Monday, April 5, 2010

konon.macam.cerpen.

Assalamualaikum wbt

Sengaja ingin menyatakan rasa, apabila perkara tersebut selalu bermain di kepala, di minda.

Back in 1999….
Waktu itu sekitar 9 malam, mak memberitahu mahu pergi ke kedai fotostat di Taman Cempaka, antara sebuah kawasan perumahan yang terawal di sekitar tempatku yang ramai budak Politeknik Ungku Omar menyewa . Ya, tempat tu pun banyak kedai2 fotostat yang murah2, jadi tempat tersebut menjadi tumpuan cikgu2 sekolah melabur sedikit wang untuk membuat salinan latihan demi mendidik anak bangsa. (waktu ni taktau pun budak SIS n STAR suke outing situ…zaman kanak2 alam ria la katakan…mane main budak2 hostel ni…)

Aku tak ingat kenapa malam tu aku tinggal berdua dengan dia, adik. Tapi yang pasti, semua orang takde melainkan ‘Kak Ngah the Bully’ dan ‘adik’. Tapi mood si Kak Ngah malam tu baik pulak. Ye la, sape tak kenal Kak Ngah yang suka mendominasi orang-orang-yang-lebih-muda dalam rumah tu. Lepas satu-satu disakat budak2 yang duk diam tengok duk tv, main pedang, hisap bantal busuk(opsss) dikacaunye.memang tahap dengki bagai tengok orang duduk aman bahagia buat kerja masing2. Pasti tangannya sangat laaah gatal nak sakat, kacau orang. Entah daripada siapa dia belajar entah.

Malam itu, agaknye dah boring dia mengacau orang, dia terpikir satu benda. Waktu tu…adik tak sampai dua tahun pun lagi…kire mulut tak pot pet lagi la…senyap je duduk ngan bantal busuk. Duduk je la ngan Kak Ngah dia tu. Si Kak Ngah ni bukan dia tak sayang adik2 nye, tapi mungkin masih tak paham… hati manyak keras punye…darjah 4 baru…tak reti nak tunjuk kasih sayang kot…kot.

Sepintas kilat idea lalu di kepala kak Ngah apabila ternampak akan bungkusan plastik warna biru berisi penuh dengan ‘periuk-belanga’ segala bagai.

“Adik, adik, meh Kak Ngah ajar main masak2 nak?”

Baru aku teringat adik masih belum diperkenalkan lagi dengan mainan budak2 pompuan ni. So, main masak2 adalah satu benda yang sangat diminati oleh bebudak pompuan dalam umah tu waktu tu. Adik, seperti biasa , yang selalu behave tu, ikut je la Kak Ngahnye pergi ke satu sudut rumah di bawah lampu melihat ligatnye tangan kakak keduanya merungkai ikatan plastik biru tu.

Ketung-ketang ketung ketang bunyi mangkuk-periuk-belanga-jagung-carrot plastik jatuh ditonggengkan oleh Kak Ngah dari plastik itu. Adik terus melihat bagai orang yang tak mengerti hundred percent (memang dia tak pernah tau pun ilmu kemahiran main masak-masak ni, that’s why Kak Ngah yg garang-tapi-baik-hati ni nak ajarkan). Sesekali tangan kecilnya ditepis oleh kak Ngah yang bertangan besar tu apabila dia mencuba mengusik peralatan yang disusun tu…

“kak Ngah susun dulu ye…”kataku dengan baik…agaknya adik dalam hati dia, “apa mimpi dia ni nak baik ngan aku malam ni…” eh, aku ni bukanlah sampai kejam tahap mak tiri ke hape…baik je.

Laju je tangan aku susun satu2 peralatan masak2 tu. Ye, macam biasa, sebelum mula memasak, kan kite bagi semua barang2 tu letak kemas pada tempatnya…sayur2an letak setempat, kumpulan piring dan sudu setempat , begitu juga dapur gas di satu sudut dan all things must be arranged properly.kalau tak, fenin la nak cari barang2 tu masa ‘masak’. Alamatnya, terbakar la ‘dapur’ tu sebelum sempat ‘menghidang’. Tangan dah makin penat menyusun alat memasak segala bagai tu, apesal tak habis2 aku susun ni.. padanlah, bendanya koleksi masak dari zaman kakak aku lagi, tahun 1990 punye edition, lame tak lamenye alat masak plastik ni, dah jadi turun-temurun ke adik2 la plak. Dalam hati takut jugak tengah2 memunggah tu …ceeeeket! Pintu depan bukak!takut mak dah balik. So, speed bertambah la, nak ajar adik main masak2 ni. (ceh, malu nak tunjuk kat mak yang kak ngah ni ada bakat jadi kakak mithali ..)

“ha..adik amik periuk ni, kita masak jagung ek,” sambil mulut tu buat la bunyi buka api, masak segala bagai. Dan adik pun mengikut je, melihat tangan ligat menyudip jagung kuning yang still kuning takde kesan hitam apabila ‘dimasak’ dalam periuk tu(dah namenye plastik…) “Ok! Dah siap masak! Okeh,kita amik pinggan, letak atas pinggan, tuang air dalam cawan ni pulak…syuuuuu(sound effect air ), ha, ni air adik…okeh, dah siap, boleh makan!”

Adik pun pegang la cawan dan buat2 la minum. Ngap2 makan jagung..tak habis pun jagung adik makan, ‘macam tak luak’! Lepas tu dia pulak nak try menunjukkan ‘bakat masak’ dia, maka ditirunye la ape yang diajar oleh kak Ngah nye sebentar tadi. Dia pun nak masak jagung jugak! Sekejap2, jagung tu terkeluar dari periuk tu. Tersengih dia memandang aku. Aku pun layan je la. Betapa comey senyumannya apabila memandang aku. Terbit perasaan puas dapat ajar adik pompuan bongsu aku ni masak..ye la , orang pompuan kene belajar masak! (padahal, K.Ngah waktu tu pun liat nak tolong mak masak kat dapur! tanak nasik pun malas!)

Tiba-tiba terdengar pintu depan terbukak..O ,O! mak dah balik! “ Adik! Cepat2 , kemas!” Laju tangan aku mencekup semua barang2 dapur tu masuk dalam plastik, ketung ketang ketung ketang! Apesal ntah takut sangat…last2 adik yang terpinga-pinga tengok kakak nye mengemas +takut bagai.

Jadi, malam tu, berakhir malam tu aje. tapi, Yes! Adik dah tau main masak2! Padahal time tu aku dah tak bape minat nak main sangat. Time dajah 4 adalah waktu aku sangat suka membaca novel kanak2 yang aku pinjam kat PSS SK Seri Ampang. Lepas2 tu, aku berasa bangga sebab adik dah makin membesar, dah tau ‘masak’ sambil ditemani kak Chik nye. Ok well done dear!
Mac 2010….
Selesai melipat telekung, ternampak Nabil, adik sepupuku yang sebaya dengan adik bersiap pakai baju melayu putih+sampin hijau tua, nak pergi sekolah agama tu. Heh, budak ni aku tak tau nak describe ape dah, habeh sume buku Biologi mak nye kat rumah tu habis dibaca agaknye.siap mak aku perli lagi,waktu aku Form 3, dia baru umur 6 tahun time tu,dengan memegang buku Biologi Ting. 4 terbitan Pelangi, “Nabil, kamu bacakan Sains untuk Kak Ngah ye? Dia tu malas nak buat ulang kaji…” eh, ke situ pulak mak ni…Fikiran ligat berputar lagi…eh? Budak ni nak UPSR taun ni! Same la ngan adik! Kalo Fawwaz SPM, Awa PMR, Adik…..?

Teringat akan hal itu…terus aku cakap ngan ayah.dengan penuh semangat di hati.

“Ayah, ayah! Ayah perasan tak? Kalo arwah adik ada , mesti sume adik2 periksa kan?”

Ayah pun balas, “haah, memang pun, kamu tak perasan ye?”

Aku tersengih macam kerang tak berapa busuk sambil menggaru-garu kepala yang tak ada kutu….

----------------------End-----------------------
P/s: I’d like to quote someone’s saying : “we’ll never miss the water till the drain comes dry”
Appreciate the person you love anytime,anywhere...
Wallahualam.

No comments: