Monday, February 8, 2010

'menjelang exam' (II)

Assalamualaikum wbt. Zaman sekarang ni susah nak jumpa anak yang taat patuh soleh/ah pada orang tua. Ada2 je berita kat paper cakap pasal kederhakaan anak pada mak ayah yg ditonjolkan sbg tauladan. Tambahan anak2 yang sedang meniti usia remaja-belia-dewasa ni, diorang menjadikan kawan mereka sebagai ikutan utama.apa yang mak ayah ckp semua takbetul, salah, kawan depa je yg betul. Dan berapa banyakkah anak yang menabur bakti pada ibu bapa mereka dengan menjaga mereka sewaktu tua . yang banyak nye orang2 sekarang ni hantar mak ayah depa ke rumah orang tua. (dekat 1 tempat kat Ipoh tu, dulu ada 1 je blok rumah orgtua, tapi sekarang dah bertambah…). Material itu lebih diutamakan berbanding insan yg menjadi penyebab utama kewujudan mereka di dunia ini. Oh apekah..

Tak payah nak cakap panjang2 la kan, sendiri boleh fikir. Biasanya time seseorang tu da jadi mak ayah baru depa sedar , bukan senang nk jadi mak ayah, besarkan anak dll. even saya belum jadi mak lagi, sy perhati org sekeliling. kalau org tu jenis tak suka dengar ckp mak ayah time kecik, it is possible utk ank dia pulak tak dengar kata. Bak kata, what u give u get back. Fair la tu kan. Ingat lagi iklan petronas yang anak dia cakap, “Ayah jangan lupa pakai pampers tau…!” ? tu iklan bile ntah, tapi bila si anak melayan bapanya yang tua itu sama ’level’ ngan kucing.huh, bnyk betul moral value nye kat situ...

Dan saya fikir, nnt bila dah ada family sendiri, dah ada kerjaya, sekerap mana saya menjenguk mak ayah, jaga makan pakai mereka, mampukah saya menjaga mereka seelok mereka pelihara saya waktu kecik2 dulu? Rumit untuk difikirkan..hanya doa yang mampu menjadi sumber kekuatan supaya saya sempat berbuat sesuatu untuk mereka sebelum terlambat.

Ada satu kisah di mana seorang ibu yang sudah lanjut umurnya, terbaring di atas katil dan hanya mempunyai sedikit kudrat untuk mengurus diri, tinggal bersama dengan suami yang juga sudah lanjut usia, tinggal berdua lantaran anak2 mereka masing2 sudah berkeluarga. Namun apa yang mengagumkan saya adalah antara anak2 mereka yang ramai itu, seorang anak lelaki, tidak lupa untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak. Sebab bagi saya , susah sangat nak jumpa ANAK LELAKI yang sanggup jaga makan pakai mak ayahnya time dah tua. Si anak tersbut kerap datang untuk mengambil dan membawa pulang pakaian si ibu untuk dibasuh, then the next few days, bwk kembali baju2 tu dan itulah rutin nya saban hari. As well as membawa lauk dan nasi untuk mak ayahnya.Nak nangeh rase,sob2. Boleh ke saya buat benda2 ni kat mak ayah nnt?

Ada satu ketika ayah menegur saya , jauh di sudut hati terasa yang amat malunye sebab masih tak sedar diri yg diri saya ni dah besor, “ dah bertahun ayah masakkan untuk kome dari kecik lagi, ape salahnya masakkan untuk ayah pulak” aduh, perlukah ko ditegur begitu rupe cik nab oi.. (nampak sangat makcik sorang ni M_ _ _ _)sebab mata hati masih belum celik2 lagi.(takpe2! jadikan pengajaran ye, kena berlapang dada, manusia tu tak semua nya betul). kesian nye rase pada mereka berdua, perangai saya yang macam hampeh ni, tapi itu tak bermakna saya boley give up macam tu je. Kalau dah ditegur tu, maknanya ada harapan nak betulkan sikap hampagas nih. Balik rumah nanti semangat nak jadi D.O (dapur officer)yang kaki nya sudah sedia lebar, yeah!

Teruk2 perangai si anak ni pun, mak ayah itu bermurah hati untuk memaafkan segala kesalahan mereka. Tidak ada sekelumit dendam dalam hati mereka pada anak2 ni. Sungguh mulia n ikhlas mak n ayah ini dan semestinya saya yakin tak ada mane2 parents yang mdoakan yg buruk2 kat anak depa. Selalu maukan yg terbaik buat anak mereka. Berkat doa mereka la, hidup si anak tu smooth je, tenang , mudah2an. Jadi, doa anak yg soleh itu juga sering didambakan oleh makayah buat bekalan mereka ke akhirat. Ye doakan mereka kawan2ku, tak kira waktu dan tempat tambah2 tengah berjauhan ni.(oh, sudah lama tak pulang ke rumah….). kerana mereka begitu berharga. jadi, bersempena dengan kedatangan exam, same2 mintak maaf pada mereka supaya lebih tenang nk jwb exam kan.

Saya ingin meminta maaf kepada semua kenalan atas segala salah silap saya selama ni pada kalian, o-o ye. Mane2 yang terasa, termakan cili, terkecik ati atas perangai tak matured saya, mohon maaf bebanyak. Takmau simpan dalam hati ye, moga Allah permudahkan urusan perjalanan kite ke level seterusnya. Insyaallah.
Wassalam.

No comments: