Wednesday, February 3, 2010

Final Day??

Assalamualaikum wbt

“Ada sape2 nak tasmi’ lagi?”

Diam.

“Jadi, hari Khamis ni kire last kelas tasmi’ untuk semester ni la ye?” Ustaz bertanya. “ya, ya…”kami mengangguk.

“Hari Khamis ni ustaz tak dapat datang sebab ustaz outstation ke luar negara, jadi kira malam ni last kelas untuk sem ni,” tutur ustaz dengan tenang.

‘eh? Biar betul…ala…kelas dah habis doh…sob3’ hati saya berkata.
Saya kira semua orang dalam kelas tu turut merasakan benda yang sama. Tapi yg lebih terasa mungkin dak 2nd year je sebab pas ni nak ke next station lak(ke Kuantan pulop). At least, yg 1st year jumpe ustaz lagi next sem, paling awal pun time short sem. Kalo ade rezeki, berpeluang lah km 2nd year jumpe ustaz lagi time short sem sebab amik UNGS.

Baru saje merancang nak menghabiskan surah al-A’raf hari khamis ni, tapi tak ada rezeki gamaknye. Cepat betul masa berlalu, hampir 2 tahun duk kat PJ ni, tp rase sekejap je. Salah satu perkara yang tak boley lupe semestinye kelas tasmi’.

Kelas tasmi’ merupakan satu cara untuk memantau prestasi al-Quran Ex-Persijilan DQ walaupun telah masuk ke pusat asasi. Bermakna, mereka tak akan dibiarkan begitu sahaja, lepas habis Dq tak bermakna mereka akan dapat mengingat keseluruhan al-Quran. Mungkinkah dalam hanya setahun setengah itu mereka yang pernah menuntut di ‘lembah yang tenang’ itu mampu mengingat kesemuanya? Mungkin ada, bagi sesiapa yang begitu mujahadah dengan kitab agung ini dan juga pada orang yang dikurniakan kelebihan ingatan yang betul2 mantop. Agaknye boley bilang dgn jari je, yang lain pulak macam mana? Itu la sebab pihak DQ-UIA mengambil inisiatif mengadakan kelas tasmi’ yang diadakan seminggu sekali pada belah malam slama 2 jam. Oleh itu,Ustaz2 dari DQ dijemput menjadi pentasmi’ dan juga ada ustaz dari JAKIM juge(ehem, ustaz saya la tu). Ustaz Ibrahim, Ustaz Rauf,Ustaz Taufiq, Ustaz Yusri dan ramai lagi ustaz dari DQ. Jauhnye mereka datang dri KKB semata2 nak tasmi’ kami di sini, subhanallah.
tempat yg tidak patut dilupai..
Antara kelebihan kelas tasmi’ di sebalik dapat Iadah(mengulang), ia merupakan wasilah merapatkan ukhwah yang renggang sementalahan budak2 dq ni macam2 kos;medic, pharmacy, architecture, engine, dsb. Jadi disebabkan berbeza jadual dan subjek, kami jarang berjumpa, padahal kat DQ dulu bilik sebelah, rumet, jiran satu blok. Jadi, bila g kelas boley la jumpe smule ahli2 usrah, ex-rumet(wpun rumetku takdop pun kat PJ ni, sob3) dan kwn2 lain, tanya2 khabar, dsb. Tambah pulak dah pegang macam2 post, masyaallah, lagi susah nk ketemu. Alhamdulillah, dengan adanya kelas tasmi’, ia umpama recharge and reboost semangat nak menghafal, sbab dapat tengok muka shbt2 yang pernah merasa perit jerih menghafal bersama2.Tambahan, b4 abis kelas, ustaz/ah mesti pesan or bagi tazkirah, tenang je rase.

Bak kata pepatah;lain padang, lain lah belalang nye. As well as keadaan di PJ ni, konfem la tak same dengan DQ yang selalu kedengaran suara orang ngaji kat mane2 pun, Al-quran dibawa bersama tak kire mase, hatta ke PADANG BOLA(tatau la betui ke tak banin wat gini), di PJ suasana cukup mencabar si ‘hamalatul Quran’, PJ la tempat pertama kami ‘dicampakkan’ ke dunia sebenar selepas diadun di lembah itu. kat PJ la tempat pertama kami diuji bagaimana nak menjaga amanah berat ni sendiri, tanpa di’sogok’ dengan imtihan syafawi mahupun tahriri. Yang nampak rata2 menjinjit buku Campbell Biology 8th Edition, College Physic 8th ed. , pre calculus, nota2, blok kayu dll. Kesibukan akademik tambah dengan aktiviti ko-ku begitu mencabar sampai ada yang tak sempat datang ke kelas tasmi’. Saya tak tau la…mungkin hal ni sensitive sikit..saya bukan nak ‘condemn’ sape2 ok, tapi itu la realitinya. Ok, tak mau ckp pasal tu.

Tapi saya rase, kelas tasmi juga adalah satu cara kita nak dapat berkat. Sila fikir ye, ustaz2 kite drive jauh2 malam2, tinggal anak bini kat rumah sejauh 80 km sebab nak tasmi’ kita, dengan banyak kemungkinan risiko2 di dpn..pengorbanan yang cukup besar actually. Tu belum masuk lagi penat kerja seharian di siang hari. Abih kelas lebih kurang 10 pm nak balik lagi, sejam kot pjalanan nk blik umah. Sampai mesti dah nak rehat sebab esok nak bangun pagi pergi keje.Fuh! Yang kita ni just jalan kaki gi kelas, dengan modal yg ciput untuk mentasmi’, tanpa meninggalkan suami, anak, dan bini! Ohoi, sikit punye senang. Semoga Allah memberi ganjaran kepada ustaz2 kite. Ye kawan2, hargai dan doakan ustaz tasmi’ anda.

Jadi, saya agak sensitive berkenaan kelas tasmi’ ni. Sebab macam2 yang ustaz pesan since malam tadi kelas terakhir. Act saya menulis ni sebab nak jot down semula pesanan ustaz jap tadi takut lupe. Sementara still fresh +suam2 kuku ni meh la review semula:
“jadi, ustaz nak pesan selamat Berjaya dalam bidang akademik yang diceburi dan juga Jaga hubungan dengan al-Quran. Kita mungkin rase kita ni sama je dengan orang lain, tapi sebenarnye kita tak sama dengan orang lain. Kene sedar hakikat tu sebab kmu semua insan2 terpilih. Ramai orang tak dapat jadi macam yang kita dapat, tapi kita dapat jadi seperti orang lain, boleh jadi doctor, dentist, ahli pharmacy dll. jangan mengaji time ade kelas je, mesti keep constant.jadi kepada yang nak ke Kuantan, ustaz doakan kejayaan untuk kmu semua.”

Saya suka nak dgr nasihat2 dpd ustaz ni sebab boleh refresh hati kite dan mengingatkan siapa diri kita yang sebenar. Memang benarlah kata2 senior2 dulu, susahnye nak jage Quran after habis DQ. Kadang2 memang akan hilang semangat, ditambah dengan pengaruh suasana sekeliling….adoyai…tp pesanan ustaz ditambah dengan kata2 perangsang sahabiah, rase semangat lak nak g kelas tasmi’(kadang2 rase macam lelah gak la nk g kelas tasmi tu..memg bnyk betul setan kt sekeliling). Ada seorg kwn berpesan, “jadikan kelas tasmi’ tu penyebab kita tak dtg ke meeting, kelas akademik dsb, bukannya menjadikan kelas @meeting sbg sebab kita x dtg kelas tasmi”.

Haiya…banyak la pulak makcik ni nak bercerita. Ok2 last2…nak share lg sikit je. Kdg2 hati tu rse gersang je kan..so amik2 la mase g DQ lawat balik tempat yang kite pernah bermujahadah nk dptkn walau 1 ayat dulu2. Moga2 boley memotivasikan semula diri kite ni.hari tu kunun macam nak gi mjls khatam, tp tak de chance. Last pegi pun time jaulah. Ade la beberapa pesanan ustaz2. Lain kali la share ye. Dah pnjg sngat. Wassalam.
time jaulah pd Ramadhan 1430H

p/s: alo kawan, u pernah dengar tak ungkapan ni; Al-Quran no 1 tapi akademik bukan no.2.sindiri mau ingat la kan…

No comments: