assalamualaikum wbt
3 bulan yang lalu, saya telah berkesempatan bercuti di rumah. ye la, sebelum ni tak pernah dapat cuti selama ini. after spm pun dapat dalam 3 minggu je. jadi, tanpa membuang masa, saya dan keluarga telah pergi ke satu tempat yang saya rasa sangat best.
sebenarnya benda ni dah cerita dalam blog yang dulu. tapi just letak mane2 yang penting je. sebab tempat ni belum diwar-warkan sangat . bak kata mak, orang malaysia kalau g Langkawi taunye cari pinggan mangkuk, coklat, almaklumla pulau bebas cukai.
tu yang beriya sangat nak pegi...act g Langkawi ikut ayah kursus. ayah g kursus, kitorang g jenjalan. sian kat ayah. hehe.taper, ade rezki ley g lagi.
kami sekeluarga berpeluang menelusuri suatu tempat yang ala-ala kuala sepetang tu..
kawasan paya bakau..
ini first experience naik open boat dan pakai life jacket.
nak dijadikan cerita....
"ala...pegi tempat tu tak best lah..orang nak pegi naik keta kabel..."yang ini bebelan si anak-anak dara menengah rendah.
"nak mandi swimming pool dengan abang fawwaz!!!" yang ni pula suara-suara anak-anak lanang(the boys) tu...
yang ibu-ibu pun 'bertekak' dengan budak-budak ni...
"buat apa nak naik keta kabel?bukan ke dah naik dulu??"
buat dono pun ada..kuasa veto yang ada diaplikasikan...
muka empat belas ditarik...
saya? hentam sajalah labu! ikut aja! naik bot best ape! kita tara kesah punya olang...always happy go lucky...
oh,jadi tempat yang dituju ni namenye SG KILIM GEOFOREST PARK
tak tipu! sangat best ! nanti sesiapa nak pergi Langkawi, pergilah ke sini ye! 10 minit dari pekan Kuah. nice place. orang pun tak berapa ramai. tak ramai orang tau kot ..dengan memilih pakej 2 jam, 'pengembaraan bermula' naik bot berenjin , yang ada kite-kite je...dengan si kecik eddy dah terlentok.
mak sebagai cikgu bio cakap, inilah yang kome belajar dalam biology tu...nanti perhati betul2 jenis pokok2 bakau...tanya abang yang bawa bot tu kalau tak tahu apa2..em, biasalah , kebanyakan penumpang budak sekolah menengah. nanti dalam kelas takdela ternganga bila cikgu cakap pasal pokok bakau sebab dah dapat gambaran depan2 mata..kira lawatan sambil belajar la gitu...
heh3..bio...apabila hendak mempraktiskan perkara2 teori..otakku mula blur2...apa benda.. avicenia sp, bruguiera sp,...and so on, so on..sudah lupa..
Bot dah mula jalan...punya slow...tengok bot yang dah nak sampai balik ke jeti laju-laju je apakah halnya? tengok je la kiri kanan paya bakau...habitat pelbagai makhluk Allah..subhanallah...air nye cantik ..blue.....sejuk mata memandang..umph! sikit punya cantik tak ingat!
Perjalanan kami ini bukan setakat tengok dan lihat sahaja.ada beberapa aktiviti menarik menanti di depan. agaknya tu sebab abang driver tu bawak slow, nak bagi warm up dulu...
1. SANGKAR + IKAN SUMPIT
inilah tempat pertama bot berhenti,di kawasan sangkar di tengah-tengah laluan air tawar ini yang menempatkan beberapa makhluk marin seperti ikan sumpit, belangkas, ikan pari dll
*sebenarnya tujuan utama nak pergi sungai kilim ni sebab terkenal dan masyhur dengan "ikan sumpit" ni..dah pernah masuk liputan majalah 3 kalau tak silap
jangan salah faham..bukan orang yang sumpit ikan...tapi ikan tu yang sumpit makanan...memang terer la ikan tu..memang tepat kiraan dia..with the accurate angle..fuh! mantop!ikan ini sebenarnya memburu mangsa dengan cara sumpitan. tapi atas tujuan pertunjukan dan pelancongan agaknya orang tu cuit roti sikit dan lekat pada batang sangkar nak beri orang lihat dengan jelas bagaimana ikan itu menyumpit roti itu..rupa-rupanya ia hanya menyumpit dengan air saja, ayah cakap macam pistol air tu...memang best lah, mcm circus show je.
subhanallah, siapa lagi lah yang mengilhamkan ini kalau tidak Pemilik alam, Rabbul Jalil ini.. tidak mungkin ikan tersebut masa kecik2 mak dia hantar pegi sekolah suruh belajar sudut so that nanti kalau nak cari makanan boleh buat kiraan sudut dengan tepat.
Lantas saya teringat pada tugasan Basic Themes of al-Quran saya. kena buat book review buku Harun Yahya . "The Miracle of Spider" di mana dia nak hentam habis2 Evolutionist punye teori yang mengatakan ,'the universe was happened by coincidence' banyak la punye coincidence...memang best la buku tu, sebab cara dia boleh melopongkan mulut siapa2 saja yang rase alam ni terjadi secara kebetulan.credit to him! di samping itu terdapat juga belangkas, ikan pari yang sangat manja! boleh pulak kita nak usap-usap dia macam kuceng pulak..pegang belangkas....whoa...mesti cube, kalo tak menyesal seumur hidup..sangaaattt GELI!
2.HELANG
kami meneruskan perjalanan membelah sungai...ada restoran terapung, bot peribadi orang-orang yang mampu beli bot sendiri..dengan pemandangan bukit yang mempesona, burung-burung terbang tinggi..dan semakin memecut laju! sampai dah tak buleh buka mata! kami menghampiri muara sungai..dah nak sampai laut.
abang driver tiba2 buat satu skill macam orang main jetski...ngeng.ngeng,ngeng, menderum enjin bot, siap buat lipat lagi..apa pasalkah?
shhhh....sunyi seketika..datang entah berapa puak, berapa keturunan, keluarga helang dari udara dengan me'landing'kan kaki mereka ke permukaan air... ohh..ni nak tunjuk 'bagi helang makan'..yang orang tu buat2 bunyi bot tu nak tarik perhatian si helang2 itu..sebelum tu orang tu dah campak kulit-kulit ayam ke dalam air.. memang banyak! takut pun ada! ye la helang kan karnivor...punya cantik skil, ala2 kapal terbang landing..cet, memang kapal terbang tu pun, hatta airbus pun memang terilham dari burung..teringat pulak surah ar-Rahman cakap pasal burung-burung yang ada kat depan mata ni. tempat Langkawi ni pun dengarnya dapat dari nama burung ini..jadi helang ini simbolik la kira..banyak sangat... lama la juga...show ini berlangsung lebih kurang 5 minit...
3. LAUT
abang bot terus memacu bot menuju ke Laut Andaman..memang betul-betul tengah laut tuh! seram jugak..kat dalam air ni ntah ada apa...tapi air nye biru dan jernih....subhanallah...dengan pemandangan laut yang sangat luar merentasi horizon tanpa batasan (yela bumi ni kan sfera).
tiba2 abang tu tunjuk satu pulau
"itu Pulau Kasut namanya.."
sebab dari jauh memang rupa macam kasut gergasi.
*tapi sebelah lagi tader la...mr Giant da bwk lari kot....
4. GUA KELAWAR
bot kini bergerak dengan sangat laju! sampai berhenti kat 2nd last destination, Gua Kelawar
ada kelawar la kan. masuk gua kelawar tu...Mr Bat tengah tidur rupa-rupanya. mane boleh kacau
dah dekat sejam lebih ni, bagai nak patah kaki dibuatnya.
5. MONYET
bot berhenti kat tebing yang penuh dengan monyet! punya! macam-macam gaya ada... banyak betul, yang sumbing, yang kurus, yang gemuk , yang dalam 'pantang' pun ada duk kendong anak. pengunjung yang datang menyuakan makanan, dengan tangan yang cute tu si monyet ni amik la..tapi takde la deme nak ucap 'thank u sir or ma'am' . mau terbalik orang dalam bot kalau si genit-genit itu buat begitu..
orang2 yang dalam bot seme berteriak..eeee comeynye..comeynye...
yang menarik dan agak touching...si ibu tunggal yang dalam pantang ni sanggup berenang ke arah bot kami untuk mengambil makanan yang disua..alahai...demi anak kau rela berkorban...memang itulah namenye ibu...jangan jadi macam, 'kera di hutan disusukan, anak di rumah dibiarkan.' ek? ada kena-mengenakah?? kasian tengok anak dia yang berpaut kat belakang dia tenggelam timbul semasa si ibu berenang.
bila dah sampai tebing balik , berlaku lah adegan rampasan makanan, boleh pulak ada satu samseng monyet neh, ambik makanan yang ada kat ibu yang dalam pantang ni...isy isy isy...udahlah samseng tu paling gemuk dalam kumpulan monyet tu, tamak pulak tu..dah amik kat kita, kat ibu tunggal tu pun dirampas makanannya..aduhai...
kami yang berada dalam bot ni sampai ke sudah menyumpah-seranah si samseng tu.."udah la gemuk! sumbing pulak tu! tamak haloba! bla bla bla...."
Akhirnya sampailah semula ke jeti..selepas 2 jam yang bermakna, rasa macam nak naik lagi, syukur dapat berasa dekat dengan alam ciptaan Ilahi, membuatkan jiwa rasa insaf dan bermuhasabah melihat dan menikmati betapa hebatnya Pencipta Agung ini dan membebaskan diri seketika daripada 'the big bad world' yang mana manusia dah melakukan pelbagai kefasadan di dalamnya sedangkan kita tidak tahu bila waktunya pengakhiran usia kita. Alhamdulillah, walaupun sedih jugak sebab tak dapat nak concentrate sangat menikmati paya bakau ni sebab jadi photographer tak bertauliah..still, i got chance to spend my time with my family. that was the most precious n important thing for me.syukur!
*nampaknye gagal untuk mengupload gambar2 yang berkaitan...berimaginasilah sendiri..harap maaf.

No comments:
Post a Comment