Wednesday, June 30, 2010

bila nak habis ni??


Assalamualaikum wbt...

Teman nak sambung cerita ekspedisi teman hari tu, cerita hari ke-2. Kali ni gambo tak ada. Kalau teman rajin, teman upload lain kali je le. sebab internet kurang bagus di kala ini. :D

3 Jun 2010, Khamis.

7.30 pagi- kami bersiap-siap meninggalkan kem untuk memulakan pendakian ke puncak Gunung Nuang. Kali ini kami hanya membawa diri masing-masing bersama bekalan makanan & minuman. Dan ada 2 orang muslimin daripada team kami stay di camp site untuk menjaga barang-barang sepeninggalan pemergian kami. Kalau ikutkan laluan nya, atas lagi ada Kem Pacat about sejam dari Kem Lolo, kemudian dari kem Pacat ke puncak Pengasih 2 jam lagi.

Kami pun mulakan perjalanan. Sungguh lah! Laluan nye kali ni betul2 mencabar, tak macam jalan semalam. Yang semalam tu, at least pajero buley masuk lagi, tapi kali ini jalan nya begitu sempit, licin , berbatu, curam dsb. Bak kata pegawai perhutanan yang kami jumpa tengah jalan semalam, “cium lutut tu….” Bukan setakat cium lutut, ni dah nak dekat cium peha bila memanjat tu. About 30 minutes berjalan, kami jumpa satu lagi camp site yang bertulis, “KEM LOLO”. Oh oh oh! Rupa nya camp site yg kami duk tidur semalam tu tak sampai Lolo lagi la sebenarnye. Kami meneruskan perjalanan…panjat, panjat, laluan tanah kaler oren yang licin, sempit, akar berselirat, memanjat , memegang batu yang tinggiii, merentas batang kayu yang tumbang, yang kecik , yang besar sepemeluk, dan lama kelamaan memang betul-betul tak cukup nafas! Tapi, I rasa, much better daripada berjalan yang semalam tu, sebab tak rasa dahaga sangat, tapi perlukan rehat sekejap2 sebab tak cukup nafas. Memang dalam 10 minit panjat, mesti mau berenti. Bile I berjalan tu, I mesti tengok tanah je..sebab I selalu kat belakang, tak sanggup nak mendongak tengok kawan2 yang kat depan I ..kene tengok mendongak macam nak tengok langit tu , cube bayangkan. . memang orang kate mencanak naik….memang dahsat, dahsat.

That moment, memang dalam hati cakap, menyesalnye pergi ekspedisi..….haha, sebab badan tak fit, penat, leceh, kan bagus duk rumah je bla, bla, bla. Tapi NAK TAK NAK, must be go on! Kite dah bergerak dalam 1 team, dah berjalan berjam-jam, takkan nak turun macam tu je…tu je la yang I pikir, betul2 menduga emosi, perasaan, fizikal, and also spiritual. Time tu la terase kerdilnye diri…baru panjat gunung, salah satu daripada jutaan gunung yang ALLAH cipta kat atas muka bumi ni, dah rase penat dan sebagainya, manusia itu memang diciptakan lemah sebenarnya..tapi still nak meninggi diri, berlagak bagus, perasan macam diri tu hebat sangaaat!!! Eh, orang asli lagi bagus tau! Diorang duk kat dalam kawasan yang jauh dari unsur2 materialistik…respect la kat depa ni!

After 3 hours-dalam 10.30 am, tiba di kem pacat..ada satu kawasan lapang di situ and dah start berasa dingin2 sikit sebab dah makin tinggi kan. nothing’s there. Padahal time tu satu je yang I nakà ayor wei..dahaga. lepas rehat2 sikit, we continued climbing to the puncak pengasih. Most of us memang dah penat tahap gaban la. Kalau nak tau, kami ada 4 muslimin & 7 muslimat, memang I la yang paling cepat pancit. Tapi dah duk dalam 1 team ni, macam2 la semangat depa bagi. Memang rase bersemangat la tengok the other muslimat berkobar2 nak meneruskan pendakian sampai kat puncak, I sendiri pun rase macam dah hilang penat sikit bile tengok depa yang duk lead kami. Mencabar minda kan, sebab memang kene banyak pikir positif..orang yang kat depan tak putus semangat cakap, “ha….nak sampai dah, nak sampai dah..sikit je lagi….” Psikologi je tu….tapi memang membantu I yang dah lembik macam roti ni…huhu

At last, about 1 pm, kami tiba di puncak pengasih, Alhamdulillah. Oh tidak! Tak ada sumber air rupenye di situ. Dalam pendakian tadi, sekali-sekala ada coverage, Andah call pakcik pegawai , Tanya ada air tak kat atas, rupenye air hanya ada kat kem pacat yang sudah 3 jam lebih kami tinggalkan tadi. Sepatutnya ada lagi satu puncak tapi kami tak pegi, sebab air dah takde, perut pun dah lapar, jadi nye kami menghadap bekalan sarapan @ ‘brunch’ kami di puncak itu tanpa air.. tapi, angin yang dingin membuatkan I kurang sikit rase dahaga. Roti dan sardine dalam tin, tu la dia yang kami pelahap. Selepas bergambar sekeping dua, cek-cek badan kot ada yang tumpang tanpa kaki kat badan(pacat ye…), taruk minyak angin bagai, dalam 30 minit ada kat puncak , kami sambung balik untuk turun pulak. Uihhh…ada la lagi dalam 5 jam. Tapi kali ni I betul2 bersemangat…sebab nyaà NAK BALIK!!!! Tu je yang ada dalam kepala otak masa tu. And It seem much better sebab kite dah tau bentuk jalan macam mane. Then, kene pandai pilih tempat untuk berpijak. Silap pijak, buleh jatuh tergulen-gulen…. Boleh tahan jugak time turun ni. Cerun memang cerun. Dan yang menambahkan kekeruhan keadaan apabila tapak kasut saya sudah tercabut dan membuatkan saye banyak kali tergelincir dan terduduk. Last2 tapak tu diikat dengan tali, jalan dengan tongkat depa duk bagi.

Jadi,bile dah turun, kedinginan makin kurang, tak macam masa naik tadi. Pokok-pokok renek pun dah tak sebanyak seperti di atas. Ha, time turun ni memang semua orang laju je, semua rapat2, memang susah nak dengar I or sape2 mintak benti suruh rehat. Sebab semua dah aim nak balik, nak air, nak mandi, dan segala nak… dalam sejam setengah bejalan, Alhamdulillah, sampai kat kem Pacat tadi. Kami rehat di situ. Dan semua tercari2 di mana sumber air yang pegawai tu bagitau Andah tadi. Last2 dua brothers gi volunteer cari. The rest berehat di situ bersama pacat-pacat ( ye la, name pun kem pacat). Agak lama menunggu mereka berdua, sampai dekat 40 minit, rupe2 nye memang ada sungai pun kat situ tapi jauh sikit sampai deme kene ikut laluan babi, tu yang ter’lame’ tu..Alhamdulillah, terase seperti hidup semula bile dah minum air tu. Padahal perjalanan berbaki lebih kurang 2 jam.. so, we move on. Tapak kasut makin nazak apabila sebelah tapak lagi telah mengikut jejak kawan sepatunya itu…adoyai….tapi kami tetap Turun, turun dan turun. Makin semangat. Malah rase girang di hati makin terase bile deria pendengaran ni dapat mengesan bunyi yang biase didengar bile kite lalu tepi sungai, makin lame makin dekat dan dekat…pohonan buluh juga makin banyak. At last, sampai jugak dekat kem Lolo…bertambah excited untuk teruskan perjalanan. Setelah dalam setengah jam, kami tiba di khemah. Jam 6 petang….sungguh, bak kata andah, patella ni dah nak tercabut….tapi tengok2 hanya ada khemah dan barang2 kami. 2 org yg tak naik itu sudah tiada.

Fakhrul mengarahkan kami untuk kemas diri n barang masing2 sebab kite kene balik malam tu jugak. Sebab makanan pun dah habeh n banyak lagi urusan perlu dikejar.

About 1 hour mandi, solat, and packing barang serta khemah, kami mula meninggalkan tapak perkhemahan. Heh, jangan tak tau…jauh lagi perjalanan nak turun gunung ni…n the point was, at that time dah pukul 7 malam!! 2 jam lagi wei nak bejalan..tadi dah dekat 10 jam panjat turun gunung, ni pulak nak berjalan dalam gelap2 lagi…cobaaaaannn….Suasana sekeliling makin sunyi dan menggerunkan. Makin lame makin gelap..risau pulak kalau tibe2 tersapa pak belang. Dan yang amat dahsyat teramat, I turun pakai selipar je…kasut dah selamat ditinggalkan kat atas nun. Ha, plus, dengan barang2 yang semestinya berat even makanan2 dah habeh…sejam pertama bley Nampak jalan lagi..dengar suara orang mengaji, bertahlil, sebab malam tu malam jumaat, dari surau berhampiran, taktau kat mane, tapi boleh dengar. Semua, jalan cepat je…sebab nak balik, nak balik, nak tido! Penat! Sejam yang kedua, dah gelap, tak Nampak ape, hanya bergantung pada torch light, tu pun tak semua ada. That time, bro ade 4 org, sisters 7 org. seme senyaap je, melayan perasaan keletihan dan sakit kaki kot.. jalan macam bese, sisters kene tengah-tengah, 2 bro dpan, 2 bro belakang. I sisters yg paling belakang…tak habeh2 2 bros belakang I ni ngok-ngek ngok- ngek bersembang segala bagai, pelik beno tengok deme ni, idak ke mengah tengah berjalan gelap2 ni boley pulak nak bersembang.. 30 minit terakhir sebelum smpai kaki gunung, kami terjumpa kembali dengan 2 org yang tak naik tadi dan telah meninggalkan camp site terlebih dahulu untuk meminta pertolongan orang sebab kami tak balik2 dari puncak gunung setelah 10 jam tak muncul2 di campsite siang tadi. Rupe2 nye waktu deme turun dah takde org, so, deme plan sendiri nak tolong kami yang ade barang berat2 ni. Jadinye mereka pun tolong la sebarang dua. Dan Alhamdulillah, tiba lah kami bertiga belas di kaki gunung pada 9.15malam. rase seronok tak terkata la ketika itu. Maka, perut semua telah berkeroncong, kami makan2 dulu di kedai makan di sekitar Ulu Langat itu.

Maka, tamat lah ekspedisi yang dianjurkan oleh APIS. Sebarang penganjuran outdoor activities lepas ni taubat la I nak join dah…;p. malam tu, lepas hantar kengkawan Taylors yang duk kat Subang (ui…student Taylors duk kat apartmen ke kondo ntah…jakun sekejap), me n andah balik ke rumah di Kuang, dekat kul 1 am jugak la…dahsat2..balik2 tu,Andah n I tak habeh2 cakap, dahsat la, giler la panjat gunung…yada, yada, yada…terlalu impressed dengan kerja 'luar biasa' kitorang dua hari tu...

4 Jun 2010 (Jumaat)

Terasa sengal di seluruh tubuh pada pagi tersebut. I pack2 barang, at 9.30am I took KTM from Sg Buloh to go back to Ipoh. Nasib baik dah basuh baju siap2 kat rumah Andah malam tadi. Memang satu pengalaman yang menarik.

Kalau kome nak merase, jangan malu2 untuk mencuba. Tapi stamina mesti kuat, badan mesti fit. Jangan jadi macam saye, nak panjat gunung tertinggi Selangor tak da apa2 preparation fizikal pun, main redah je…orang muda, darah muda bak kate orang, suka hati dia je nak buat ape, tak pikir panjang....nasib tak jadi ape2. syukur sangat2..Banyak jugak dapat moral value masa xpdc ni. Salah satunya, pasal semangat setiakawan dan juga ukhwah. Dalam dunia ni, kita tak boleh bersendirian, mesti kene bergantung pada orang lain juga. Lagi satu yang I rasa best sebab berjumpa dengan kawan2 yang bukan sebidang dengan kita, kalau sebelum ni, berkawan dengan org2 Bio, bidang kesihatan dsb, yang kali ni, I jumpa dengan orang2 political science, sains social, so ,sempat la sembang2 time makan, banyak jugak benda baru yang I dapat. Alhamdulillah, betullah kate orang, jauh perjalanan, luas pengetahuan. Berkawan biar seribu, berkasih biar satu, bermusuh jangan sekali. Wassalam.



3 comments:

atiqahdahalan said...

i bace ni je terus taubat tak mo pegi.
no wonder my momn dad asik tak bagi je join camping2 ni.memang susah rupenye

QN said...

though it's really hard, i enjoyed it! but only once in a lifetime!!!

Muzakkir Al-Hafiz said...

Laluan 'babi' itu bukan semudah bicara je....
sgt sukar dgn kecerunan yg melampau...jd tidak salah la mengambil masa 40 minit pon..kerana sgt bersusahan tp rasa sekejap jer...tbe2 dh 40 minit...hu3~

wktu mghrib seeloknya x byk ckp, tp dr bosan jalan senyap2 bek de suara sket...walopon baihaqi dan hafiy ada 'cerita' mereka tersendiri pd wktu itu =)