Friday, June 25, 2010

Catatan Ekspedisi

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dapat jugak I nak 'menampal' benda ni. sebenarnya dah lama tersimpan, baru hari ni dapat post. Ini hanya untuk perkongsian pengalaman je. Have a nice reading!

******

Please note before you read: catatan ini panjang.

I baru sahaja pulang dari Selangor, mengikuti satu ekspedisi mendaki Gunung Nuang di Ulu Langat yang julung-julung kalinya I pergi, sebelum ni tak pernah la pulak nak join mana2 aktiviti yang bagiku agak ekstrem. Setelah hati ni memberontak sekian lama meminta ‘diisikan’ satu aktiviti yang bisa menjadikan I’m-back-to-be-a-human-again, tanpa rasa ragu2, I terus memenuhi jemputan cik Aisyah untuk menyertai program ini (beliau orang kuat kedua penganjur program ini). Yela, ate nye, teman udoh rase macam bukan orang, sebab ada 1 quote ni cakap, “a human is created to move”, bukan duk bersantai, melangut, termenung 24 jam je kan. Otak pun rasa berserabut tengok macam2 agenda keduniaan+hiruk-pikuk donia+entertainment yang melampau di media and what so ever lagi. After 3 weeks being at home, this is the first week yang rase terisi sebab journey 4 hari telah memahat satu memori buat I yang takkan boleh dilupa.What I can tell about this ‘xpdc’: best gile ‘macam nak mati’(sorry bahasa kasar sikit…) So, tu sebab la I nak wat ala-ala catatan kembara kan and share something, gosip2 sikit, story2 sikit.heh.

*****

Selasa, 1 Jun 2010.

Keputusan untuk pergi XPDC dibuat last minute,sebab rasa macam tak berminat walaupun telah diajak oleh Andah. Tapi bila tengok satu poster menarik dari blog junior, macam terbuka pulak pintu hati ni, hati tu rasa membuak2 nak pergi. Tambahan pula, mak+ayah bagi kebenaran dengan ‘sporting’nya, takut gak kalau mereka tidak membenarkan(quite surprising gak la..). tengahari itu, mak hantar I di stesen bas, beli tiket time tu jugak. Survey punya survey, yang paling dekat untuk ke Kuang adalah dengan menaiki bas ke Tanjung Malim. Maka, bermulalah episode mengenang nostalgia lama cik Nab. Ei, I used to go to Tg. Malim with bas ekspress Seri Maju-kaler-biru nak balik Ipoh ye; route Ipoh-Bidor-Tg.Malim. Hai, memorable betul, dulu, ONE was the one yang begitu bersemangat mencarikan bas apa dan bagaimana untuk pulang ke Ipoh dari KKB. Last2 bile One fly, kitorang orang Peghok yang masih berbaki meneruskan tradisi balik Ipoh naik Seri Maju. Dari Tg Malim, I teruskan perjalanan ke Rawang naik Metrobus, maka, cik Nab tenggelam lagi dalam memori silam suka duka,heh, menelusuri jalan Tg. Malim-KKB, very nostalgic..Keliang,Kalumpang, last2 bas tu berhenti kejap kat KKB. Aiseh…ada pau sambal la..tapi I tak berani nak turun sebab takut kene tinggal. Sampai Rawang, I terus pergi stesen komuter Rawang untuk ke Sg. Buloh. Finally, Andah fetched me there. Malam tu, re-check barang-barang yang perlu dibawa dan I tolong Andah kemas, arrange barang2 yang patut. Dengan roti, sardine, periuk, cerek, belerang, tali, jagung dsb.

*****

Rabu, 2 Jun 2010.

Pagi itu, kami berdua menuju ke KL Sentral untuk mengambil peserta2 lain. I difahamkan hanya 13 orang je yang akan mengikuti xpdc ni. Tak ramai sebab mostly ada kelas, so, tak dapat join. Patutnya xpdc ni nak buat hujung minggu, tapi tak boleh sebab weekend ramai orang kat tempat tu. Jadi, among yang join tu memang macam I la, tengah bercuti, ade yang tengah tunggu nak fly g US, ade yang balik dari US bercuti, ada yang tengah tunggu nak masuk degree and tak semua I kenal pun. So, di sinilah peluang untuk I meluaskan jaringan social I sebelum I berubah menjadi kera sumbang sebab dah lama sangat terperap di rumah.huhu.

Perjalanan ke Ulu Langat selama 1 jam lebih dan akhirnya kami semua berkumpul di Balai Polis Bt 18 Ulu Langat untuk menyerahkan nama peserta. Ini biasa dilakukan sebelum mula masuk hutan @memanjat gunung. Kesemuanya ada 3 buah kereta, 13 orang peserta. Kami bersarapan dulu di pekan sekitar tu, tapi disebabkan ada beberapa insiden yang berlaku, I dan Andah sempat ngap coklat je, tapi naseb baik dah makan bihun pagi tu. 12pm, tiba di kaki Gunung Nuang. Hari tu, I ade meng’google’ pasal gunung ni, ia biasa dijadikan tempat latihan para pendaki before mendaki G.Kinabalu atau G.Tahan. Memang dah biasa orang naik la tempat ni, dah ada trek . So, tanggapan pertama yang muncul di benak fikiran I, ‘ok la tu..boleh kot ni..’ sebelum bermula, ade sedikit taklimat diberikan oleh Mr. President APIS, Fakhrul , and ada warm up, doa, dan pengagihan barang2 camping untuk dibawa. There are 6 bros & 7 sisters. Sebelum kaki melangkah, snap gambar depan pintu pagar kat situ, ada papan tandaàGunung Nuang, dengan ketinggian 1498 meter, oh, rupenye gunung tertinggi di Selangor.

di kaki gunung, taklimat.
barang masing-masing dan makanan dll sebelum diagihkan

ok, angkat barang sendiri dan barang yang diagihkan!

op, op! tangkap gambo dulu kat pintu masuk

mula melangkahdah mula mendaki...tapi ni belum kire cerun lagi... cameraman tu, sekejap kat depan sekejap kat belakang...
jagoan yang kene angkat barang yang berat..

andah: qayyi, ni phylum ape??
qayyi: er...yang coniferophyta tu kot....


pelbagai spesies pokok di kiri kanan

10 minit pertama berjalan, memang dah pancit & dahaga. Lagi dahsyat daripada laluan merentas desa time kat sekolah dulu. Orang tak biasa berjalan n beraktiviti secara sihat macam I ni, begitulah jadiknye. Laluan nya mostly berbatu, berbukit tapi tak cerun, agak lebar, dan bertanah merah. Kelihatan ade pondok tempat untuk hilangkan lelah. I la yang selalu cepat penat, sebab badan ‘comel’ sangat and fitness level pun…..dot,dot,dot..huhu. memanjat bukit, menurun bukit, dan ada kala sedang berjalan tu, terjumpa dengan anak2 orang asli, subhanallah, cool betul diorang, siap pakai baju kurung lagi, ada yang mengendong anak. Then, Nampak la ada rumah yang dibina daripada buluh. Rumah mereka la tu. Mula2 berjalan, I boleh nak bercakap, bersembang,dengan kawan2 team ni, tapi, selepas sejam setengah, dah absolutely penat, letih, asyik nak minum air (padahal diorang duk pesan, jangan minum air banyak sangat, nanti cepat pancit..), dah rupe Sadig Sigaraga cakap, “Haih, mintak nyawa….mintak nyawa….!” Tak larat nak bercakap! Sebab oksigen sangat2 diperlukan. Destinasi yang dituju adalah Kem Lolo, kem pertama sebelum mendaki dan dijangka sampai selepas 2 jam perjalanan. Atas beberapa masalah tertentu,lepas 2 ½ -3jam berjalan baru kami tiba di satu camp site ni, betul2 tepi sungai. So, we expected that was LOLO Camp and decided to stay there for that night. Time tu dah dekat pukul 4 pun.


rehat sebentar...ni entah pondok yang ke berapa dah ni...

semangat, semangat, semangat!



Subhanallah...

Setelah solat jama’ qasar, kami adjust barang2, prepared for lunch, pasang khemah dan lain2. Dan yang paling nikmat adalah bila dapat minum air sungai yang FRESH & DINGIN!! Alhamdulillah…then at that moment, the brothers pergi tinjau2 kawasan, ambil batang2 buloh, kayu api nak buat unggun api. Ada satu benda baru yang I jumpe, gamaknya ada di kalangan bro ni terer wat gajet2 ni, ada la satu benda unik(bagi I la…)diorang wat dengan buluh. Sisters nak masak nasik, so the brothers invented senduk and penyepit daripada buluh. Betul2 cara macam orang survive la…

Malam, selepas solat maghrib-isya’ berjemaah, we prepared for dinner, and you know what, kami buat BBQ sosej and jagung dengan bekalan arang yang sangat sikit, tapi still sedap sebab Andah siap bawak marjerin lagi..(last2 marjerin tu kene bawak lari dengan tikus hutan…kot…sebab sampai ke sudah tak jumpe…kelakar..). dah kenyang, kami duduk dalam bulatan, still…unggun api gagal dinyalakan, nasib baik ada minyak tanah, the bros buat macam lampu pelita guna buluh. Then, Fakhrul ajak kami berqasidah ramai2. Around 11pm, semua orang tidur kepenatan bersama beberapa orang bros yang berjaga malam.

to be continued....

Dah panjang sangat I cerita kan. takat ni dulu, pi layan gambar2 kat bawah lak. lepas ni nak rehat, sebab cite esok paginye lagi mencabar...ha, tu la kome...ku sangka panas sampai ke petang, rupenye hujan di tengahari...da~


akak orang asli tengah turun...

the road that should be taken
jauh lagi ke ni???
dah jumpa sungai...
gluk, gluk, gluk, air sungai yg cool n fresh!

duk pasang khemah
unggun api tak ley nyala, last2 gune tin buat macam pelita..nasib ada minyak tanah
kagum betul dengan rekaan senduk daripada buluh...betul2 ho liau!

wassalam


No comments: