Tuesday, June 5, 2012

jangan terbabas sudah..


Assalamualaikum wbt

kali ni mata sedap pulak tengok kaler gelap ni.
takpe biar la wat mase ni mood minat kaler gelap.

hari tu saya naik kereta dengan kawan, dia yang bawak kete tu.
tetibe je, dia macam bawak laju sangat ke macamane ntah, so, kete tu masa kat selekoh tu aku rase cam nak terlanggar tebing plak.

haish! dia ni, sentap kot..
"eh,slow2 le sikit..terbabas pulak nnt"
takpe la boleh le maapkan dia, baru lesen P.
"er..sori..T_T"
saya ok je cume kecut perut sikit bila org duk bawak laju2. kalu orang tu expert caye sikit

lepas tu masing2 diam
.........

saya pun terpikir, in other case yang orang duk bawak laju2 , especially yang tak naik sorang, at least kena ada co-pilot sebelah dia nak ingatkan bila driver tu tak sedar yang dia dah terbawak laju or drive recklessly.
tak pun tolong picit2kan time ngantuk, hulur2 air ke, kunyah2 kerepek ke..sembang2, saling mengingatkan.

ye , saling mengingatkan in order untuk dia AWARE!
aware sebagai seorang pemandu yang membawa penumpang dia yang tak kahwin lagi ni.eh?
cuba kalau dia tak ingatkan ataupun co-pilot tu sendiri tetido, tak de sape nak kesah dgn driver tu, ditakdirkan ada kemalangan, sapo yang susah? mereka dan keluarga mereka juga yang susah. (tapi kalo dah ngantuk ,gi la singgah RnR atau take over je la kan). ni cakap tang kalo orang tu tak diingatkan bila dia bawak laju tak hengat sampai membahayakan diri kita sebagai penumpang.

tak ke naya bila dah kemalangan? dibuatnya tak sempat menatap hari esok macamane?
>>>>>><<<<<<
macam tu jugak kalo kita yang TAHU tapi DIAAAAM je bile nampak sesuatu kemungkaran/kejahilan/jahiliyyah tu berlaku depan mata. takde rase nak pi betulkan/ajarkan seseorang tu bila buat salah. takde rase nak ajak orang tu buat benda yang boleh tambahkan saham akhirat nnt. same tak keadaan dengan orang yang tak tegur driver sebelah dia bawak laju tu? apa yang sama?

bila dah bawak laju, silap haribulan boleh terbabas, kan? dan alamatnya kita juga 100% terlibat dalam ke'terbabasan' tersebut.

bila nampak orang buat salah depan mata kita tak tegur, contohla kan, dengar azan, kita terus solat, tapi orang sebelah bilik kita ralit duk tengok korea, etc...takde rase nak ajak solat berjemaah...

kita tau ada orang keliling kita yang tak tau camane nak ngaji Quran dengan betul,tapi kita tak pernah nak ajarkan dia baca Quran dengan betul apatah lagi nak menceritakan isi al-Quran yang best itu

kita tau kita ada junior yang masih hanyut dalam dunia dia sendiri, akibat pengaruh hedonisme, kita tak pernah nak ajak dia , tanya or sembang dengan dia untuk kenal dia dengan lebih dekat.

kita nampak je kawan kita pegang plastik McD yang berisi burger prosperity beserta french fries juga air *coca-cola bila kita hang out dengan dia, padahal kita tau je benda tu kite kene boikot sebab McD antara company yg menyalurkan sejumlah besar dana mereka kepada zionis yahudi keparat tu.

T_T

bahkan kita biarkan sahaja orang sekeliling kita hanyut dengan kita juga hanyut dengan 'perasaan bajet bagus' kita tu. 

"Katakanlah, "apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? (iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik2nya" (al-Kahfi,103-104)

takut kelak di akhirat nanti Allah tanya orang yang kita tak nasihat tu,.'kenapa kamu tak ikut jalan yang betul?' maka kita yang akan ditudingnya, sebab kita tau, tapi tak nasihat orang lain. T_T

kan terbabas namenye tu? terbabas ke mane? masing2 boley tau jawapan sendiri. dah elok2 dah kaki kite nak melangkah ke syurga, tibe2 ade orang claim kite tak tegur /nasihat/seru dia masa kat dunia dulu. Nau'zubillah....

ironinya, once nak menegur, bila orang tu tarik muka, or tak ikut cakap kite, cepat beno rase putus asa. just bear in mind, kite ni orang yang menyampaikan, yang memberi hidayah dan gerak hati untuk berubah tu Allah. juga, kena ade teknik yang berkesan dlm menasihati orang ni, semuanya Rasulullah dah tunjukkan.

Semoga Allah memberi saya dan kamu semua kekuatan untuk kita melakukan amar ma'ruf nahi mungkar.
kene banyak koreksi diri supaya kita tak cakap serupa bikin. 

sekarang dah tau kan apa yang antara kita kena buat? jadi ape tunggu lagi? kalo nampak saya salah, tegur aje ^_^(n lagi bagus kalo nampak saya ni tak buat ape yang saya cakap, nasihat la balik,kita kan manusia, kena sentiasa diingatkan..) peace!

Wassalam
















Friday, March 30, 2012

Having faith


Assalamualaikum wbt

Lewat petang itu, saya dengar lagi slot2 selingan dalam Ikim.Fm Pilihan Utama(ku) yang disampaikan oleh Imam Suhaib Webb...lebih kurang maknanya begini:

The meaning of having faith in ALLAH SWT:
* Working hard with maximum effort
*Surrended fully in Him

Yes,it is totally true. Hanya kepada Nya lah kita sentiasa meminta apa yang dihajatkan dan disertai dengan usaha, bukan nya tunggu ia datang bergolek. Di sebalik rasa takut (khauf) kita perlu seimbangkan dia dengan berharap (raja'). kaitan nya, disebabkan kita rase takut dengan Azab yang maha pedih itu kita berusaha keras untuk meningkatkan amal kebaikan dengan sebanyak kudrat yang kita ada(maximum effort). dan disertakan dengan rase penuh berharap dan berserah.

tipulah kalo tangan yang menulis ini tak pernah buat salah, saya juga seorang yang banyak khilafnya. kadang2 berasa lemah di tengah2 jutaan manusia yang hanyut mengikut arus masa, kadang2 rasa lesu dengan mehnah2 dunia yang benar2 menyengat ulu hati ini, walau apa pun, di sini bukanlah destinasi kita. masih jauh perjalanan ini. masih belum terlambat. jika kalian menyedari salah silap ku, pimpinlah tangan ku,nasihati lah ku, kerna ku bukan malaikat yang tak pernah ingkar arahan Rabbul 'Izzati, mengingatkan ku yang kita masih punya Tuhan yang Berkuasa atas diri kita, Yang Maha Mengabulkan Doa, Yang Maha Sejahtera, Yang Maha Menjaga.. Ya Mujib, Ya Salam, Ya Hafiz, Ya Rahman, Ya Raheem Ya Qawiyy...

Wassalam



Monday, March 26, 2012

Positive tolak Negative = POSITIVE

mulakan hari seindah sang suria =)

Assalamualaikum wbt

Ni nak kongsi satu benda ni. Ini perkongsian daripada seorang tokoh hebat yang saya hadiri 'talk' beliau tak lama dulu. menarik! belum cuba belum tahu. ok la, sebelum tu nak korek rahsia la kan, dalam mengharungi hari-hari yang dah lepas, mungkin kita pernah rase meluat atau maleh nak ngadap muka orang yang sama, yang suka buat mood kita spoil, takpun sumone tu kita tengok muka dia je kita rase annoyed! terus daripada rase hari kita terang bersinar blink blink rase dull................ wahaha, sangat pathetic jika kita bersikap begitu, tak kool ok! tapi kita sebagai insan biasa, bukan nya malaikat pun...so kita tak sempurna, cepat2 la istighfar, ade la sumthing wrong kat hati kita tu..er..dalam erti kata lain, hati kotor......astaghfirullah...

point saya di sini ialah mindset kita sebenarnya. kita tak buleh senang2 biarkan persekitaran luar kita mempengaruhi emosi (dalaman) kita. sebaliknya menjadikan dalaman kita yang mempengaruhi luaran. ok, get it? ok2 la..nak lebih senang paham, just be positip!! + + + + + + ~hah, amekau, positip beno le tu~er...

ok jom try. ok la, benda ni saya penah buat sekali je (secara jujurnya)..hik2 iaitu time tokoh itu suruh audiens buat. but it really worked!

waktu talk tu, tokoh tu panggil seseorang (of koslah saya tak kenal dia) berdiri depan kitorang semua. speaker tu suruh all of us pandang orang tu penuh dengan kasih sayang..(without orang tu tahu ).u know, kasih sayang atas dasar sifat tabie kemanusiaan la, bukan sebab cintan-cintun ke hape. ..just pandang je.. and ditanya what do u feel.. orang tu cakap ada rase aura yang kuat, somehow dia rasa energetic camtu la..

then the other time speaker tu suruh kitorang pandang dia sekali lagi (beliau bagi isyarat je), tapi kali ni dengan pandangan benci yang hamat! bila ditanya, ape rase? orang tu cakap lemah...

tada!! magic tak? hehe..

kesimpulannya, aura positif n negatif tu kita boleh 'jangkit'kan orang lain. it all depends on us how we handle a situation. jika kita pikir positif, maka positif la benda tu.

jadi the first thing yang boleh kita buat bila bangun pagi, tanamkan azam untuk berfikiran positif, be better than yesterday, and every single people that we meet that day , try to give a smile. =) insyaAllah, we will feel great n blessed, alhamdulillah wa insyaallah. so that, takdela bila kita kene marah ke ,kena herdik ke that day, kite terus jadi bad mood sepanjang hari. sedih tu memang la boley sedih, dah fitrah manusia bila orang buat kita macam tu, but we as people boleh je nak handle sedih tu, takdela nak memuncung sejengkal je sepanjang hari kan,kan. dan lagi satu kalo kita rase annoyed dengan perangai seseorang, takde maknenya kita yang perlu rase stress, dah setiap orang tu ada perangai dia yang kita rase pelik2 (tapi orang tu sendiri tak rase pelik pun,hehehe) takyah la kita nak emo sangat dengan perangai orang tu. just nasihat dia dengan berhikmah je la dan dengan penuh kasih sayang kalo rase ke'annoyed'an dia mendatangkan masalah pada orang lain. dan berdoalah pada Allah agar Dia menetapkan hati kita agar tidak ujub,takbur, emo terlebih atau perasan bagus. Setiap orang tu ada kelebihan dan kekurangan masing2, hidup bermasyarakat ni yang menyempurnakan kita semua. (tak payah nak sentap lebih2..hoho)

Penutupnya, bila kita positif, kita boleh salurkan aura positif tu pada orang sekeliling kita.tengok, bukan kita je dapat manfaat, orang sekeliling kita pun boleh rase aura tu.

Jadi kalo dalam formula math tu: bila kita positif dan buang perasaan negative, jadilah postif. [(+) – (-)= +]

Er..make sense kan! ^-^

wassalam




Friday, February 10, 2012

=)


Assalamualaikum wbt

pernah rasa susah tak hidup ni?
pernah rasa kenapa macam ni, kenapa macam tu?
ok sila lihat jawapan nye dekat wall paper di atas.
actually this quote is the first i got when i entering the 'world' where i am rite now.
sangat suke dan it soothes me.

moga ALLAH mempermudahkan urusan kita semua dalam kehidupan seharian dan mempermudah jalan kita semua ke syurgaNya. amiin.. Allahumma yassir lana!

Wallahu'alam. Wassalam

Wednesday, February 1, 2012

cerita gambar

Assalamualaikum wbt..

Skrg ni saya suke2 je nak post gambar2 atas sebab tak tau nak tulis hape kan. Ok la, saya ni suke download wallpapers yang sejuk je mata memandang & menenangkan. n any wallpapers yang boleh bagi peringatan kat diri. even satu gambar je pun, boleh memberi seribu makna kan. jom la tgk2 tp tak banyak la. meh la...

Presenting.....Masjid UIA Kampus Kuantan. er..gambar ni amik drpd fb senior kot. sebab dia gune kamera mahai, gambar pun memang cantik & wonderful..sori ye senpai. tp rase nye dia memang tak kesah org amik gmbr dia. jgn marah ye senpai.kekeke. lawa tak? ni baru luar. bila dah masuk rase tenaaang je..setelah lama menanti, dapat gak UIA, sebuah masjid. dan ALHAMDULILLAH..dah didirikan solat jumaat juge...maka apa lagi, same2 le kite meraih pahala berlipat ganda dengan menghadirkan diri di rumah ALLAH ini. =) (sisters yg duk dalam sangat bertuah ye...tambah2 yg sebelah masjid tu je..sy pun naik jeles sbb sy tak sedekat mereka)

em..ni amik mana ntah..tp blog orang kot. bila baca sekali, rase menyirap gak darah tu. even kite pi piknik pun ada bekalan, untuk holiday yang sekejap, inikan pula bekalan untuk menuju alam yang kekal lagi abadi. wahai cik penulis & pembaca yg budiman sekalian, tak mahu ke kite menyediakan bekalan untuk satu 'Percutian' yang kekal kelak? Allahu Allah...

ting..ting..ting...! ada copyright langitilahi di situ. tp saya copy kat fb org rasenye.bukan drp page LI. em...tgk gamba wanita ini pun dah boley tenang.hik3 tak tau nak komen ape pasal gmbr ni. simple je gambar, tp boleh menyentuh hati org yg baca n pahami mesej nye.

Itu aje buat masa ni. Pernah seorang classmate bagi tazkirah dalam kelas, "kite ni tak tau sejauh mana amalan2 kita ni yang boleh membuatkan kita masuk syurga.." jadi kesimpulannya, selagi mana umur kita di dunia ni masih berbaki, buat la sebanyak mana kebaikan yang diniatkan ikhlas kerana ALLAH SWT. boleh jadi perbuatan kita menyusun al-Quran di surau sekolah suatu ketika dulu mahupun, mengutip habuk2 karpet di masjid, takpun kita hantar adik kite ke sekolah, dan macam2 lagi la perkara kebaikan..Allah pandang perbuatan kita tu. mane tau kan?kan? agaknye itu la maksud orang dulu2 buat jahat jgn sekali. wallahu'alam..

p/s: IKHLAS itu rahsia ALLAH. even malaikat ataupun setan tak boleh menelah keikhlasan seorg manusia itu. bukankah ikhlas itu diibaratkan seperti semut hitam yang berjalan si atas batu hitam di tengah malam yang pekat?? =)