Friday, December 31, 2010

Yang terakhir.

Assalamualaikum wbt

Betullah kata pepatah, sekali air bah, sekali pantai berubah, manusia pun cepat je berubah hati kan. Tatkala mendengar perkhabaran yang tak disangka-sangka bahwasanya jumaat cuti, maka secepat kilat hati terus berubah mahu pulang ke rumah. Asalnya memang mahu pulang, tapi tibe2 rase tak jadi sebab rasa tak berbaloi mahu pulang 1 hari setengah lebih kurang. Tapi dah dapat ‘cuti segera’ ni, terus pi amik tiket. Dah tak boleh tahan dah sebab hati saya dah tertinggal kat Ipoh. Kene balik cepat sebelum diri ni ‘sakit-melarat-tak-tentu-pasal’. Dramatik betul! Haah, memang betul pun. Maka tidaklah namanya saya pulang ke rumah kalau tidak diduga dengan dugaan yang betul2 mencabar emosi dan menyiat2 perasaan. Dipendekkan cerita, bas jalan pukul 6.30 ptg dan sampai pukul 5am. Lebih teruk drpd masa balik untuk raya haji. Then, let the rest to be a history.

It is almost to the end of 2010. Tahun yang telah menyumbang kepada banyak perkara baik segi menambahkan ilmu, pengalaman serta meningkatkan kematangan. Ada kata, those who are not learn from history will repeat the same mistake. Ye ke? Saya tak deny benda ni. Sama ada makin jadi baik atau makin buruk perangai kah? Hanya hati yang mampu menjawab. Saya mencemburui diri saya yg dulu, sebab dulu umur tak setua skrg, dosa tak selambak di waktu sekarang. Oh, padanlah kalo tengok muka budak2 memang nmpk innocent. Sebab tak expose dengan banyak anasir2 negatif, so tak banyak benda salah diorang buat.

Tak sedar umur dah makin meningkat, adakah masih lagi panjang angan2 ? rasa macam hidup tu lama lagi ke? Ada orang penah tanya saye, kamu ni still lagi panjang angan2 ke? Saya bingung..dia kata lagi, cube cek balik solat tu, contoh kalo solat zohor, awak boleh jamin ke awak akan berdiri lagi untuk solat zuhur pada esok hari nye? Kalo awak rase yakin, maknenye awak still panjang angan2..=_=

Oh ye, sebab nak balik yang membuak2 kali ni sebab nak jumpe deme bedua . Sorang baru dapat tau result pmr, sorang lagi tengah menganggur. Baguih la dua2 ade kat rumah, tambah2 nak menengok budak tu masuk sekolah balik. Dua orang ni je la yg ade untuk saya nasihatkan, tegur2kan, tangan2kan, mane ade sape lagi dah nak tengok2kan sebagai kakak yg tak berapa nak tua. Tambah2 time umur tengah meningkat remaja, I feel like there is ‘me’ dalam diri depa. Macam mane depa, macam tu la saya yang dulu. Nak nasehat pun payah, sebab penah rase ‘zaman’ tu. Eleh, zaman remaja kan asik nak enjoy je. Banyak sangat influence yang tak elok..memang risau semacam je ngan deme nih. Skrg saya ni tahap belia kot, dah matang sikit. Anger pun dah reti la nak control skit2. Saya rase saye perlu jadi kawan depa, support ape yg deme buat. Nak marah2 pun tak gune, sebab telinga deme dah tebal dengar saya bebel n marah2 time depa kecik. Kan dulu saye ni kaki bully T_T .Oh maknenye azam tahun baru kene tambah la ni; jadi kakak yang baik. Er… ape2 je la. Tapi nak manjakan sangat pun tak boleh. Tak boleh! Nanti mula la naik minyak. Haish! Ni pun dah pandai nak mintak macam2…fenin2.

All in all, dah banyak benda la jadi 2010 ni, expected and unexpected. Disebabkan orang yang saya kenal keliling saye, saya rase macam dah makin matang, rase lebih menghargai family, kenal baik dan buruk, amik pengajaran daripada cerita orang lain, dan cerita diri sendiri. Biar semuanye tersimpan dalam kenangan & kotak memori. It’s not about the past, it’s about what you get from the past.

Hah, baru ingat, saya suke sangat dengan 1 quote ni, tapi disebabkan bookmark yg ade quotation tu ilang jadi saya tak boleh nak ingat. Tibe2 jumpa balik kat rumah. Ni dia:

“Usah selalu melihat pelangi dan merasakannya sentiasa berada di atas kepala orang lain, tidak pernah di atas kepala sendiri. Sebenarnya pelangi itu tidak pernah berada di atas kepala sesiapa. Usah menyangka semua yang dimiliki orang itu membahagiakan dan tuah baginya. Kadang-kadang ia datang bersama pakej berbentuk derita , hanya derita itu belum terserlah nampak. Oleh itu, sentiasalah berterima kasih atas setiap pemberian Allah swt” ^_^

p/s: Hati, jom kite balik kuantan ye, takmau tetinggal lagi tau!

p/s: Dah tibe mase nak approach ‘dia’ sblm terlambat, umur dah makin mningkat oi.

Wallahua’lam. Wassalam.

No comments: