Sunday, July 31, 2011

Fadhilat Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt

Di dalam kitab Dhurratun-Nasihin ada menyebutkan:

1. Ramadhan bermaksud membakar ( menghapuskan dosa seperti orang menghapuskan karat dari besi dgn membakarnya)

2. Apabila terbit saja anak bulan (hilal) Ramadhan , maka dihiaslah ‘Arasy, Kursiy dan segala yang ada di langit. Lalu Allah SWT akan memerintahkan matahari yg terbit pada siang hari, bulan dan segala bintang yg terbit pd waktu malam hari supaya “beristighfar” (memohon keampunan) utk umat Muhammad SAW yg berpuasa. Allah juga memerintahkan sgala burung yg berterbangan di angkasa dan sgala haiwan yg melata di bumi serta semua jenis ikan di lautan supaya turut beristighfar utk umat Muhammad SAW yg berpuasa. Seterusnya Allah memerintahkan supaya para malaikat menyerahkan pahala bacaan dan selawat serta ucapan tasbih yg mereka kerjakan kpd umat Muhammad yg berpuasa.

3. sabda Rasulullah SAW, “ Di dalam bulan Ramadhan, menunaikan ibadat sunat akan diberi ganjaran pahala fardu(wajib). Amalan yg fardu pula diberi balasan “70 kali ganda”. Bulan Ramdahan adalah “bulan sabar” dan sabar itu adalah syurga balasannya. Dalam bulan ini dilebihkan rezeki hambaNya yg berpuasa dan diampunkan dosa-dosanya. Barangsiapa yg memberi makan kpd org yg berpuasa(berbuka) pahalanya seperti pahala org yg berpuasa itu.”

4. Sehari menunaikan ibadah puasa Ramadhan dengan penuh keimanan kpd Allah, akan dijauhkan dari api neraka sejarak 70 tahun perjalanan.

5. barangsiapa yg hadir ke majlis ilmu / majlis zikir di bulan Ramadhan, ditulis baginya setiap langkahnya pahala ibadah setahun & akan mdapat perlindungan ‘arasy di hari kiamat.

6. barangsiapa menunaikan solat berjemaah di bulan ramadhan, pd setiap rakaat akan dikurniakan sebuah mahligai yg indah cemerlang di akhirat kelak.

7. Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya sebaik2 sedekah adalah di dalam bulan Ramadhan.”

8. Sabda Rasulullah SAW, “ bahawa sesungguhnya pintu langit & pintu syurga akan dibuka pd setiap mlm Ramadhan sesiapa yg bersembahyang pd mlm Ramadhan akn ditulis pahala baginya setiap sujudnya 1700 kebajikan.”

9. Sabda Rasulullah SAW: “ Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah berpuasa juga pendengaran kamu, penglihatan kamu, lidah kamu daripada dusta & dosa. Janganlah kamu menyakiti khadam kamu tetapi sebaliknya hendaklah kamu menghormatinya dgn bersifat tenang. Janganlah kamu samakan hari-hari Ramadhan dengan hari-hari yang lain.”

10. Menurut Imam Ghazali: ada 6 perkara yang mesti dijaga bagi memelihara ibadat puasa dari menjadi sia-sia:

1- Menjaga mata daripada melihat segala yang diharamkan oleh Allah.

2- Menjaga telinga daripada mendengar segala yang keji.

3- Menjaga lidah dari bertutur sebarang kata-kata yang sia-sia, apatah lagi yang keji &mungkar.

4- Menjaga hati dari segala prasangka & niat jahat.

5- Menjaga kebersihan (halal) makanan yang dimakan.

6- Mengawal selera makan (tidak makan terlalu banyak ketika berbuka atau menyediakan juadah terlalu banyak sehingga membazir.

p/s: semoga kita akan lebiha bersemangat untuk meningkatkan kualiti ibadah puasa kita pada tahun ini. Insyaallah. ~Ramadhan Kareem~

No comments: