Assalamualaikum wbt.
Tajuk kat atas agak tak boleh blah.. apa barang bilik yang sekangkang kera 2 ko nak wat better place? Apa barang ko cakap? Bilik tu la tempat yang ko duduk hamper 24jam sehari. Blum time weekends lagi, sure2 duk kat bilik, memerap. Ops sila jangan buruk sangka, saya tak tido 24 jam hujung minggu ye.(bunyi macam berlagak je...)
Apa kes tulis macam takde hala ni? Saje je la. Nampaknya macam membuang masa lagi. Tapi nak tulis juga. Ye pembaca2 budiman sekalian, saya menulis untuk orang baca. Kalau tak ada orang nak baca, saya yang akan baca balik, supaya saya ingat apa yang saya tulis tu peringatan untuk diri saya juga.
Baiklah, mengapa kita perlu buat bilik kita ‘as a better place to live?’ ya , saya rasa semua orang dah tau. Sebab kawasan empat dinding itu telah termaktub sebagai tempat kita, jadi ‘la budda’ kita kena kemas dan hias ikut suke hati kita, tak kira sama ada bilik di rumah atau pun bilik di hostel. Kalau bukan kita yang kemas siapa lagi? Nak harap jiran anda? Terima kasih sajalah cik ramlee, lain kali aja ya! Bak kata cik normah si tuan rumah.
Tambah2 bile nak exam la kan. Jadi, saya nak bercakap tentang bilik seorang pelajar . Since me myself still a student. Jadi di ambang peperiksaan ni la, kita kene rajin nak kasi touch-up bilik ni, supaya otak tu tak serabut tengok bilik. tak yah heavy2, simple2 sudey asalkan sedap mata memandang. dah la kepala dah sarat dengan segala benda nak hafal, balik bilik tengok2 mak aih, ni bilik ke kedai runcit ni? Tapi ada setengah orang tu, time exam la, segala benda tak pernahnye menyempat. Tu jenis yang tak bape nak kisah. Tapi saya ni jenis berkisah kot , kalau tak ,takde la nak cakap pasal ni tengah2 malam ni kan. tapi saya telah menobatkan diri sy sbg secret admirer kpd miss NH ,seorg ya super duper bizi, tp still brg2 dy teratur je..jeles2...jadi macam dia ok.
Perkara pertama yang anda perlu lakukan setelah bangun tidur adalah membuka tingkap dengan tujuan memberi laluan kepada udara segar menyapa bilik anda demi memberi nafas baru dalam hari-hari anda,ecece… apatah lagi pagi2 udara memang fresh. Ikat langsir anda supaya kita dapat bezakan antara waktu siang dan waktu malam. Ate kome, idok ke kome rase bilik tu berkuap tak bukak tingkap and langsir ? nak-nak kalau bilik tu kecik. So, bile bukak tingkap and langsir, boley tengok pokok2 hijau kat luar, sihatkan mata tau! Tengok langit biru yang tenang tak berawan, matahari dah mula start terbit…tidakkah semua itu indah belaka?
Selepas itu, pastikan bilik itu sentiasa bersapu supaya tiada jejak-jejak habuk dua-tiga inci dikesan di sekitar bilik anda. Kalau berhabuk, senang dapat penyakit tau! Bersin2, batuk2 , tambah2 orang yang alergik habuk, ade habuk skit, bersin , running nose, bla2…terganggu lak bile nak stadi bile hidung tu dah berair…don’t try this at home ye! i mean, jangan kasi lantai berhabuk! Kalau sibuk mane pun, seminggu sekali at least. bertuahnya rumet2 ku kerana ada sorang volunteer tu sapu bilik tiap minggu, maklumlah I ni sebilik dengan orang vbp(very busy person) Kelas gitu..(apesal menggedik ni..it doesn’t make sense langsung!)
Lepas tu, susun2 buku2 and notes yang bertaburan di atas meja. Nanti mula la, note ni ilang, buku ni tak jumpa,kad matrik terselit mane2.dah tak ley kuar duit nak outing. Tapi seingat saya tak pernah kot gitu. Hu2.kalau rase dah boring tengok susunan buku tu macam tu, kite ubah macam ni lak! Cadar lak, tukar sokmo! Jangan la satu semester satu cadar! Habis la gatal badan tu, banyak hama! Then bakul sampah kene selalu dibuang isinya, supaya tiada semut2 membina koloni di bilik anda.
Almari baju lagi satu…sila update selalu, jangan dok longgok2 tak berlipat, mak saya cukup tak suke kalau anak2 daranya, longgok2 baju tak berlipat, nanti kedut, susah nak gosok. Jadi, kalu maleh bebeno, sila hanger kan baju2 anda. Baju2 kotor yang terkumpul seminggu@dua minggu@sbulan, sila basuh.kalau takmau buat senaman tangan , sila sediakn duit 5 kupang banyak2 suruh mesin basuh berkhidmat untuk anda. Tak susah kan.
Pendek kata, benda2 ni simple je nak wat, kalau kita tak meliatkan diri kita untuk melakukannya. Alahai, tambah2 jika anda seorang perempuan. Ape, takmau kahwin ke nnt? Seme benda ni kene buat ye tak? RUMAH lagi tu…nak-nak yang rumah wat atas tanah sendiri ada sepuluh bilik! actually i dah berangan nak beli tanah sendiri dekat dengan rumah i duk skang ni, tp malangnye seme tanah lot sulah ada tuan...haiya~ melampau nye..hu3 Lagi banyak kot, sebab bukan buat untuk diri kita je, untuk laki (baca:suami), anak2 bla, bla, bla. Laki pun tak salah praktis awal2 kan. Takde la nak nyusahkan bini yang hanya bertangan dua tu nak urus segala benda kat rumah. Laki n perempuan tu bak katenye, ‘complement each other’. Heh, ape2 je la. Oo tak nak wat gak? Sebab ade maid nanti? Oo..sampai bile nak harap kat maid? Si maid pun ade gak bilik sendiri untuk dikemas , nak masak,nak siram bunga, nak tadah telinga dengar bebelan, bla3. Dia bukan sotong ada bnyk tangan kan..dia manusia.last2 nanti kontrak dia habis, kne balik kampong halaman dia. Nak cakap pasal maid ni pun satu hal, ade je pe’el masing2. Baik tak yah amik kan. Sampai bila dia ni nak habih merepek ni?
To sum up, saya akan menganggap my room as a better place to live bile hati saya sungguh berasa lapang untuk duduk dalam bilik tu, rase selesa je. Orang ajak mane2 pun rase macam susah sangat nak terima pelawaan tersebut. Kalu lepak kat bilik orang lain pun, rase macam nk duduk 5 minit je kat bilik tu, pastu balik bilik sendiri. Duduk wat keje2 yang sepatutnya.best nye…
Jadi, seruan saya kpada anda di luar sana, jadikan bilik anda tempat yang paling best nak duduk. Sebelum segala-galanya ‘hilang’ dpd hidup anda…(apekah??) Coretan di atas sekadar pendapat dan pengalaman saya duduk dalam bilik di asrama.dan juga bilik di rumah. Dengan duduk asrama, sya belajar benda2 ni. Ok2, kat rumah saya malas pegang penyapu, dengan menerima ‘tarbiyah’ kat asrama, I tend to improve my life! Alhamdulillah….
Saya minta maaf andai ade ungkapan@kata2 yang tidak tepat, tak memenuhi cita rasa dsb.semoga ia boley dijadikan benda untuk membetulkan ape2 yang silap yang pernah saya dan anda lakukan.Insyaallah. Wassalam.
p/s: the moment i write this entry, I am reading a book entitled ‘Hulagu Khan: khabar hitam dari timur’. Rase macam disiat-siat hati bila baca buku tu.. kejam yang maha dahsyatnye orang monggol time serang negara2 Islam zaman bani abasiyah. Kalau ada masa, nak wat ‘book review’ la kat sini...kalo rajin~
1 comment:
worr~bgsny kmu mau wt book review..haha..
sal bilik tuhh..bgs2..kdg2 rse cm nk renovate smle je bilik ne..tp mmdgkn neh hostel..xdapek lerrr..haha..
salu gk wt cmtuh..bile dh rse serabut..mule agkt punggung kms bilik..
-->ye..sy mang mls..tp xahh smpi jd cm kdai runcit..adehh..*apakah slh c kdai runcit ituhhh*..
Post a Comment