
Assalamualaikum wbt

okey, okey, dah habeh dah cuti teman...
Assalamualaikum wbt…
Nampaknya kebanyakan blogger telah menunjukkan ekpresi mood-pulang-ke-U dalam blog masing-masing. Sementara cik Nab pun…tak habis-habis dengan cerita ekspedisi dia, kui kui kui. Well, dah makin tiba ke penghujung cuti, berganda-ganda pula kesibukan yang melanda dan ia terjadi sebab menangguh, nangguh, nangguhkan koje-koje tersebut. too Bad, too bad. Jangan buat lagi dah na….dalam cuti yang masam masin ni, target cik Nab ada yang di luar jangkaan, ada yang hampeh. Ape2 pun Alhamdulillah banyak pengalaman telah dikutip walaupun cuti tak sepanjang kawan2 yang tak ambil short-sem…nasib ada short sem, kalo tak dah lame mati kebosanan kat rumah tu…
Dalam orang lain tengah sibuk menyediakan diri nak masuk U, I pun sibukkan diri jugak.haha. mengemas dan merewang. Teman ingatkan cuti sekolah dah habeh, maka musim kawen-kawen pun habeh. Sekali minggu ni aje, ada 3 event besar kat kampong I ni…tak menang tangan aku tau makcik pakcik kat sane. Tapi taper la…sekali seumur hidup. Semua orang pun seronok, I pun suke hati, dapat improve my PR ni…
1.Kenduri abang Fitri Vs Surau Diri Jumaat
Anak pakcik Lan kawen.anak first. Kira takde pengalaman mengawenkan anak. Buat pulak time bukan cuti sekolah. Sedara-mara jauh2 tak dapat datang awal2. Jiran2 ni la yang dok meneman, menolong ape2 yang patut. Oh ye, baru sabtu lepas Ustazah Fatimah cakap, “kalau jiran mintak tolong , tolong la dia, mane tau nanti kite susah dia pulak datang nulung kite” tibe2 teringat pulak hadis hak muslim ke atas muslim yang lain. Salah satu nya: apabila saudara kamu meminta tolong, maka tolong lah dia. Haih…ni ustazah Fatimah dah ajor time hadis I’dadi form 3 hari tu…. Ye memang kene tolong, (tu pun setelah dikerah oleh mak, kalau tak memang tak pi la….penyegan ka pemalu?) kebetulan, surau depan rumah pakcik Lan nak rasmi buat solat Jumaat…alhamdulillah..pasni boley la orang kapung semayang jumaat situ, dah boley solat sunat tahiyatul masjid & niat iktikaf. Memang ujian buat beliau yang juga orang penting utk majlis tengahari tu. Alhamdulillah, everything went smooth. I tulun sikit2 ja, balut cawan berisi potpuri,buat dadih. Takdak sapa pun, sebab hari jumaat, orang duk keja, sekolah suma.
Cik Nab yang jarang jumpe orang dan pegi rewang ni jakun la sikit. Stail kenduri kawen abg Fitri & kak Min ni gabung sekali,buat kat dewan bankuet mahkamah syariah dekat dengan manjoi tu. Jauh jugak la, tapi sebab mikir kan senang kot bagi kedua2 pihak. Kome, pilih yang satu kuliyah je senang…senang kengkawan nak bertandang :P Cik nab jadi kagum dengan kak Min, dia antara orang paling sibuk, dia pi tulun kat rumah pakcik lan, rumah pengantin laki. Kejap kuar pi beli barang, kejap join ngan cik nab balut potpuri, dah penat keja, makan same2 dgn cik Nab. Yela, wedding awak, mesti la kene handle sendirik ye dak. Er…I kagum sebab dia tak de malu2 dengan bakal MIL(mom in law). Yang kat umah dia abang kakak dia yang urus…Rupenye, ayahnye dah meninggal, anak bungsu, tinggal dgn mak&makcik2. No wonder la dia independent. Time kenduri, tema warna hitam putih. Dan ini sekali lagi first time I tengok orang wat tema macam ni…very nice la..nampak sangat cik Nab ni malas ikut mak pak dia pi kenduri makan pun not bad…
Malam pulak, buat makan2 sate, makan cendoi. Sedap2…free, memang la sedap.kan, kan. ada sesi buka hadiah. Rezeki orang kawen kan. couple ni rumah dah beli.. pastu dapat lak hadiah2 yang betul2 pakej lengkap la. Tinggal nak bawak masuk rumah je. Dari lesung batu sampai microwave deme dapat. Coffee maker dah dua, rice cooker dah 4, blender lagi, vacuum, set gelas usah cakap.
berkawan biar ramai2 , nanti kawen buley dapat hadiah banyak2...bermusuh jangan sekali, nanti ko memang tak dapat ape2..kekeke.
2. When I start to talk about marriage…
Balik dari kenduri abang Fitri
Me : agak2 nye berapa banyak duit habis ye nak ngahwenkan anak ni?
Ayah: dalam RM 25k la jugak… tu sebab orang laki sekarang ni kawin lambat
Ooo macam tu ka…terasa weird pulak nak cakap benda2 luar alam ni dengan ayah. Malu, malu, malu. Tapi macam2 jugak benda ayah explain…mas kawen, yang dalam akad ‘aku terima nikah nye, sekian, sekian sekian…yang berpuloh ribu tu, belanja untuk kos perkahwenan. Ada keluarga yang minta sebelum majlis, dan ada juga yang selepas. Sekali lagi terasa janggal.
Tapi ayah seronok pulak bercerita…tengok2 dah sampai masuk cite dia bertunang dengan mak, balik kampong la, kene tunggu kat surau depan rumah tok, yada, yada, yada… seronok nye ayah bercerita. Tapi cik Nab just, aha, oke…o yeke….just that! sebab rase merah muka...weeee. and the rest is history...
Ok2…the point is, semenjak dua menjak ni I have a very effective communication with people around me. Is that mean my confidence level getting increased?? Seperti dalam kebanyakan tulisan ustaz Hasrizal, komunikasi sangat penting dalam keluarga, ape2 pun mesti communicate, even takde benda pun yang perlu disembang. Just create suasana yang ceria! Ye, itu yang saya perlukan sebab asik kene cakap dengan Patrick the starfish je. Sesuatu yang berlaku, ada hikmah nye. “absence make the heart grows fonder” betul ke macam ni ayat dia? Saya setuju. Lepas ayah dah koje jauh2 ni, tiap kali dia balik time weekend, mesti banyak je benda nak sembang. Tapi bancau ayah buat memang sedap. Lepas ni calling2 je la…dah tu, semua orang dalam rumah dah bertaburan di atas muka bumi. Semoga kamu semua di bawah perlindungan Allah SWT.
p/s: ingatkan married couple yang muda2 je selalu jadi weekend hubby & wife, rupe2 nye yang 40-an pun ada gak eh.
Apa yang anda buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Jawapan skema: Saya tak tau nak cakap apa sebab buat masa ni belum alami lagi.
Jawapan x berape skema: memang akan menaruh dendam kesumat yang menyala..heh, orang jenih paneh baran macam saye ni kan….tau la ape nak buat…
6 orang di hati anda
mak.ayah.atok.opah.beradik-beradek
Anda rasa anda comel
Sejak cuaca yang yo-yo-o panas ni, rase muka makin kurang cerah…
Single or taken?
Nak dibawa ke mane? Saya still kat rumah la…takde ke manenye..
Blog yang saya suka?
yang menginsapkan. Ringan. Simple. Tak sakitkan hati.
Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Tak reti komen, tapi tingkap mesti bukak, bior cahaya masuk..suke2. bila duk sorang2 memang kemas, tapi bile seme orang balik, masing2 punya kepala la kan…
Lagu terakhir yang anda dengar
Rasa bahagia setelah berpisah(lebih kurang macam tu la lagu tu)
Last text message
“Salam. Andah, ape xtvt ko sok n luse?”
Tibe2 teringat lak kat anak ayam andah, ape kabo Bobo n Tata??
Last phone call
Klinik Pakar Bedah Mulut HRPB petang selasa nak cari sorang MA ni, tapi dia ada kat OT le pulok…tibe2 rase malu…ni bukan kes perigi cari timba..takde kene mengena oke…sebab dia orang yg paling senang I nk tny pasal gigi yang dah mula sakit balik…apesal ek..
Hari terakhir anda menangis?
Tak ingat. Time musim final exam kot. Biasa lah, time tu emotion naik turun.
List 5 kaler feveret anda
Hijo, pink lembut, ungu, biru, beige.
bila kali terakhir YM?
Malam tadi.
Game yang anda paling suka?
tak minat main game.
Adakah anda peminat MCR
Ape tu??
Anda rasa tag ni best?
Layan je…
Tagged lagi 10 orang
Cik i2i-studios, cik delacour, cik kim, cik aji, cik…..er, sebenarnye saya xde idea la nak tag sape. Hua3.
Assalamualaikum wbt…
Wah,wah,wah, tajuk entri bukan main lagi cik Nab ni. Biasa, media selalu nak bagi tajuk yang macam vogue sebab nak bagi jualan laku. Tapi kat sini bukan nak men’capub’ or saje2 ke. Reality dalam hidup ni, ada benda yang kita tak suka, tapi jadi kat kita. Dan ada juga benda yang kita suka, tapi tak pernah2 nya dapat. Hah, ape2 pun Allah knows the best for us kan. Dalam meneruskan hidup ni, kita mampu merancang, tapi Allah sahaja yang menentukan takdir hidup kite.
Ewah, cik Nab dah start la tu nak berfal’sepah’..direct to the point aja..
Since 2 weeks I’ve been in my home sweet home, nothing much that I have done instead of unpacking my hostel things, blogwalking, a lil bit of reading lot of books bought during book fair,clearing here and there and don’t feel any sensation to cook! Well, just ignore about the cooking thingy. A feel of mim alip lam sin is still there, but it decreases from day to day, Alhamdulillah.. bak kate orang ‘enjin baru nak panas…’ yet, only this time I have an opportunity to jot or write something in this blog.
Dah sebulan lebih tak balik itu la ghope nye…nak adapt balik dengan suasana di rumah susah rupenye ek..itu lah sebab tajuk kat atas tu macam tu.. I start to fall in love…eh, nak bercinta dengan segala perkakas kat rumah ni, baru la boleh nak bermesra alam nak mengemas segala bagai kat rumah dan sekelilingnya.. kalau tak dapat jatuh cinta, macamana nak perform keje dengan baik.
Cube kalo microwave tak reti gune, buat dadih pun tak tau, name geng nak berjoging pagi2 pun boley lupe???? Isy3…
Wassalam.