Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah, dah selesai satu bulan setengah utk tahun Hijrah & 1 bln utk tahun 2010.
Masa itu memang pantas berlalu.Apakah masa yg ada udah digunakn untuk menunaikan matlamat yang dirancang? Dah buat ke benda2 yang ada faedah utk diri kita dan orang lain? (yg tengah nulih ni pun, ade tak ko tulis benda2 bfaedah utk org?; mudah2an, kalo x bnyk pun , sikit adela..)
Walaupun saya dalam kesibukan membilang hari2 untuk menghadapi final exam, saya telah berpeluang pergi program yang dianjurkan oleh Alumni SBP di Shah Alam. Syukur, menimba pengalaman baru, membuka minda, menambah kenalan, mengurangkan stress dalam kepala dgn keje yang bertimbun(tapi still ada hati nk jalan2), tapi , best!
Program sehari ni diadakan di Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam, shah alam. Saya rase seronok sebab dapat tengok tumbuhan hijau yang sangat banyak. Sebab dah berminggu duk memerap kat PJ nampak bangunan je, tak nampak benda lain yang hijau2. Kan kaler hijau tu boleh menyihatkan mata kita, tu sebab la Allah jadikan tumbuhan tu kaler hijau.
Walaupun program start agak lambat, tapi saya rase bersyukur sebab dapat jumpa kenalan baru yang datang dari pelbagai tempat di sekitar kl n Selangor. Ada yang baru habis spm, yang belajar, keje part-time, cuti mid-sem n macam2 lagilah. Kami bertaaruf, ade sukaneka sikit2 dan pergi rumah iklim sederhana, sekarang tengah musim winter (sampai feb), nnt masuk bln lain tukar musim lain pulak. Ok la dpat tengok salji buatan. Bak kate cik AS, even tak bpeluang blajar kat negara ada 4 musim, tengok salji buatan pun jadi la. Macam dalam freeze je duduk, dah la tak pakai gloves n sweater, memang beku la tangan, sampai si ibu jari kaku untuk menekan punat kamera! (sepanjang ada kat dalam tempat tu, asik bergambar je).
Rumah tu bukan untuk kita main2 salji or buat snowman and snow ball. Takde pun. Dia macam bilik pameran yang ada salji n dibenarkan masuk selama 3 minit! Alhamdulillah, saya bukan pelajar negara 4 salji, sebab saya memang tak tahan sejuk! Grrrrr…maunya duk dalam selimut semedang kalau belajar kat sane..
Di sebalik dapat berekreasi, dpat mengeratkan ukhwah, dan juga meningkatkan motivasi diri. Bila sembang2 dengan kawan2 yang dah lama tak jumpa, masing2 saling bagi nasihat, uuuu…bley rase macam ada sentimental value la pulak gathering tu. even most of them saya tak pernah kenal, tapi ia telah meluaskan horizon yang sempit ni jadi luas sikit. Ok la..ada masam manis pahit dll. It might as well reducing my stress nak exam ni…o yea, cakap pasal exam ni, memang bergetaq la lutut segala ..da la final exam, kurang lebih 9 hari je dari skang, tolak makan minum solat mandi jalan g kelas dsb bape sangat la masa yang ada..haisy..semua org termasuk saya punyala get ready nak pulun sebab exam ni.
Exam bertulis di sekolah atau mane2 institusi….sanggup bersengkang mata mengadap buku, mulut kumat –kamit menghafal segala macam formula, istilah dsb…sanggup tak tengok cerita favorite kat tv ,isolate diri dalam bilik, takmo jumpe sape2, bile bjalan pun takmau tengok org kiri kanan, ada jugak yg emotional yg melampau… Mungkin ini situasi yang mungkin pernah blaku pd kita.
Nak kata, kita begitu bersungguh2 mbuat persiapan menghadapi exam di dunia ini.. tapi pernah tak kite terfikir utk mbuat persiapan utk menjawab soalan2 drpd Pencipta kita di Hari Pengadilan kelak? Apekah kita pernah ada sekelumit risau untuk menghadapi hari di mana kita tak ada benda yang boleh kita berharap selain drpd amal2 yg telah kita lakukan di dunia dulu. Kita mungkin tak pernah fikir yg umur kita makin pendek, sebab kebiasaannya, org ingat mati tu bile tua nanti, kita still muda, ada time utk enjoy, da tua nnt baru lah bertaubat and so on. Kita mungkin bnyk menerima berita kematian di sisi kita, dah ajal orang tu…tapi kita mungkin tak pernah terfikir yg mati tu sebenarnya dekat dgn kita tapi kita tak rase kemungkinan insan yang menghadapi benda tu adalah kita! 'maybe orang lain dulu kot...' maka kita masih mampu bergelak tawa , membuang masa itu ini situ dan sini..Adakah kita mampu bersedia di saat itu? Siapa yang boleh menghalang maut itu? Hatta kita sendiri tidak ada ilmu atau pengetahuan dan memang tak ade clue langsung di bumi mana nanti kita mati.
Kira beruntung la exam kat dunia ni kita boleh tau bile tarikhnye, waktunya dan boleh bersedia. Tapi tidak ada sebarang apa2 informasi tentang ‘exam’ yg akan kita tempuh di akhirat kelak. Seharusnya, nothing to be worried with the small exam dalam dunia ni, sebab ada lagi ‘exam besar’ yang perlu kita fikirkan. Walau bagaimanapun, harus jangan dilupa, dua2 exam ni kene banyak doa, doa yang ikhlas, moga2 mendatangkan berkat dan diberi kemudahan.
Seperkara lagi, jangan jadi seperti kacang lupakan kulit, berdoa bagai nak rak time exam, abih exam, lupe sgala, buat maksiat, enjoy bagai dunia ni milik yg empunya diri…Nauzubillah…tidak, jangan begitu…saya dan anda harus konsisten dlm bdoa, sebab bila ingat Allah time kita senang, Allah akan menolong waktu kita susah.tanam keyakinan yang tinggi terhadapNya. Tenang2 sudey ye..
Kepada semua kenalan ILHAM di Dq, selamat ber-exam pd 6 feb ni, and kawan2 cfs juge, start 10 hb ni. Moge kejayaan milik bersama. Wassalam.
p/s: td budak klang dtg cfs sbb ade function kat sini. Wat persembahan gamelan(sampai skrg rase geli je perut nak tergelak dia masuk bnd ni tak tau nape..). sempat la pulak order beli Cadbury sebarang dua kat kiosk tu…haisy…siap bertanjak, bercapal segala bagai….dan seperti biasa, apbl bjmp, mesti kene dongak kepala nk ckp dengan dia…apekah?? Hoho, keaktifan nya ternyata memeningkan kepala makayah di rumah. hopefully, he manage to arrange his time wisely…
No comments:
Post a Comment