saya buat laa MOS tu..jangan takut...sebab kalau tak buat sakit tu akan berulang..and kadang2 akan jadi makin teruk.”

It does make sense with dr tangan kiri tadi.Setelah dapat reply drpd dr. ni, hati jadi lega dan lapang. Maka tidak ada kaviti yang tersembunyi! Eh? So, boleh la buang gigi tu kalo lepas ni sakit lagi ye dak?

p/s: jom rajinkan diri gosok gigi sebelum tido. tiada lagi kerosakan gigi! Wassalam

2 comments:

atiqahdahalan said...

salam imah.

last year, i had the same problem, and was given same advise. to remove it surgically.

the thing is my mom was unhappy (worried and not convinced) that i'll have to bear the post-op stuff alone. one of my friend got her wisdom removed, and the bengkak was memang mcm chipmunks, she had to tutup her face pegi kelas.

so my mom was like "just eat those antibiotics the docs prescribed, keep ur mouth clean, hopefully u can at least wait until balik malaysia to remove it. and, sakit2 pun Allah juga yang bagi, kita doa sama2 tak perlu operate".

i took it. and skrg tak sakit lagi, walaupun tak operate. and, bila infection tu dah subside, taking good care of oral hygiene really does miracle!

all the best

QN said...

salam one. em, betul2, oral hygiene memg sgt membantu n my dad ckp pun, nanti2 la wat minor operation tu...skrg ni pun kdg2 je rase sakit tu dtg , dlm seminggu sekali.